Saturday, March 31, 2012

saya jadi designer di 99designs.com





wahhh tajuk sikit gempak. ehh aku dah jadi designer? mimpi la dulu, kan.. tapi xsalah bermimpi sampai ke bintang, yuna cakap, bukan aku.

oke2 balik pada tajuk, sebenarnya aku nak memperkenalkan salah satu medium yang boleh anda gunakan untuk mempamer bakat anda dalam mereka cerita palsu.. oke bukan, tapi mereka apa2 yang boleh didesign, contoh website, business card, logo, brochure dan macam2 lagi yang sewaktu dengannya. dan hasil yang terpilih, ingat, yang terpilih sahaja, akan mendapat habuan sangat lumayan. standard 300+- usd.. kalau convert ke RM, lbih kurng rm 1200+-.. yes aku xreti matawangkucing ni..

nampak je duit ratus ribu bulat selalu mata ye.. tapi sebelum tu, meh koreksi diri..haha.. camne konsep dia sebenarnya? oke aku cerita serba ringkas je ye.. mane2 syarikat/individu yang nak minta didesignkan apa2 sahaja akan iklankan permintaan mereka melalui web ni (of cos la ada kena register dulu ngan admin web ni serta syarat2 ttntu.). then akan disiarkan ciri2 benda yang nak didesignkan beserta tawaran harga. so designer 1dunia, ingat, satu dunia, bukan 1malaysia yep, akan hantar la design yang dah dibuat.. mcm pertandingan jugak la.. 1 design 1pemenang... walaweyh, designer junior nk lawan otai, ada berani ka? pergh kalo menang memang bbaloi2 la.. mogok kafe KK1 dah, xp mkn sana dah.. hari2 p manu salwa... wakaka...

tapi kalau dah nama rezeki, xmustahil kan.. dari duk saje2 main facebook memanjang, ringan2 la tangan buat design.. lagipun pandai2 la hidup, design la yang xramai hantar.. n ada je yang tawarkan harga rendah sikit.. xpela cari pengalaman kan.

mulakan langkah anda dengan mengklik di sign up (p web dia sini )

aku? hah register 3mggu dah, tapi msih xsempat nak buat apa2.. konon2 bz.. so aku menyeru la sape2 yang baca post ni, silalah sign up web tu, and join la jadi komuniti designer sedunia.. dan kalau dah memang, jangan lupa komen di sini.. nanti saya buat post utk kejayaan anak murid saya ye.. booo koya

sekian...




Thursday, March 29, 2012

LUKMAN AL-HAKIM :: MUHAMMAD EL-YUSUFF NAJMI


kenalkah anda pada Luqman Hakim? Dipetik dari Ibnu ‘Abbas katanya: “Luqman bukanlah seorang nabi mahu pun raja tetapi beliau hanyalah seorang pengembala ternakan yang berkulit hitam. Lalu Allah telah memerdekakannya dan sesungguhnya Dia redha dengan segala kata-kata dan wasiat Luqman. Maka kerana itu, kisah ini diceritakan di dalam AI-Qur’an agar kita semua dapat mengambil pedoman dan berpegang dengan wasiat-wasiatnya.” - sumber sini
antara kisah yang masyhur, -

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."


Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

**********************

sebut tentang Lukman al-Hakim, tetiba teringat dekat akak aku yang selamat melahirkan anak kedua, lelaki, 14 mac lalu.. ank saudara lelaki pertama dlm kluarga aku, dua yang sebelum ni, girl. bila ditanya akak aku nama yang dia nak beri, katanya lukman hakim. uhh aku xberapa bkenam sebab aku terkenan pada nama lain.. tapi ye lah, bukan anak aku kan, suka hati dia la nak bagi nama apa kat anak dia.. tapi lastly aku dapat mesej, MUHAMMAD EL-YUSUFF NAJMI.. waduh2 kakakku... kelass kau ye.. apapun, welcome to the new world, baby. moga jadi anak yang soleh dan peribadi seperti nabi Muhammad, tampan as nabi Yusuf and berjaya dunia akhirat.. ikhlass dari mak cikmu yang penyayang..wahaha.... Dan ahad lepas, aku pergi rumah dia kat selangor... jom layann gambar.....

kena kuning.. tapi xteruk.. dia asyik buka mata je..gelak2 bila diagah.. alahai comeinya


me wif his sister, elya anyn najwa.. budak ni dah makin manja ngan aku.. geram betul si comel nih...^-^


aku suka gambar ni..nice side,.. time kitorang nak balik baru baby tidor... bagus, ikrom duyuf..

Wednesday, March 28, 2012

dugaan belajar : kuatkah anda?

saat itu kan tiba jua

3:55 am. jam di desktop ku jeling. arghh sudah larut malam. menjengah pagi yang hening.. tatkala insan lain lena hanyut dibuai mimpi indah, aku masih terpaku di depan laptop. menyudahkan kerja2 yang terbengkalai dek kemalasanku menyiapkan di awal waktu.. huh, aku benci menulis dengan skema

dugaan menjadi pelajar. kuatkah anda? jika ditanya pada aku, pastilah aku ku jawab, ya sememmangnya aku tidak kuat. kadang hingga aku terfikir untuk berhenti je dari pengajian aku sekarang ni, pastu minta la kerja apa2 dengan kelulusan diploma aku ni. perempuan belajar tinggi2, kedapur jugak.. heh betul ke analogi itu? sememangnya tidak!

tiap kali aku mengadu pada dia, dia dan dia tentang kepenatan mengadap asaimen2 yang berlonggok, keletihan perjalanan kuliah harianku, kepenatan menghadapi kerenah manusia bermacam ragam, ketidakwarasanku fikir soal fulus yang macam air, ke ke ke yang semuanya menguji sabar, jawabnya tidak lain tidak bukan "ikhlas lah menuntut ilmu. kelak kau temui kemanisannya"

ya, kita selalu diberi peringatan agar sentiasa perbetulkan niat dalam menuntut ilmu, sentiasa ikhlas agar ilmu itu mudah masuk dalam hati kita, agar tidak terpesong dari tujuan utama kita. kerana itu jangan mudah mengeluh pada ujian, mudah menyerah pada sedikit kepenatan. namun andai hati berpegang pada azimat itu, alangkah mudah dan indahnya hari2 yang dilalui sepanjang pendakian ilmu itu... tiada rasa terbeban, tidak juga mudah tersungkur!

"tazkirah" pendek dari madam grafik ku kelmarin, kepegang kemas dalam lipatan minda. terima kasih. aku dapat satu inspirasi baru. meter semangat kembali mendadak. heh terkena sekali. fikir matlamat hidup. yup, satu sahaja impian matlamat aku yang aku pegang kemas dlm jiwa ku, tapi rahsia disini. doakan hajat aku itu tercapai :)

-no shortcut to success-

Thursday, March 22, 2012

hebatnya perjuanganmu


Hari ini, 22 Mac 2012 genap sudah 8 tahun syahidnya bapa intifadah Palestin iaitu As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin. Beliau dibunuh Zionis pada pagi 22 Mac 2004 ketika diperjalanan balik ke rumah selepas menyelesaikan Solat Subuh. Beliau merupakan Ketua/Pengasas HAMAS & Mursyid Am Ikhwan Al-Muslimin di Palestin.

Kata As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin,


"Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh), Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(perlahan).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan(kerusi roda) ku.

Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung umurku. Aku, yang di serang pelbagai penyakit dan di timpa berbagai penderitaan. Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah? Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalami kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah yang mahu di antara kalian, bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat Islam ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat Islam ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, “Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman!

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang(melarikan diri dari musuh)dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian(menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai peminpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu.. kami megadu kepadaMU… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang di jandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya, Allah, kami mengadu kepadaMu, berseleraknya kesatuan umat kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami….”

*****Sumber rujukan : buku "Ahmad Yassin dan Rantisi dalam kenangan"

Sunday, March 18, 2012

hari ziarah blogger QM


fuhhhh penat!!!

hampir dua jam aku jelajah blog2 budak QM tahun satu nih, yang aku buka ikut link kat goals tu... tu pun baru separuh, xlarat dah ni...petang ni sambung balik la..senyum sorang2 aku depan laptop, tengok blog2 diorang semua... macam2 stail la ada.. t aku kupas jap g.

buka satu blog, mana2 yang ada butang follow tu, aku follow semua.. mane2 yang letak chatbox, aku tinggal jejak aku kat situ.. so sape2 yang xde dua2 tu, nasib la kan. aku bukan rajin sangat nak p komen/tinggal jejak kat post diorang ni... haa aku percaya lepas ni sesak la trafik blog aku dengan kunjung balas korang2 ye.. (izinkan aku syok sendiri haha).. tu strategi dik... one way utk up kan trafik blog korang, dengan rajin2kan p blog blogger lain, tinggalkan link n jejak korang, komen la ayt bbunga2@puji2 ckit..haa pastu tunggu la dpn lptop sambil makan mi sedap... haa statistik anda akn naik melonjak.. xpercaya? silalah cuba... n banyak lagi cara lain sebenarnya.. silalah google :)

ada blog yang aku buka, loadingnya ishh3 mengantuk tersengguk aku.. patutlaa, penuh ngan gadjet kiri kanan, dengan bling2 skali..its oke, tersengih lagi aku sebab tringat ayat madam fatihin....... oke satu tips, kalau korang prasan la kan, blogger yg dh famous2, cuba tengok blog diorang...apa gadjet yang diorng letak eh? haa simple2 je kan..yang banyaknyer, iklan2 untuk kalian klik or yg bole disewa tapaknya... 2 juga strategi... tapi ye la, kita sekarang ni kan buat blog peribadi.. suka hati la kan nak letak apa... blog aku, blog aku..ko sibuk kenapa? its ok lah.. suka hati la kan... tapi kalo blogger yang ada impian nak jadi jutawan senyap, blog merupakan salah satu medan terbaik untuk menjana pendapatan.. dan semestinya diorang akan ikut rule yang betul utk bjaya... adeh aku dah keluar topik.

oke dah la aku mengarut... ehh mengarut ke? actually, bagi tips sebenarnya... kejap!!! cuba tengok side bar belah kanan korang ni, ada perasan x yang iklan loginwang.com tu?? haa mesti ramai xtau kan pe kebenda tu? em t aku buat entri sal benda ni eh.. ringkasnya, ni one way utk kalian menabung secara pasif...:) xsabar tunggu aku cerita? haa klik la kt iklan tuh... t faham la kan?

gambar ni xde kena mengena ngan entri.
- miss my perintisian-

Sunday, March 11, 2012

indah ciptaan Tuhan





"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuhan-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (al-An'aam [6]: 99)

"Dan ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadanya; Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum Yang memikirkannya Dengan teliti" (Al Jaatsiyah : 13)

qalamqalbi : foto diambil di sekitar belakang rumah...sekitar pertengahan 2011..aritu mood baik, so tangan pun terasa nak rakam keindahan dan kehebatan ciptaan Allah Maha Kuasa.. hasilnya seperti yang anda lihat.. hehe.. saya budak baru belajar.. jurufoto xbertauliah..sape2 nak tunjuk ajar? really appreciate it :)... no copypaste without permission or credit..heh3

Saturday, March 10, 2012

bila didatangani pengemis.......ini kisahku


Pertengahan tahun 2010, waktu itu saya bersama team catur UDM (kerana waktu itu UDM masih belum bertukar nama UNISZA), kami berjalan-jalan sekitar ibu kota Kuala Lumpur. waktu itu game masih belum bermula kerana kami datang awal 4 hari untuk temasya MASUM dan pemandu bas yang sporting, bersama pengiring kami membawa kami keluar dari bandar Nilai, waktu itu USIM jadi tempat rasmi sukan MASUM (xsangka akhirnya aku kembali ke bumi usim menjadi sebahagian warganya..). bersama kami team taekwando, dan kami berasa selamat kerana diiringi pahlawan2 kemana saja destinasi kami..tapi agak malang kerana team taekwando tidak mahu menjadi escort kami kerana sebaik sahaja sampai di KL, kami ditinggalkan tanpa arah tujuan...wahahaha.....(kenapa aku terasa agak skema ayat ini??)


namun bukan ini yang aku ingin ceritakan sebenarnya. kisah bermula waktu kami berada di ruang santapan, senang cerita food court la.. waktu kami tengah enak menjamu selera, kami didatangi seorang lelaki. berjubah, berkopiah putih, berjambang..matanya sepet, hidung mancung blablabla..hehe..dengan wajah tok seh, kami disapa oleh beliau.. oh ya dipendekkan cerita, sebelum beliau datang meja kami (perempuan), beliau dtg ke meja shbt2 lelaki dahulu.. kami yang xtau apa butir bicara mereka hanya memandang dengan wajah kehairanan dan penuh pertanyaan. dan akhirnya sorang sahabat mengeluarkan RM10 tanpa ragu2.. dan akhirnya kami fahammm...


balik pada cerita, ya akhirnya beliau datang ke meja kami. "assalamualaikum!"

kami menjawab salam itu..bahasa pilihan adalah English. ringkasnya, beliau datang dengan tujuan untuk meminta bantuan kewangan. katanya untuk warga Palestin yang menderita disana. dengan membawa surat dan poster penderitaan mereka di Palestin itu, kononnya sebagai sokongan, kami terdiam. tiba2, "HOW PERCENT YOU GET?!" seorang daripada kami, bukan berbangsa Melayu, tidak juga beragama Islam, bertanyakan soalan itu pada lelaki itu. TERDIAM DAN TERKESIMA kami dan lelaki itu. aku lebih2 lagi.



waduh2 agak kurang ajar soalan itu. tetapi hairannya dengan jujurnya si lelaki itu menjawab bahawa tidak semua dan belum tentu duit itu akan sampai ke Palestin sana kerana katanya dia juga mengambil duit itu untuk perbelanjaannya . (maaf mungkin ada sedikit fakta yang aku tersilap tapi lebih kurang begini situasi dan jawapan lelaki itu)... dan girl yang tanyakan soalan itu explain kat kami, kerabat mereka memang anti dengan lelaki yang berpakaian begitu yang kemudian datang untuk meminta derma. bagi mereka semua itu hanyalah penipu. menipu atas kesengsaraan orang lain untuk kesenangan mereka.


aku terkejut! terkesima! begitu sekali kaum ini membenci mereka yang berjubah, berkopiah yang datang untuk meminta bantuan. ya memang tidak dinafikan ada segelintir manusia yang mengambil kesempatan namun sampai begitu sekali tanggapan mereka. dan kalau xsilap aku, ada lagi ayat yang pedas yang dikeluarkan oleh girl tu. namun aku xberapa nak ingat maklum la kejadian ni berlaku setahun yang lepas..


akhirnya tidak sampai hati melihat lelaki itu masih tercongok didepan kami walaupun dah disindir sinis oleh girl tu, adalah hamba Allah tu hulurkan juga duit untuk beliau. xbanyak mane pun, tapi atas dasar sedekah..xpelah xluak duit sebanyak tu kalau sedekah kat orang dengan niat ikhlas kan? hal lelaki tu menipu atau x, terserahlah pada Allah..namun sempat hamba Allah tu niatkan dalam hati, kalau duit tu lelaki tu guna untuk belanja dia, xpela halalkan je....huhu


moral of da stori, aku tersinggung kerana saudara seIslam aku dihina oleh bangsa agama lain...walau ada benarnya namun si pengemis itu tetap saudara seagamaku...malunya bila Islam dipandang sebegitu rupa... owhh itu bukan ajaran agama suci kita...mungkinkah aku orang asli Terengganu yang xbiasa dengan peminta sedekah menipu berbanding dengan Kuala Lumpur yang penuh dengan pengemis? teringat dengan satu peristiwa di kedai makan sekitar jalan TAR (kot. aku xingat nama jalan tu tapi yang pasti bila angkat kepala, nampak Menara Petronas).. waktu kami didatangi perempuan dengan anak kecil..mengemis..kawanku berpesan jgn tgok muka(especially mata), takut kena pukau! sampai camtu skali pengemis di bndr besar ni ye... entah nak percaya atau x, aku ikut jela arahan mereka... fuhh dunia memang semakin complicate ku kira skrg ni..



apa2 pun, bagi aku xwajar nak salahkan pengutip derma/sedekah yang datang dan judge mereka semua sama cam yang lain..jangan hanya kerana kesalahan seorang, semua kita anggap sama.. dan bagi aku la, kalau anda didatangi orang seperti mereka lagi, nak bagi, bagi jela..tapi berpada..anggap sedekah je..xnak bagi, jangan duk caci+marah2 kat orang tu.. and nasihat aku, kalau betul nak menderma kat warga Paletin, dermalah pada badan2 yang terang2 dah diiktiraf kerja mereka, seperti AQSA SYARIF...


depan bas UDM, luar stadium nilai, lepas abis majlis penutup...abaikan model2 itu, sila lihat pada cermin bas itu... taekwondo+catur... haa aku xtipu... owh i miss my team...masum terbaik pernah aku join..

Thursday, March 8, 2012

maaf ler

BLOG INI DI BAWAH PEMBINAAN DAN PENYELENGGARAAN
SILA ABAIKAN SEBARANG KESERABUTAN LAYOUT/GADJET
YANG PENTING,
KALAU DAH TERBUKA BLOG NI, SILA CEPAT2 TUTUP...
SEBABNYA.............
TAK CANTIK, MENARIK, DAN TERTARIK LAGI

T DAH SIAP, SILALAH DATANG BALIK..

GIVE ME 3 DAYS, I WILL COMPLETE THIS BLOG OK..

NICE TO MEET U ALL :)
:::Bismillah arRahman arRahim:::

Ku mulakan catitan sepi ini dengan memuji namaMu Rabbi, Tuhan sekalian alam...segala puji bagiMu, yang terus membenarkan aku untuk hidup senafas lagi di bumi ini... Allah..jangan kau tarik nikmatMu ini, kerana kupunya hutang padaMu masih tidak tertanggung..

selawat dan salam untuk junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w.... semoga syafaatmu bersamaku di sana nanti..

kembali ke dunia blogging, serasa bagai terjaga dari tidur sebentar... rasa-rasa baru semalam aku menekan butang "remove blog", namun saat ini aku kembali lagi untuk memeriahkan dunia bisu ini..bisu dari suara2 makhluk, namun semestinya xkkan lari dari segala kucar kacir sebuah cerita.. blog, ada baik ada buruk..terpulang pada sesiapa yang mengendalikannya..

sekarang aku rasmikan blog aku ini..maafkan andai bahasa pengganti diriku mungkin agak kasar, namun aku selesa begini.. terasa dekat dengan jiwa penulisanku... bismillah.... aku memohon padaNya, moga blog ini bukan sekadar omongan kosong, tapi agar menjadi saham yang memberatkan buku catitan tangan kananku di hari penghitungan kelak... walau mungkin tidak sebesar mana..moga manfaat untuk kalian tetap terbias..amin...


tanyalah, xkena marah:)

meh menabung