Tuesday, December 11, 2012

entri sedih

sedihh

"joomlaaaa" aku tak siap lgi.. dari 2pm aku berumah di lib.. habuk pun xda. mane semangat??


sedih lagi
laptop aku senyap sunyi kat dlam bilik. no function. rosak. aku malas hantar kedai. duit lagi. huk!


sedihhh...
nak makan doyan durian... entah bila ada masa free.. nk p cari nilai satu hal. nak balik umah kak aku? seminggu lebih lagi la jawabnya.. doyan o doyam...crepe oh crepe. haih!



sedih dan sedih....
call dia.. esok da nak pergi husm.. awak, moga slamat blake la ye... aminnn...


sedih....
tahun 2007, usai spm, baru aku dapat pegang hp.. dan dia yang pertama.... ohh cerita sedih lagi...


yang ni x sedih:::: Allah tunjuk kat aku siapa budak tu sebenar.. amalan ibadah? aku xnak pertikai. tapi bab muamalat? fail! manusia..hari2 berlakon. xpenat? kesiannya mereka..aku simpati duhai adikku..hahaha


n...

awak yang sanggup skrong baca post ni? mekasih.. xde faedah pun kan. memang.. sebab aku tengah sedih. k bai..

(posting x matang)

:::LA TAHZAN.. INNALLAH MA'ANA:::

Tuesday, December 4, 2012

ros ini hadiah buatmu..

sekali lagi, aku jadi pelupa yang amat. siyes. bukan aku sengaja.. lewat kebelakangan ini, banyak perkara aku kena setelkan. sampai aku jadi pelupa pada tarikh istimewa  28/11, 29/11, 2/12..

 nah, ini untuk kamu.. sudilah terima ros ini. wakil hati aku..mekar mengingatimu..hohoo jiwang oih..

dengan ingatan tulus ikhlas, selamat hari lahir.. semoga Allah sentiasa melindungimu dari kegelapan.. i love u. fillah.
jarak pisahkan kita, namun hati tetap bersatu dalam doa. diam xbererti lupa, ingat itu.


p/s: ini blog aku..suka hati aku nak tulis apa kan? ;p

Tuesday, November 27, 2012

poster gaza .. merindui syahid


 pejuang palestin...mereka bertarung dengan senjata.. syahid menanti mereka. indahnya!
kita? aku? bergelumang dengan tugasan dan tanggungjawab yang sentiasa menanti. senget amanah, hilang ikhlas, sia2 jawabnya. 
( design sendiri poster. macam nak gila duk buat dalam lab komp..laptop sendiri jem pulak.. typo yang ada, huhhuhuu arial, times new roman, calibri blablabla..outdate! )

: penat dalam bahgia. betullah, kalau dah minat, apa saje halangan mampu diredah. doakanku, misi lawatan "TRAVELOG SENI KALIGRAFI 2012"
-kembara menghayati seni Islam dunia-
Terengganu, im coming....huhuhu.. first time buat program sendiri kat usim, senyum sorang2 aku pada tiap ujian yang datang. lepas satu, satu. tapi pengalaman yang mahal kan? sungguh aku hargai.

Wednesday, November 7, 2012

secanggih semoden sekuat mana kamu, bala Allah xkan dapat di hindari























Taufan baru ancam New York, New Jersey


New Jersey: Taufan baru diberi nama Nor’easter yang dijangka melanda timur Amerika Syarikat diramal menjejaskan usaha pemulihan daripada kesan dibadai Sandy lebih seminggu lalu.

Petanda awal ialah hujan akan mula turun hari ini sebelum menjadi semakin lebat, kata pakar meteorologi.
Keadaan dilaporkan menjadi semakin teruk kerana suhu terus panas, perkembangan tidak baik kepada 1.2 juta penduduk yang belum mendapat semula bekalan elektrik.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan melaporkan Nor’easter sebagai sistem angin tekanan rendah disusuli ribut yang menyasarkan kawasan pantai Jersey Shore.

Mereka berkata, ada kemungkinan hakisan berlaku dan kawasan berhampiran pantai boleh dinaiki air.

Dalam keadaan lain, keadaan itu tidak mungkin memberi masalah tetapi ia bukan berita baik selepas ribut Sandy baru berlalu, kata Gabenor New York, Andrew Cuomo.

“Ribut baru memberi kesan kepada kawasan yang teruk terjejas kerana Sandy,” kata ketua peramal cuaca Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Bruce Terry.
Timbang berpindah

Ada juga kumpulan penduduk tertentu menimbang untuk berpindah selepas kediaman mereka dibadai Sandy meskipun sudah dibenar pulang.

Lebih 100 orang maut angkara Sandy selain menyebabkan kerugian dianggarkan AS$50 bilion (RM150 bilion).

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg membatalkan rancangan memindahkan penduduk sekali lagi.

“Ribut ini berbeza. Angin ribut ini datang dari arah berbeza,” katanya sambil mengakui tidak tahu sama ada penduduk bersedia menghadapi ancaman baru itu.

Pakar meteorologi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Joe Pollina menasihatkan penduduk supaya tidak keluar rumah dan memastikan bekalan makanan mencukupi.

Setiausaha Keselamatan Jabatan Dalam Negeri, Janet Napolitano menggesa penduduk memandang serius ancaman baru.

“Semua yang mereka lakukan ketika Sandy perlu dibuat kerana Nor'easter. ada penduduk tidak mahu tinggalkan rumah,” katanya. - Agensi

Wednesday, October 31, 2012

senyum tawa pada cinta

malam yang hening.. termenung si gadis pada indah terangnya langit malam. menikmati. perlahan di hembus nafas, seakan sendu menghimpit. si gadis tersenyum. mungkin fikirannya tenang diketika itu. "alhamdulillah. segala puji bagimu Allah yang memanjangkan lagi usiaku. genap umurku 22 tahun. andai dihitung, sikitnya amal hasanahku. menimbunnya catatan kiriku. tak terungkap betapa aku manusia pendosa. hipokrit pada kehidupan..."

sang gadis terus merintih. sekejap dilihat tersenyum, sepintas jua terlihat ada manik jernih gugur. posisi diri berganjak. mata menghala tasik  yang samar2 di pandangan dek kelam malam. hari ini, genap 3 tahun, 3 kali peringatan ulang tahun kelahirannya di fb, di offkan. makanya tiadalah coretan2 selamat ulang tahun yang diterima sepertimana kebiasaan  yang muncul pada tarikh2 penting sahabat fb yang lain. sungguh itu memang matlamatnya. menilai ingatan, mengukur setia sahabat pada hari bersejarah.. dan seperti juga tahun sebelum, sepi sahaja dinding fb nya hari itu.  sememangnya dia tidak kisah, ambil peduli jauh sekali. dan seperti yang dijangka, hanya beberapa mesej ucapan di handphone, di terima.. juga panggilan dari sahabat tercinta... di balas satu persatu, dijawab dengan ceria... dan malam indah berlalu begitu...

penat melayan perasaan, diri direbahkan di atas katil...malamnya tido si gadis ditemani mimpi indah...berkahwin dengan anak raja dan akhirnya menjadi permaisuri di istana kayangan...........dannnn.....

Tuesday, October 30, 2012

menjadi kopi, telur, lobak.. kuatkah dikau?

Ada masalah? Resah, gelisah, sedih dan mahu berputus asa dengan masalah? Korang wajib baca cerita ni

Alkisah lobak merah, telur dan biji kopi

Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan
 d
an berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.

Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.

Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.

Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.

Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”

Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

“Jamil, apa yang enta nampak?”

“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.

Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.

“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.

“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.

Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.

Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.

Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.

“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.

Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu anda, bagaimana anda harus menghadapinya?

Adakah anda seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan kasaandan dan kesusahan, anda bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan anda?

Ataupun anda seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran anda nampak tidak berubah, akan tetapi hati anda menjadi keras dan tidak gembira dan tidak beransur.

Ataupun anda ialah biji kopi, makin didih, anda mengubah keadaan situasi anda sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.

Jadi siapakah anda?

Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji anda, dan anda seharusnya bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling anda kepada perkara positif.

Masa paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.








-kopipes-

Sunday, October 21, 2012

terjebak dengan herbalife.. ayuh kita jadi sihat!


alkisah..
ahad minggu lepas, di ajak sahabat pergi event Herbalife, STS di wangsa maju. mulanya aku sekadar mahu melihat2 apa sebenarnya yang ada dekat herbalife ni.. ye la, macam dah fenomena lak herbalife ni sejak akhir2 ni.. dari sem lepas lagi, aku g mana2 ada je yang offer.. tapi bila tanya harga, gurlpp telan liur jela..huhu

di LRT wangsa maju, dijemput oleh bkl abg ipar sahabat aku menuju dewan apebendanamatah... wah, beliau memang lain dari yang aku tengok dalam gambar dulu. segak! oke, aku testimoni pertama dah berjaya. sampai luar dewan, diberi tag herbalife untuk pakai kat lengan.. pintu di buka... alamakkkk.. nape laki2 yang jadi penyambut tamu, semua hensem2 segak bergaya. ppuan pulak comel2 sume.. hahaha... dewan penuh giler.. masa aku masuk, majlis yang berlangsung masa tu adalah testimoni2 pelanggan yang dah berjaya kawal masalah berat badan mereka. ayat yang xlekang dari mereka, THANKS ALLAH, THANKS HERBALIFEEE... yang aku heran, awat hadirin hadirat sume semangat giler tiap kali sorang2 abis bcakap.. tepuk semangat la bagai.. dengan aku sekali jadi teruja tahap kanser..ahaha..

di pendekkan cerita, aku sudah terjebak masuk dunia herbalife.. selepas didedahkan cerita demi cerita 
kejayaan individu yang berjaya mengatasi masalah berat badan dan kesihatan mereka dengan izin Allah dan herbalife adalah wasilah yang mereka gunakan, dan mereka kebanyakan selepas itu terus jadi agen herbalife bermodalkan diri mereka sebagai bukti, dan akhirnya menjana pendapatan ribuan ringgit sebualan. 5k, 10k, 15k tu main2 je... uhhh.. haa gelap mata dengar sal duit kan. mesti ingat aku mata duitan. nanti dulu, dengar dulu ceritaku. 

herbalife sama dengan MLM? of kos tidak. kenapa? meh aku cerita. sebenarnya aku ni seorang yang suka menggeledeh internet mencari cara buat duit dengan mudah.. satu demi satu aku baca, dan kebanyakan memerlukan aku melabur sejumlah wang, kemudian cari kaki2 kat bawah, then lepa tu dah boleh duk senang..see? aku mls la bgi contoh..ada jugak yang suruh beli berang diorang dalam kuantiti dan harga yang tinggi, then cari la customer, jual.. tapi barangnya? sendiri mau ingat. MLM kebanyakan adalah bisnes gharar.. xjelas. yang nampak hanya duit. bila dah ada kaki, boleh goyan then duit masuk. cerita lagi, aku pernah baca kisah ustaz femes kat malaysia, tapi siyes aku xingat sape.. di promote bantal yg kononnya ada mcm2 kelebihan, di ajak join jadi kaki bawah penjual dgn untg blablabla, beliau hanya melayan dan kerana kesian@nak meraikan si penjual, dibelinya bntal rm300 tu.. padahal hanyalah bantal yang biasa2.. tapi sebab dah jadi brg MLM, terus harga naik. tu nama gharar, xjelas kelebihan, yang nampak hanya wang yang akan beranak2 bila banyak kaki2 bawah kita.  huhu

lagi cerita. sekitar 2008@2009,  kami semua budak sekolah yang dah abis sekolah, di hebohkan dengan satu MLM, aku lupa nama dia. senior kami yang duk promote. caranya begini. bayar 2400, dapat 1 set barang, then akan di beri 240 sebagai bonus. barang tu produk kecantikan@kesihatan. dapat tu, juallah balik kat sape dengan harga pasaran. lepas tu cari member yang nak duk bawah kita.. bila cukup kuota, ada la elaun dia + cari lagi kaki.. makin banyak kaki, makin banyak duit masyukk..  then ada kawan aku yang terjebak.. bayar la 2400 tu.. barang memang dapat, tapi sape mau beli maa??? bukan barang jenama yang orang duk pakai hari2.. nak wak makan pun xbole.. nak jual pukal kat kedai, xnak terima.. barang diorang pun xlaku..huhu.. kawan aku, lagi kesian. barang xdapat( sebab masing2 duk jauh, susah nak bagi  pastu terus senyap,) bonus aku xpasti dapt ke x..duit burn camtu.  


tapi Herbalife? 
anda adalah agen kepada gaya pemakanan sihat. kami ingin membantu anda mendapat tubuh badan sihat melalui diet pemakan yang hebat. perhh ayat skema aku bagi.. meh baca tagline herbalife ni:

Diasaskan pada 1980, Herbalife International adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan terunggul yang mengkhusus dalam mempermudahkan ke arah kehidupan yang sihat.
Misi Herbalife adalah untuk mengubah kehidupan manusia dengan menyediakan peluang perniagaan terbaik dalam jualan langsung dan pemakanan terbaik serta produk pengurusan berat badan terbaik di dunia.
Tawaran produk Herbalife berkualiti tinggi.
  • Kejayaan pengurangan berat badan

  • Nutrisi yang dipertingkatkan

  • Peningkatan penjagaan diri

  • Peluang untuk ganjaran kewangan


and HERBALIFE sudah
- 32 tahun ditubuhkan
- dipasarkan di 84 negara 
-70 juta pelanggan dengan testimoni yang hebat!
- jualan USD 5.4 billion utk 2011
-disenaraikan di papan utama bursa saham New York

see?

ni bukan produk cincai. herbalife ada medical advisory board yang terbesar di dunia bagi memastikan produk adalh terbaik. ada makmal molekul nutrisi sendiri atas nama pengasas herbalife sendiri, Mark Hunghes Cellular & Molecular Nutritio Lab di Universiti Of California, Los Angeles (UCLA) .. dan yang penting, produk ni HALAL dan ada sijil IFANCA. Tuan Guru Nik Aziz pun minum tau.. xcaye? 

masa majlis pelancaran di kelantan

BEZA HERBALIFE DENGAN MLM 
malas nak cerita panjang, yang pasti herbalife jelas matlamatnya. ingin membantu manusia kearah pengamalan pemakanan yang sihat, meyelesaikan masalah naik n turun berat badan, masalah2 lain.. hasilnya memang menakjubkan dan berjuta2 testimoni seluruh dunia dah ada.. xpercaya google je.. aku sendiri pun ada member yang memang dah berjaya sihat alhamdulillah biiznillah dengan herbalife ni.. kita tolong orang sihat badan, kita juga sihat poket.. hehe.. 

sembang kencang, ada kau makan? mungkin ini yang anda tertanya kan? aku? sure. tapi bukan untuk kurus..bukan untuk gemuk. untuk sihat. hehe.. xleh cite lebih2..aku baru makan.. t la, next entri k.

last aku nak cakap, akal yang sihat datang dari tubuh badan yang cergas. kalau sakit, susah nak beribadat kan. ibadat tu, jgn sempitkan dengan solat je.. ibadah kerja, menuntut ilmu, sebarkan ilmu, memimpin dan blablabla..sume benda jadi ibadat kalau niat kerana Allah..

so sape2 yang ada niat nak turun atau naikkan berat badan  dengan cara sihat atau baiki kesihatan anda, boleh hubungi aku dekat fb, PM me ==> http://www.facebook.com/maryam.rusli?ref=tn_tnmn. nanti boleh kita cerita lebih lagi kan.. :)

manusia berusaha, Insyaallah dia akan tunjukkan jalannya :)

Thursday, October 4, 2012

mencari diri di kala bertimpa tanggungjawab dan ujian hidup, bagaikan manusia kelemasan dek himpitan hambatan waktu.. tika itu muncul tangan2 sakti, membawa emosi terbang mencari kedamaian.. alangkah beruntungnya mereka yang ketemu bahagia, ketawa berdendang gembira.. syukurlah, sekurang-kurang Dia ada untukmu... 


"Kalau engkau masih muda remaja..senangkanlah hatimu..kerana pohon pengharapan masih subur..dahan-dahannya masih rendang dan rimbun.Tujuan kenang-kenangan masih jauh sebab umurmu masih muda..Mudahlah bagimu menjadikan mimpi suatu kenyataan yang sebenar.. Kalau engkau tua..senangkanlah pula hatimu..kerana engkau telah terlepas dari medan pertempuran dan perjuangan yang sengit dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yang berguna di dalam sekolah hidup..Engkau telah tahu firasat,mengerti gerak geri manusia dan tahu ke mana tujuan jalan yang ditempuhnya.. Sedetik umurmu di masa tua lebih mahal harganya daripada bertahun-tahun di zaman muda sebab semuanya engkau telah lalui dengan pandangan yang terang dan pengalaman yang pahit"-HAMKA ; Tasawuf Moden-

Sunday, September 30, 2012

sinergi @ kompetensi mutawif... cerita YMLF :)

assalamualaikum w.b.t

lama rasanya tidak mengarang. hampir dua minggu kan? entah aku pun xtahu apa yang di busykan sangat. tapi yang pasti hampir stiap hari masaku banyak di habiskan di fakulti. petang jam 6 baru balik hostel. letih jangan cerita. adat jadi pelajar kan. 

sebenarnya, 3minggu di sini, baru minggu ni aku berpeluang merasai suasana hujung minggu dalam bilik. tu pun hari ni je, semalam dah seharian di pavilion. ada sukan fakulti. aku main apa ye? heh malas aku nak cerita. yang penting fakulti aku, FPQS naib johan untuk game ni. huhuu.



PROGRAM KOMPETENSI MUTAWIF.

dua minggu lepas, semua finalis YMLF kena pergi kursus mutawif haji. MUTAWIF?  apa tu? ringkasnya, mutawif adalah pembimbing, pembantu, pengajar, tour guide kepada jemaah2 haji@umrah di tanah suci. dan kami diwajibkan hadir ke kursus ni. apa benefitnya? jika lulus ujian, dapat sijil. dengan sijil tu melayakkan anda minta kerja sebagai mutawif. tapi kena pergi umrah@haji dulu la. tapi menurut seorang penceramah, xsemestinya kena buat haji@umrah dulu baru bole jadi mutawif. semuanya bergantung pada rezki dan strategi anda. 

cop cop cop.  sebelum tu, untuk reader bukan USIM, mesti tertanya2 apekebenda la yang aku duk sebut2 YMLF. ya, satu kalimah yang buat aku stress dan aku terus down jatuh ke tahap rendah diri yang teramat. Young Muslim Leader of the Future. meh aku terjemah. PEMIMPIN MUDA ISLAM DI MASA HADAPAN.  stress tak anda yang sedang baca ni? tak? memang la tak sebab bukan kalian yang mengalaminya. maksud aku, bukan di beri gelaran itu. dan sebenarnya aku bukan bakal ymlf pun. cumanya aku antara yang terpilih ke peringkat saringan, 60 orang semua sekali, budak tahun dua. ini merupakan program besar cetusan naib canselor USIM, lantaran melihat kekalutan dan kedasyatan yang terjadi terhadap pemimpin2 islam dunia yang sedang dan telah mengalami pelbagai krisis. jadinya harapan beliau adalah untuk melahirkan bakal pemimpin yang mempunya ciri2 kepimpinan muslim seperti Rasulullah. nah, sekarang fahamkan kalian kenapa aku tidak gembira?  weyh, berat tanggungjawab tuh. kalau fikir kesedapan dan keseronokan boleh pergi luar negara, jumpa orang2 besar, ditaja lak tu, memang semua orang akan cakap, wah untunglah kau... hakikatnya......sendiri faham lah. aku bukan siapa2...(arghh meter confident di tahap low....)  bole tekan sini untuk lebih penjelasan. 

haa aku nak sambung balik pasal mutawif tu. SERONOK. tu yang aku rasa sepanjang program. bila hati dah diikhlaskan niat untuk menggali ilmu, mengutip pengalaman, maka natijahnya sangat manis. bersama sahabat2 ymlf lain, masa berlalu xterasa. dua kali hujung minggu yang terpaksa dikorbankan. awalnya merungut juga, tapi yelah, xkenal maka xcinta. sepanjang kursus, seronok mendengar cerita2 dan pengalaman mereka di tanah suci. ilmu2 perubatan, kaunseling, komunikasi, integriti turut diselitkan. bila slot terakhir dengan mutawif sendiri merangkap sekarang dah jadi orang kuat tabung haji, wahh aku terasa semangat pulak. nak tukar profesion jadi mutawif larh! mummy, daddy, can i?? huhuhu

ya Allah, sampaikan hajatku dan hajat ayah ibuku, kami sekeluarga untuk sampai ke tanah suciMU.. ameenn

owh lupa bagitahu, saringan YMLF resultnya belum keluar. kalau nak tahu la, dari 60 orang, hanya 40 yang layak. aishh belum layak lagi. temuduga dulu la boh. lepas temuduga, hanya 30 sahaja yang betul2 akan di train. aku memang dah xkonfident la dapat. tapi aku dah memang sangat2 bersyukur layak jadi finalis dari 660 yang memohon awal2 dulu. sepanjang kem saringan yang di buat dekat kem BTN maran phang, banyak sungguh ilmu kepimpinan aku dapat. lebih kepada self confident dan integriti.cukuplah aku rasa. sememangnya aku tidak pernah bercita2 untuk jadi leader of the future sebab aku lebih kepada entrepreneurship. hahaa ye ke? masa hadapan, bukan kita tentukan. manusia boleh merancang tapi Allah sebaik2 perancang. cukuplah kalian doakan aku jadi insan berguna untuk ummah.so, tunggu dan lihat je la k. 

bawah ni aku sertakan gambar2 berkaitan. credit untuk tuan punya gambar. minta halal ye :)


"setiap dari kamu adalah pemimpin..."



semasa penutup kem saringan YMLF di maran, pahang. 


bakal2 mutawif berintegriti tinggi..insyaAllah..

Monday, September 17, 2012

kini sudah masuk musim baru


assalamualaikum

semester baru, azam baru, kawan baru, bilik baru, baru baru baru...

yang lama? ahhaa
lecturer untuk subjek graphic, masih yang lama. likelikelike

SO? 
harapan untuk update blog setahun sekali tinggal kenangan je la.. awal2 masuk, dah dapat pesanan, "blog sila update..." kekeke

gembira? of kos. berguru dengan manusia hebat, kalau usaha pun hebat insyaallah najah. azam untuk sem ni? nak dapt A full pulak..madam fatin, moga di pertimbangkan hasrat anak muridmu ini ^-^ hehehe


YMLF? 
next entri. (tu punkalau ku rajin nak menulis)

Tuesday, August 28, 2012

kisah kita

entri ini ditulis bukan untuk dibaca oleh kalian. sekadar meluah rasa hatiku pada maya. usah dipedulikan pada tiap coretan ini.


semalam, selepas isya' aku bergegas ke hospital besar terengganu. HSNZ. mendengar khabar sahabat baikku keseorangan di wad tanpa ditemani ahli keluarga, hatiku kacau. ini peluang aku untuk berbakti pada seorang sahabat. lagipun aku sudah lama tidak ketemu beliau, hendak pergi beraya pun tidak sempat....

(arghhhh aku benci menulis dengan ayat skema melayu tulen! caca marba jadi)

hujan renyai2 aku redah dengan adikku menaiki motosikal. terima kasih untuk beliau. memang seorang adik yang patuh pada suruhan kakaknya. appreciate (hehe aku pasti beliau membaca coretan ini. tQ my lil bro. ur my penyelamat setiap ketika aku memerlukan...cepat2 la buat lesen kete plak, lagi senang aku nak jalan..hak3)..

sampai hospital, melepasi kawalan guard dengan alasan aku sepupu beliau yang nak temankan beliau malam ni, n tatkala diminta pas, aku jawab ada di atas.. dia tengah blur2, aku redah masuk jer..haha.. dan malam itu kami berbual, bercerita, bergosip blablabla..ye la lama dah tak jumpa kan, banyak la modalnyer.. dan malam itu pertama kalinya aku tidur atas katil hospital sebab katil sebelah tiada olang.. dan tengah malam mimpi mengarut2, pejam mata rapat2..keh3 penakut rupanya..ambil ma'thurat tepi katil, lenalah kembali tidurku...

pagi esoknya, aku kena balik sebab adik aku nak amik barang dia yang ada dengan aku. dia nak pergi kelantan pagi tu.dan aku pun kena balik, mandi2 dulu kan..dan sahabatku itu, kutinggalkan dengan rasa berbelah hati. sayu. merasakan aku tidak mampu kembali secepat mungkin untuk temani beliau ke bilik bedah tengahari nanti.. keseorangan lagi beliau sementara menunggu ahli keluarga sampai... lalu langkah di atur, perlahan meninggalkan dia...

hurmmm..xtau motif apa aku menulis malam2 ni..yang pasti aku baru dapat mesej dari adik beliau..mengatakan segalanya ok dan dia sedang tidur. alhamdulillah.. cuma, aku terkilan sebab malam ini bukan aku yang temankan dia, her mom. betulla kan. tapi aku sedih la, bukan selalu aku bole jumpa dia..jaga dia..xpe2, harap2 esok aku ada la masa n ada orang bole hantar aku pergi kat dia..

buat sahabatku,
 semoga bertabah, sayang.. senyumanmu kelegaan insan2 yang menyayangimu..hari ini, kamu diuji. esok2 mana tahu aku.dia.mereka pula..syukur engkau dikelilingi ramai insan yang menyayangimu.. kinah, teringin dia nak teman awak malam ni bila saya cakap yang semalam saya teman awak..tapi, ada halangan..dan syukur ummi ad disisi awak malam ni..

entah, xtau kenapa jadi emo. mungkin sebab dia sahabat aku yang paling menyenangkan hati aku. paling aku rapat. jadi biarlah aku cerita pada dunia. agar satu hari nanti aku tak lupa pada kenangan kami. susah senang biar bersama.

10 tahun kami kenal, aku hanya minta, Rabbi, lindungi dia. sayangi dia. kasihi dia.  temukan kami di jannahMu. amin,..

syukur, aku juga dikelilingi ramai sahabat lain yang syg aku. buat semua sahabat boya ku. thanks u all! kalian semua my BFF.. till jannah.. amin.

Saturday, August 25, 2012

cerita syawal

salam..
sebulan skali dah jadinya update blog ni..mentang2 dah lepas subjet grafik. alhamdulillah, aku dapat A- untuk subjet ni, haha dengan bangga bagitahu, macam la dapat A full kan. syukran untuk lec aku, susah payah je A kan aku..huk3.. btw, tu semua berkat usaha aku dan grup akulah, tiada kes bodek2 oke.. dan aku percaya coursemate aku pun ramai yang dapat A untuk subjet ni. jadi dengan berbesar hati, aku mengumumkan blog ini mungkin akan diupdate setahun sekali pulak..keh3. melainkan ada permintaan tinggi dari readers,,haha memang tak la..


SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

ni sebenarnya motif aku nak update. minta maaf la, lambat dari orang lain. seminggu dah raya berlalu kan?

CERITA RAYA. tahun ni raya yang paling meriah. semua ada. cukup.sampai ke hari raya ke7 ni, aku masih pergi beraya n memenuhi jemputan kawin. n hari ni, tak semena mena aku jadi (istilah apa ek nak guna untuk orang yang pegang hantaran kawin masa nak g umah lelaki?) haa jadi tu la.sepupu aku kawin, aku pegang dulang hantaran barangan mekap/wangian laki ..macam flower girl. kelas gitu..haha. sori no pic.

konvoi raya sahabat sekolah menengah. meriah. bermula dengan majlis kawin pasangan satu skolah n batch ngan kami.. then konvoi rumah ke rumah. keluar 10am, balik 7pm.. anak dara sape ni beraya xsedar diri? huhu.. btw, norazila mamat, nice moment with u. we talk.chat. about our past n today. u know, really miss u n her. kita bertiga. sayangnya dia makin jauh kan.

dan dua moment yang aku xkan lupa....

jumpa lagi k.
ops, cuti raya aku yang sepatutnya 3minggu, jadi dua minggu.. minggu depan aku dah balik usim. wat da sob sob..

entri kali ini tiada gambar. malas

Saturday, July 21, 2012

ahlan wasahlan

ya Ramadhan...
terima kasih Allah..
atas keizinanMu,
menyempatkan aku untuk Ramadhan kali ini..
esok lusa, entah aku tidak tahu..
masih berpeluangkah aku?

salam di hulur, maaf di pinta..
aku hanya insan biasa,
punya jiwa dan perasaan..
lantas ada hati yang terasa..
maafkan segala khilafku..
aku jua sudah memaafkan kalian..

mari beribadat dengan tenang..
mari beramal dengan ikhlas..
mari teman mari rakan
pesta ibadah sudah bermula..
izinkan aku menjadi lebih baik dari
ramadhan yang lalu..
tidak banyak, sedikit pun tidak mengapa..
asal hari ini lebih baik dari semalam
amin.



-1 ramadhan 1433h
-3am
-kuala terengganu

Saturday, July 7, 2012

Catatan ringkas K3G 2012



29 Jun
7.30 pagi sudah terpacak bawah blok, menunggu ketibaan prebet untuk di bawa ke stesen KTM. Bersama 9 sahabat yang lain, kami bersedia untuk memulakan satu misi. Yeah pelajar USIM boleh! Program bawah KPT , seliaan universiti, namun disuruh ke destinasi dengan sendiri.. ibarat terbuang, owh bahagialah kami memulakan pengembaraan, …dan perjalanan bermula..

Dari USIM ke KTM nilai, terus ke KL sentral, kemudian naik monorel terus ke chow kit..menapak dengan beg baju yang berat berganding dengan beg laptop yang “ringan”, berjalan kaki ke hotel brisdale…sekitar jam 11 am, 3 jam baru sampai destinasi..  xapalah, pengalaman itu penting kan.. bila lagi aku boleh belajar naik monorel.. hahaha sila jangan ketawa kan rusa masuk kampung.. sampai saja terus diberi godies, beg+baju+tag+buku+pen.. makan? Yes, kami lambat..xsempat nak makan, “bas sedang menunggu..cepat sikit yer, kita dah lambat ke PWTC..” alahai lapor perut den..dari pagi minum air masak je.
Mujur ada bas UIA untuk kami menumpang ke sana..kalau x, arghh kesian kesian...anak sapo ni..hai..

PWTC. Baru aku tahu, rupanya ada Karnival Kerjaya & Keusahawan Graduan 2012, yang ke 3, anjuran kementerian pengajian tinggi dengan majlis keusahawanan siswa universiti malaysia (MAKMUM). Dulu  aku hanya tahu MASUM, MAKUM.. MAKMUM pun ada rupanya..IMAM xde plak yer?

Wednesday, June 20, 2012

moment to remember

zaman kanak-kanak. siapa yang mahu menafikan keriangan waktu itu? ruginya mereka yang waktu kecil diragut keindahan dan kemeriahan. orang kata, kecik2 xbahagia. sebab tu bila besar jadi haru..

padang rumput.
hutan belukar.
rumah tinggalan.
mood hijau...
surau ilmu.
pokok jambu.
hujan.langsat.

aku.dia. dan adik2nya.
aku.dia. rakan2 sepermainan.

bila diingat2, berputar2 gambaran kenangan silam. mencurah2 masuk silih berganti. bagai wayang memainkan cerita. tidak henti.

waktu berganti. rumah bertukar. sahabat bertambah.
sekolah. negeriku.
semuanya berubah.
ada satu yang aku tidak lupa.
pada wajah naif itu.

lebih sedekad berlalu.
dan khabar bertamu.
senyum. pada satu cerita.
terimakasih. biar waktu tentukan.

***********
maaf, entri ini tidak bermanfaat untuk kalian.
ku cuma ingin mengingatkan diri,
yang aku pernah punya kenangan.
xkan larut. senyumhati


Thursday, June 14, 2012

jangan anggap kau paling baik, dia paling buruk





susah.
bila kita pandang orang lain, mata menganalisis, lalu mulut dan hati bicara.....
"buruknya perangai dia....."
"aku banyak buat ibadah dan amal dari dia...."
"huh nampak alim kat luar tapi....."
"dia xlayak kawan dengan aku yang......."

waspadalah!
pada penyakit hati..

mana kau tahu amalan kebajikan yang dilakukan luar pandangan manusia?
mana kau nampak ibadah yang di sorokkan dari pandangan umum?
mana kau nampak saat tangan dan kaki berbakti pada kalian, saat kalian tiada di depan mata?
mana kau tahu dalam doa, dipanjatkan seribu kebaikan untuk kalian, tanpa perlu kau diberitahu?
mana kau tahu?

tiada yang tahu rahsia hati seorang hamba...ikhlas atau tidak. benar atau palsu. tersembunyi.
bersangka baiklah pada sesuatu yang tidak kau ketahui.
jangan kau pandang manusia dengan pandangan hina, jelek, benci.
takut2 kau yang akan dipandang sebegitu rupa dihadapan DIA.
nauzubillah.

Monday, June 11, 2012

fazakkir: kembali pada asal tujuanmu...

bismillah...




sekarang mood exam.. seminggu studi week, hampir berlalu..entah apa yang kubuat aku pun xtau..buka buku tutup buku, buka mukabuku tak tutup-tutup...penyakit betul fb.. dah jadi trojan yang boleh hancurkan masa emas penuntut ilmu macam aku... dekat fb, bukan tiada ilmu yang bole dikutip, bahkan banyak sangat andai kalian mengelike page2 ilmiah dan isu semasa... tapi xkan nak layan tu je kan? abaikan buku yang seharusnya perlu diutamakan? oh pastilah tidak.....akal yang waras mengarah pada yang sewajarnya...ikut sedap memang hancur la jawabnya... 


sering terjadi, studi week yang sepatutnya dimanfaatkan untuk ulangkaji, tambah dan perbaiki serta kemaskini nota, menghafal mana2 yang perlu- tetapi sebaliknya terjadi... diawal2 sememangnya semangat berkobar2, kata pada diri, aku hendak studi betul2 sem ni, pulun habis2an waktu studi week yang ada, blablabla..... tapi akhirnya, tewas pada godaan hiburan yang lebih menarik dari mengadap buku. berinternet, membaca novel, keluar jalan2, lepak bersama rakan, tengok movie puas2, tidurrrya..... kan? tidak mengata orang, namun aku berkata pada pengalaman lampau...ada yang kata studi last2 baru masuk semua..baca awal2 nanti lupa balik, dan macam2 alasan...

manusia... harus sedar diri, harus ada keazaman mahu perbaiki diri.. kalau tidak mahu direalisasikan, sekurang2nya azam yang sudah ditanam, membuatkan kalian akan malu pada diri sendiri.. justeru setidak2nya terbantut juga sedikit sebanyak mahu bazirkan banyak masa pada perkara yang tidak sepatutnya....manusia semakin hari semaki meningkat tua, semakin hari semakin mendekat pada hakikat dunia kata pergi kubur kata mari..tidakkah terasa mahu diperbaiki kekurangan diri sedikit demi sedikit? masih mahu berada ditakuk lama lagi?

jadi, pesan pada diri, ayuh bersama menuju kejayaan.. bukankah itu yang selalu dilaungkan oleh agama suci kita setiap kali seruan azan?  jika tidak anda, siapa lagi? jika tidak sekarang, bila lagi? kata keramat oleh pengetua sekolahku dahulu.. sehingga sekarang masih menjadi trademark kami yang kadangkala mengundang tawa beramai-ramai saat diulang tayang cerita lama, zaman persekolahan, zaman kegemilangan dulu...

kesimpulan, bukan ini yang aku nak tulis sebenarnya... hahaa...mahu diceritakan benda lain, tapi dah bila start mukadimahnya, panjang pula aku membebel.. terima kasih sudi membaca sampai habis. moga dapat iktibarnya.. setidak2, meter aras semangat anda meningkat sedikit. betul? jadi untuk semua sahabatku yang akan menghadapi final exam, semoga dipermudahkan pembacaan kalian.. semoga mendapat ketenangan kala kertas putih sampai ditangan.. semoga mendapat pertolongan Allah atas segala usaha yang telah dilakukan... jangan lupa doakan juga kejayaan untuk teman2mu dikala dua tangan bertemu lalu diangkat ke langit...memohon padaNya...bittaufiq wannajah!

Saturday, June 2, 2012

konfiden itu perlu, kan?

selasa lalu, dalam dewan kuliah sederhana, malam waktu kelas bisnes.

toink. bunyi mesej masuk. (oke tipu, bukan camtu bunyi mesej aku).
inbox di buka. owh mesej dari timbalan exco xxx aku..

" salam. untuk makluman sahabat xxx, kita dijemput untuk menyertai program Bakti Siswa perdana USIM bersama masyarakat orang asli di kg api larat, pekan pahang pada 30mei-7jun ni. sapa yang berminat sila respond dengan segera. sebelum pukul 12tghmalam ini. terhad kepada 2 penyertaan bg shbt setiap exco. tq. ASAP."

 hurm... pikir dulu.. oke..kubalas,

" wslm. sori xleh join. ada program bahasa lepas exam. em nak tanya yang pasal report bla bla bla ....(seterusnya xde kena mengena ngan entri ini....)"

setel disitu. hati teringin nak pergi tapi ada tanggungjawab lain kan, utamakan yang wajib dulu.

********************

ada kepelikan x dengan frasa jawapan aku diatas? mari teruskan bacaan anda...

********************

esoknya, rabu, di dalam bilik.. tengahari itu, bosan xtau nak buat apa, belek2 la mesej dalam hp.. rase nak baca balik mesej semalam.............. OMG!!!

30mei-7jun. means, 30mei mksdnya hari ni lah, rabu. patut la nak suh reply as soon as posible.... yang aku terbayang dalam kepala, tarikh tu sama dengan 30 bulan 6 sampai 7 julai... waktu tu dengar cerita ada program bahasa ELSP@ALSP. waktu tu jugak ak ada daftar nama untuk program bawah pusat kbudayaan, juga dekat pahang. sebab tu aku ckp xleh nak join, ada prog bahasa.

KONFIDEN. sedar saja kesilapan aku, ketawa sorang dahhhh.....mesti dia pelik, dah la aku jawab pas exam... adoiiii maluuu. nampak gaya aku kena masuk kelas mengenal bulan nampak gaye..... hik3.

kesimpulan: jangan konfident sangat k. tapi confident@berkeyakinan itu sangat perlu untuk waktu2 tertentu. seperti? masa cari penunjuk jalan, sedang akhirnya jalan mati kau bawa... heh..


Wednesday, May 30, 2012

terlupa password? dapatkan kembali....





Bagi melindungi sebarang kandungan data atau maklumat dan fail yang agak sulit / rahsia dengan menggunakan password menjadi salah satu cara yang mudah dan selamat. Namun boleh juga menjadi satu masalah yang besar jika anda terlupa katalaluan yang digunakan atau katalaluan telah diubah oleh orang lain? Seringkali kita tidak merekod katalaluan bagi pelbagai aplikasi yang digunakan. Mendapatkan semula katalaluan asal disebut sebagai “cracking password” – proses memecah semula kataluan anda…



Kebiasaanya program yang direka khusus untuk memecah password dikenakan bayaran tertentu (dengan jaminan 100% password asal dapat dikembalikan). Dalam posting kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda beberapa program utiliti kecil yang percuma dan mampu berfungsi dengan baik untuk mendapatkan kembali password (namun tiada jaminan 100% password asal dapat dikembalikan). Apa salahnya untuk anda mencuba bukan? ;-)
Jadual yang berikut adalah program utiliti pemulihan kata laluan (password) yang paling popular untuk Windows: (sumber dari laman web Nirsoft)

MessenPassMendapatkan password dari program Instant Messenger yang paling popular di Windows: MSN Messenger, Windows Messenger, Windows Live Messenger, Yahoo Messenger, ICQ Lite 4.x/2003, AOL Instant Messenger yang disediakan dengan Netscape 7, Trillian, Miranda, dan Gaim.
Mail PassViewMelihat password dari program e-mel berikut: Windows Live Mail, Windows Mail, Outlook Express, Microsoft Outlook 2000 (POP3 dan SMTP Account sahaja), Microsoft Outlook 2002/2003 (POP3, IMAP, HTTP dan SMTP Account), IncrediMail, Eudora, Netscape Mail, Mozilla Firefox,
Mail PassView juga boleh memulihkan password dari akaun e-mel berasaskan web (Hotmail, Yahoo, Gmail), jika anda menggunakan program yang berkaitan akaun tersebut.
IE PassViewIE PassView adalah utiliti kecil yang mendedahkan password yang disimpan oleh pelayar Internet Explorer.Menyokong Internet Explorer 7.0 yang baru dan 8,0, serta versi Internet explorer, v4.0 – v6.0
Protected PassView SimpananMengembalikan semua password yang tersimpan di dalam Windows Protected Storage, termasuk password AutoComplete Internet Explorer, password dari laman web yang dilindungi password, MSN Explorer Sandi, dan banyak lagi …
DialupassMemaparkan semua password yang disimpan di dalam entri dial-up Windows.(Internet dan sambungan VPN) Alat ini bekerja di semua versi Windows, termasuk Windows 2000, Windows XP, Windows Vista, Windows 7, dan Windows Server 2003/2008.
Asterisk LoggerMelihat password yang disimpan di sebalik tanda bintang (****) ,. Anda boleh menggunakan alat ini untuk memulihkan password Windows banyak aplikasi, seperti CuteFTP, CoffeeCup Percuma FTP, VNC dan lagi …
AsterWin IEMegembalikan password yang disimpan di belakang tanda bintang di laman web Internet Explorer 5.0 dan seterusnya.Anda boleh menggunakannya untuk memulihkan password laman web, jika disimpan pada komputer anda. Kod sumber disertakan.
Network Password RecoveryMendapatkan kembali password rangkaian yang disimpan oleh Windows XP, Windows Vista, Windows 7, dan Windows Server 2003/2008.
SniffPass Password SnifferWindows utiliti yang merekod password melalui penyesuai rangkaian anda, dan memaparkan di skrin. Anda boleh menggunakan utiliti ini untuk memulihkan password yg hilang bagi Web / FTP / Email.
RouterPassViewWindows utiliti yang dapat memulihkan password dari file konfigurasi yang disimpan oleh router. Utiliti berfungsi jika router anda menyimpan fail konfigurasi dalam format yang RouterPassView boleh mengesan dan decript.
PstPasswordMendapatkan kembali password file PST MS Outlook.
PasswordFoxPasswordFox adalah program pemulihan password untuk Windows yang membolehkan anda untuk melihat nama pengguna dan password yang disimpan oleh pelayar Mozilla Firefox. PasswordFox memaparkan password yang disimpan di dalam profil anda. Untuk setiap kemasukan kata laluan, maklumat ini dipaparkan: Rekod Indeks, Web Site, User Name, Password, Nama Ahli Field, Password Field, dan Sig-on. Mampu mengembalikan password laman2 web dan memaparkannya.
ChromePassChromePass adalah program pemulihan password kecil untuk Windows yang membolehkan anda untuk melihat nama pengguna dan password yang disimpan oleh Google Chrome Web browser. Untuk setiap kemasukan kata laluan, maklumat ini dipaparkan: Asal URL, Action URL, User Name Field, Field Password, User Name, Password, dan Waktu menggunakan XML. Anda boleh memilih satu atau lebih item dan kemudian menyimpannya ke dalam text / html / fail atau menyalinnya ke clipboard. Mampu mengembalikan password laman2 web dan memaparkannya.
OperaPassViewOperaPassView adalah program pemulihan password kecil untuk Windows yang mendekripsi file pelayar Web Opera password (wand.dat) dan memaparkan senarai semua password laman web yang disimpan. Anda boleh dengan mudah memilih satu atau lebih password dalam tetingkap OperaPassView, dan salin ke clipboard senarai password dan simpan ke dalam teks / html / csv / file xml. Mampu mengembalikan password laman2 web dan memaparkannya.
WirelessKeyViewWirelessKeyView boleh memaparkan semua kunci (KEY-Password) rangkaian wireless (WEP / WPA) yang disimpan dalam komputer anda melalui servis ‘Wireless Zero Configuration’ Windows XP dan oleh servis ‘AutoConfig WLAN’ Windows 7 dan Windows Vista. Membolehkan anda menyimpan semua kunci (KEY) WEP/WPA wireless ke dalam bentuk teks / fail html / xml. Sesuai bagi mendapatkan kembali key WEP / WPA access point wireless.
Remote Desktop PassViewRemote Desktop PassView adalah utiliti kecil yang memaparkan kata laluan disimpan oleh utiliti Microsoft Remote Desktop Connection dalam fail RDP ..
VNCPassViewVNCPassView adalah program utiliti Windows yang mengembalikan password yang disimpan oleh program VNC. Dapat memaparkan 2 password: password yang disimpan oleh pengguna semasa (HKEY_CURRENT_USER di Registry), dan kata laluan yang disimpan oleh pengguna lain.
PocketAsterisk
RemotePocketAsterisk
Mendapatkan semula password yang disimpan di belakang tanda bintang dalam gajet Pocket PC.
Access PassView v1.12Program utiliti ini memaparkan semula password fail mdb yang di simpan melalui program Microsoft Access 95/97/2000/XP dan Jet Database Engine 3.0/4.0. Sangat berguna sekiranya anda lupa / hilang katalaluan bagi jenis program ini

Nota: proses memecah password memerlukan masa – yang bergantung pada kelajuan pemprosesan data dan kekuatan password yg digunakan. Password yang panjang dan kompleks (mempunyai gabungan abjad huruf, nombor dan simbol) boleh mengambil masa lebih dari sehari bahkan bertahun!
SUMBER

Saturday, May 26, 2012

wedding (gambar sahaja)

assalam. hello hai

pos ke 3 untuk malam ni.. xmau tulis panjang2, just nak pos gambar..
wedding moment.picture.notme.190512

aku gubah sejadah n tuala..hii


this is my sisters


father n son in law

tetiba ramai orang...tetamu datang bawa berkat :)


dua puteri comel...ololoooo


moment..
(aku yg buat ni..silalah percaya)



bila agaknya masaku kan tiba..merenyammm...hoho


Friday, May 25, 2012

akidahmu berharga RM10?

entri ini di kopi tea dari blog http://www.sangpelangi.com . silalah berkunjung ke sana, kau kan temui banyak mutiara berguna.. -"kukagumi beliau, seorang pemuda yang punya visi misi hidup yang sangat tinggi.."
********************
Bas masih terus hidup, bergetar setempat seiring deruman enjin. Sudah hampir satu jam, ia masih belum bergerak dari terminal. Beginilah senario bas di tanah airku. Kononnya dari kaunter terjerit-jerit, “KL sekarang! KL sekarang!” Sedangkan bas baru tiba dan kau perlu tunggu hingga kesemua tempat duduk dipenuhkan.
Aku dapat tempat duduk berkembar pada barisan kedua dari belakang. Tiada berteman. Mujur ada sahabat setiaku, encik buku bernama ‘Cinta di Rumah Hassan al-Banna’, biarpun entah berapa kali aku mengkhatamnya. Saiz kompak, isi yang padat, beri kelebihan buat sang pengembara sepertiku.
Sekonyong-konyong, muncul seorang lelaki berjambang masuk ke dalam. Dari jauh di pintu depan, boleh kuagak dia ini dari Pakistan jika dinilai dari pakaian jubah tradisionalnya. Keningnya berkerut, mulutnya memunjung. Jelas, di wajahnya penuh kecamuk. Lelaki itu terus berjalan ke barisan belakang sekali dan duduk di kerusi tunggal.
Selang beberapa saat, masuk seorang jejaka dengan beg kantung di sisinya sentiasa. Pastinya dia ini pengutip wang tiket dari caranya berjalan laju dan tangannya yang menggendong buku tiket. Dia berjalan ke arah lelaki Pakistan tadi dan meminta ongkos tiket yang diperlukan. Tidak semena-mena Lelaki Tiket itu bersuara,
Aik? Mana lagi 10 ringgit? Tak cukup…
Suara Lelaki Tiket makin meninggi, amat tidak menyenangkan. Lelaki Pakistan lembut menjawab,
Tadi saya tanya awak di kaunter, 22 ringgit – KL, boleh? Awak kata boleh?
Lagak Lelaki Tiket makin membakar. Matanya mula kemerah-merahan. Dengan jari telunjuk yang menggigil-gigil, ditudingnya pada bahu lelaki Pakistan itu.
Mana ada pergi KL tiket 22 ringgit? Tanya mana-mana kaunter pun, semua letak 30 ringgit. Harga tiket bas ini 32 ringgit. Ah, bagi sini 10 ringgit.
- Saya tak cukup duit ringgit. Kena tukar di money changer. Saya bayar di KL boleh?

debat PTPTN khairy vs rafizi

AWAS!! ENTRI PANJANG! SILA HABISKAN PEMBACAAN JIKA ANDA MAHASISWA PRIHATIN.. DAN JIKA ANDA MERUPAKAN PEMINJAM PTPTN...


assalamualaikum...
lama tidak update.. hampir dua minggu.. alhamdulillah, aku sudah bole menarik nafas lega.. hari2 seksa yang menyibukkan hampir berlalu.. baki seminggu lagi minggu pembelajaran, seminggu study week dan exxxxam..uhh.. .. semua present dah setel, tinggal asaimen yang last tacap je lagi.. so aku dah bole buat kerja2 editing untuk gmbar dan video aku, cmpur design sikit2.. ehhe, projek rahsia ;p

oke semua dah tau kan pasal debat ptptn yang dianjurkan oleh sinar harian? sekarang ni aku tengah dengar kat utube, tapi maklumla, wireless cam siput sedut kan, tersedak sedut.. saborje..tapi aku ada baca kat sinarharian online.. owh ohsem lah fakta2 yang dikeluarkan pendebat.. mksd aku, rafizi.. KJ? hurm bole la... tapi... ishh anda nilai lah sendiri berapa banyak defisit implisit kewangan negara..aku pun belajar ekonomi gak dulu, tapi xde la reti sangat nak ulas lebar2... sebelum anda baca debat2 diorang yang dah diterjemah atas documen, meh tengok komen2 rakyat marhein... enjoy reading... komen aku? aku cuma mahu kerajaan bertukar, Islam kembali tertegak...bosan dah hari2 tengok benda xbetul yang kerajaan duk anjur.. puih

p/s: xyah nak bosan kalo aku pos sal politik, sebab aku dah cukup umur nak mengundi..hahaa

"Kos UMNO sgt tinggi sedangkan dgn PR kos mereka tuk buat perkara yg sama hanya 1/3 dari tu sudah tuntu PR dpt mmbuat perkara yg sama dgn kos yg kurang dan duit lebihan tu boleh d gunakan tuk mcm2 perkara yg lain tuk kesejahteraan rakyat. Belajarlah berjimat kerana sudah acap kali rakyat d dedahkan dgn pemborosan kerajaan dgn projek2 yg tidak munasabah spt NFC dan PKFZ"

"Rafizi jujur dan bagi fakta tanpa rasuah. KJ pnyer angka temasuk rasuah dan duit atas angin. 237 bilion pon x jawab...Inilah ahli politik UMNO. Terkubur mse pru13 nnti."

"patut la audit negara buat laporan 21 billion bocor tiap2 tahun..rupe2nya pasal akauntan2 umno nak x reti wat kira2...nasihat saya p belajar balik akaun dr level sekolah...BODOH"

"Kos klau msuk duit atas angin, duit bawah angin, duit bwh meja lagi..memang lgi tinggi bro..senyum lembu2 tu tgk.."



*********************************

Debat bertajuk Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi yang berlangsung di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, malam Selasa lalu berlangsung hangat dengan menemukan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.


Debat yang dipengerusikan oleh Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berjaya mengawal kira-kira 500 hadirin yang dibawa secara langsung melalui Astro Awani, Tv Internet, The Malaysian Observer dan Bernama Radio 24.

RAFIZI: Isu penghapusan PTPTN dan cadangan untuk mengembalikan pendidikan tinggi adalah satu pilihan yang perlu dikaji secara mendalam dan menyeluruh oleh rakyat Malaysia kerana isunya bukan hanya menghapuskan hutang penuntut sahaja, tetapi merangkumi kedudukan ekonomi dan keberdayaan negara di masa akan datang.


tanyalah, xkena marah:)

Powered By Blogger

meh menabung