Wednesday, May 30, 2012

terlupa password? dapatkan kembali....





Bagi melindungi sebarang kandungan data atau maklumat dan fail yang agak sulit / rahsia dengan menggunakan password menjadi salah satu cara yang mudah dan selamat. Namun boleh juga menjadi satu masalah yang besar jika anda terlupa katalaluan yang digunakan atau katalaluan telah diubah oleh orang lain? Seringkali kita tidak merekod katalaluan bagi pelbagai aplikasi yang digunakan. Mendapatkan semula katalaluan asal disebut sebagai “cracking password” – proses memecah semula kataluan anda…



Kebiasaanya program yang direka khusus untuk memecah password dikenakan bayaran tertentu (dengan jaminan 100% password asal dapat dikembalikan). Dalam posting kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda beberapa program utiliti kecil yang percuma dan mampu berfungsi dengan baik untuk mendapatkan kembali password (namun tiada jaminan 100% password asal dapat dikembalikan). Apa salahnya untuk anda mencuba bukan? ;-)
Jadual yang berikut adalah program utiliti pemulihan kata laluan (password) yang paling popular untuk Windows: (sumber dari laman web Nirsoft)

MessenPassMendapatkan password dari program Instant Messenger yang paling popular di Windows: MSN Messenger, Windows Messenger, Windows Live Messenger, Yahoo Messenger, ICQ Lite 4.x/2003, AOL Instant Messenger yang disediakan dengan Netscape 7, Trillian, Miranda, dan Gaim.
Mail PassViewMelihat password dari program e-mel berikut: Windows Live Mail, Windows Mail, Outlook Express, Microsoft Outlook 2000 (POP3 dan SMTP Account sahaja), Microsoft Outlook 2002/2003 (POP3, IMAP, HTTP dan SMTP Account), IncrediMail, Eudora, Netscape Mail, Mozilla Firefox,
Mail PassView juga boleh memulihkan password dari akaun e-mel berasaskan web (Hotmail, Yahoo, Gmail), jika anda menggunakan program yang berkaitan akaun tersebut.
IE PassViewIE PassView adalah utiliti kecil yang mendedahkan password yang disimpan oleh pelayar Internet Explorer.Menyokong Internet Explorer 7.0 yang baru dan 8,0, serta versi Internet explorer, v4.0 – v6.0
Protected PassView SimpananMengembalikan semua password yang tersimpan di dalam Windows Protected Storage, termasuk password AutoComplete Internet Explorer, password dari laman web yang dilindungi password, MSN Explorer Sandi, dan banyak lagi …
DialupassMemaparkan semua password yang disimpan di dalam entri dial-up Windows.(Internet dan sambungan VPN) Alat ini bekerja di semua versi Windows, termasuk Windows 2000, Windows XP, Windows Vista, Windows 7, dan Windows Server 2003/2008.
Asterisk LoggerMelihat password yang disimpan di sebalik tanda bintang (****) ,. Anda boleh menggunakan alat ini untuk memulihkan password Windows banyak aplikasi, seperti CuteFTP, CoffeeCup Percuma FTP, VNC dan lagi …
AsterWin IEMegembalikan password yang disimpan di belakang tanda bintang di laman web Internet Explorer 5.0 dan seterusnya.Anda boleh menggunakannya untuk memulihkan password laman web, jika disimpan pada komputer anda. Kod sumber disertakan.
Network Password RecoveryMendapatkan kembali password rangkaian yang disimpan oleh Windows XP, Windows Vista, Windows 7, dan Windows Server 2003/2008.
SniffPass Password SnifferWindows utiliti yang merekod password melalui penyesuai rangkaian anda, dan memaparkan di skrin. Anda boleh menggunakan utiliti ini untuk memulihkan password yg hilang bagi Web / FTP / Email.
RouterPassViewWindows utiliti yang dapat memulihkan password dari file konfigurasi yang disimpan oleh router. Utiliti berfungsi jika router anda menyimpan fail konfigurasi dalam format yang RouterPassView boleh mengesan dan decript.
PstPasswordMendapatkan kembali password file PST MS Outlook.
PasswordFoxPasswordFox adalah program pemulihan password untuk Windows yang membolehkan anda untuk melihat nama pengguna dan password yang disimpan oleh pelayar Mozilla Firefox. PasswordFox memaparkan password yang disimpan di dalam profil anda. Untuk setiap kemasukan kata laluan, maklumat ini dipaparkan: Rekod Indeks, Web Site, User Name, Password, Nama Ahli Field, Password Field, dan Sig-on. Mampu mengembalikan password laman2 web dan memaparkannya.
ChromePassChromePass adalah program pemulihan password kecil untuk Windows yang membolehkan anda untuk melihat nama pengguna dan password yang disimpan oleh Google Chrome Web browser. Untuk setiap kemasukan kata laluan, maklumat ini dipaparkan: Asal URL, Action URL, User Name Field, Field Password, User Name, Password, dan Waktu menggunakan XML. Anda boleh memilih satu atau lebih item dan kemudian menyimpannya ke dalam text / html / fail atau menyalinnya ke clipboard. Mampu mengembalikan password laman2 web dan memaparkannya.
OperaPassViewOperaPassView adalah program pemulihan password kecil untuk Windows yang mendekripsi file pelayar Web Opera password (wand.dat) dan memaparkan senarai semua password laman web yang disimpan. Anda boleh dengan mudah memilih satu atau lebih password dalam tetingkap OperaPassView, dan salin ke clipboard senarai password dan simpan ke dalam teks / html / csv / file xml. Mampu mengembalikan password laman2 web dan memaparkannya.
WirelessKeyViewWirelessKeyView boleh memaparkan semua kunci (KEY-Password) rangkaian wireless (WEP / WPA) yang disimpan dalam komputer anda melalui servis ‘Wireless Zero Configuration’ Windows XP dan oleh servis ‘AutoConfig WLAN’ Windows 7 dan Windows Vista. Membolehkan anda menyimpan semua kunci (KEY) WEP/WPA wireless ke dalam bentuk teks / fail html / xml. Sesuai bagi mendapatkan kembali key WEP / WPA access point wireless.
Remote Desktop PassViewRemote Desktop PassView adalah utiliti kecil yang memaparkan kata laluan disimpan oleh utiliti Microsoft Remote Desktop Connection dalam fail RDP ..
VNCPassViewVNCPassView adalah program utiliti Windows yang mengembalikan password yang disimpan oleh program VNC. Dapat memaparkan 2 password: password yang disimpan oleh pengguna semasa (HKEY_CURRENT_USER di Registry), dan kata laluan yang disimpan oleh pengguna lain.
PocketAsterisk
RemotePocketAsterisk
Mendapatkan semula password yang disimpan di belakang tanda bintang dalam gajet Pocket PC.
Access PassView v1.12Program utiliti ini memaparkan semula password fail mdb yang di simpan melalui program Microsoft Access 95/97/2000/XP dan Jet Database Engine 3.0/4.0. Sangat berguna sekiranya anda lupa / hilang katalaluan bagi jenis program ini

Nota: proses memecah password memerlukan masa – yang bergantung pada kelajuan pemprosesan data dan kekuatan password yg digunakan. Password yang panjang dan kompleks (mempunyai gabungan abjad huruf, nombor dan simbol) boleh mengambil masa lebih dari sehari bahkan bertahun!
SUMBER

Saturday, May 26, 2012

wedding (gambar sahaja)

assalam. hello hai

pos ke 3 untuk malam ni.. xmau tulis panjang2, just nak pos gambar..
wedding moment.picture.notme.190512

aku gubah sejadah n tuala..hii


this is my sisters


father n son in law

tetiba ramai orang...tetamu datang bawa berkat :)


dua puteri comel...ololoooo


moment..
(aku yg buat ni..silalah percaya)



bila agaknya masaku kan tiba..merenyammm...hoho


Friday, May 25, 2012

akidahmu berharga RM10?

entri ini di kopi tea dari blog http://www.sangpelangi.com . silalah berkunjung ke sana, kau kan temui banyak mutiara berguna.. -"kukagumi beliau, seorang pemuda yang punya visi misi hidup yang sangat tinggi.."
********************
Bas masih terus hidup, bergetar setempat seiring deruman enjin. Sudah hampir satu jam, ia masih belum bergerak dari terminal. Beginilah senario bas di tanah airku. Kononnya dari kaunter terjerit-jerit, “KL sekarang! KL sekarang!” Sedangkan bas baru tiba dan kau perlu tunggu hingga kesemua tempat duduk dipenuhkan.
Aku dapat tempat duduk berkembar pada barisan kedua dari belakang. Tiada berteman. Mujur ada sahabat setiaku, encik buku bernama ‘Cinta di Rumah Hassan al-Banna’, biarpun entah berapa kali aku mengkhatamnya. Saiz kompak, isi yang padat, beri kelebihan buat sang pengembara sepertiku.
Sekonyong-konyong, muncul seorang lelaki berjambang masuk ke dalam. Dari jauh di pintu depan, boleh kuagak dia ini dari Pakistan jika dinilai dari pakaian jubah tradisionalnya. Keningnya berkerut, mulutnya memunjung. Jelas, di wajahnya penuh kecamuk. Lelaki itu terus berjalan ke barisan belakang sekali dan duduk di kerusi tunggal.
Selang beberapa saat, masuk seorang jejaka dengan beg kantung di sisinya sentiasa. Pastinya dia ini pengutip wang tiket dari caranya berjalan laju dan tangannya yang menggendong buku tiket. Dia berjalan ke arah lelaki Pakistan tadi dan meminta ongkos tiket yang diperlukan. Tidak semena-mena Lelaki Tiket itu bersuara,
Aik? Mana lagi 10 ringgit? Tak cukup…
Suara Lelaki Tiket makin meninggi, amat tidak menyenangkan. Lelaki Pakistan lembut menjawab,
Tadi saya tanya awak di kaunter, 22 ringgit – KL, boleh? Awak kata boleh?
Lagak Lelaki Tiket makin membakar. Matanya mula kemerah-merahan. Dengan jari telunjuk yang menggigil-gigil, ditudingnya pada bahu lelaki Pakistan itu.
Mana ada pergi KL tiket 22 ringgit? Tanya mana-mana kaunter pun, semua letak 30 ringgit. Harga tiket bas ini 32 ringgit. Ah, bagi sini 10 ringgit.
- Saya tak cukup duit ringgit. Kena tukar di money changer. Saya bayar di KL boleh?

debat PTPTN khairy vs rafizi

AWAS!! ENTRI PANJANG! SILA HABISKAN PEMBACAAN JIKA ANDA MAHASISWA PRIHATIN.. DAN JIKA ANDA MERUPAKAN PEMINJAM PTPTN...


assalamualaikum...
lama tidak update.. hampir dua minggu.. alhamdulillah, aku sudah bole menarik nafas lega.. hari2 seksa yang menyibukkan hampir berlalu.. baki seminggu lagi minggu pembelajaran, seminggu study week dan exxxxam..uhh.. .. semua present dah setel, tinggal asaimen yang last tacap je lagi.. so aku dah bole buat kerja2 editing untuk gmbar dan video aku, cmpur design sikit2.. ehhe, projek rahsia ;p

oke semua dah tau kan pasal debat ptptn yang dianjurkan oleh sinar harian? sekarang ni aku tengah dengar kat utube, tapi maklumla, wireless cam siput sedut kan, tersedak sedut.. saborje..tapi aku ada baca kat sinarharian online.. owh ohsem lah fakta2 yang dikeluarkan pendebat.. mksd aku, rafizi.. KJ? hurm bole la... tapi... ishh anda nilai lah sendiri berapa banyak defisit implisit kewangan negara..aku pun belajar ekonomi gak dulu, tapi xde la reti sangat nak ulas lebar2... sebelum anda baca debat2 diorang yang dah diterjemah atas documen, meh tengok komen2 rakyat marhein... enjoy reading... komen aku? aku cuma mahu kerajaan bertukar, Islam kembali tertegak...bosan dah hari2 tengok benda xbetul yang kerajaan duk anjur.. puih

p/s: xyah nak bosan kalo aku pos sal politik, sebab aku dah cukup umur nak mengundi..hahaa

"Kos UMNO sgt tinggi sedangkan dgn PR kos mereka tuk buat perkara yg sama hanya 1/3 dari tu sudah tuntu PR dpt mmbuat perkara yg sama dgn kos yg kurang dan duit lebihan tu boleh d gunakan tuk mcm2 perkara yg lain tuk kesejahteraan rakyat. Belajarlah berjimat kerana sudah acap kali rakyat d dedahkan dgn pemborosan kerajaan dgn projek2 yg tidak munasabah spt NFC dan PKFZ"

"Rafizi jujur dan bagi fakta tanpa rasuah. KJ pnyer angka temasuk rasuah dan duit atas angin. 237 bilion pon x jawab...Inilah ahli politik UMNO. Terkubur mse pru13 nnti."

"patut la audit negara buat laporan 21 billion bocor tiap2 tahun..rupe2nya pasal akauntan2 umno nak x reti wat kira2...nasihat saya p belajar balik akaun dr level sekolah...BODOH"

"Kos klau msuk duit atas angin, duit bawah angin, duit bwh meja lagi..memang lgi tinggi bro..senyum lembu2 tu tgk.."



*********************************

Debat bertajuk Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi yang berlangsung di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, malam Selasa lalu berlangsung hangat dengan menemukan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.


Debat yang dipengerusikan oleh Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berjaya mengawal kira-kira 500 hadirin yang dibawa secara langsung melalui Astro Awani, Tv Internet, The Malaysian Observer dan Bernama Radio 24.

RAFIZI: Isu penghapusan PTPTN dan cadangan untuk mengembalikan pendidikan tinggi adalah satu pilihan yang perlu dikaji secara mendalam dan menyeluruh oleh rakyat Malaysia kerana isunya bukan hanya menghapuskan hutang penuntut sahaja, tetapi merangkumi kedudukan ekonomi dan keberdayaan negara di masa akan datang.


Saturday, May 12, 2012

perubatan Islam, ashraf muslim, diana amir



ASSALAMUALAIKUM

HELLO
ANIYOO
HAI BONJOUR

hiikhikhik... nak tanya khabar anda2 sekalian je, dah merapu.. sihat2 semua? alhamdulillah.. syukurlah, walau diuji, terima saja dengan berlapang dada.. setakat mana sangatlah kesulitan yang kita dapat bandingkan dengan nikmat hidup dan kesenangan yang kita hirup tiap2 masa, kan? fikir dan ingat kata2 ni andai anda rasa terbeban dengan ujian hidup...

oke sekarang meh tengok gambar kat bawah ni..


:
:
:
:
:


yes, esok! saya dah daftar.....haip! jangan fikir saya pergi sebab ada diaaa..... oh no, dia suami orang...hahaa

tiada sebab lain, fokus aku hanya mahu menuntut menambah ilmu tentang perubatan Islam sahaja. memang sedari dulu aku memang minat ngan dunia makhluk halus ni.. owh jangan fikir lain, minat aku ingin belajar cara menentang mereka saja.. mungkin sebab banyak sangat dah pengalaman hidup aku berdepan dengan mereka2 yang dikacau oleh golongan laknat ni, dan aku hanya mampu memandang, tolong sikit2 (tolong tengok n pegang) saat kekacauan. jadi apa salahnya aku belajar sikit2 ilmu ni.. kalau xpas nak tolong orang lain, tolong untuk diri sendiri n yang terdekat pun, jadi la.... haii tinggi impian..


Wednesday, May 9, 2012

entah mengarut


entah kenapa,
masih tidak mampu mematuhi janji pada diri..
entah kenapa,
bayangan duka hadir jua...
entah kenapa,
kalah jua pada bisikan hati
lantas figura itu yang muncul

lalu jari menekan keyboard
lantas paparan bahgia yang kudapat
syukur, ada hati yang tersenyum
pasrah, ada jiwa yang luka....

entah kenapa,
kerja aku xsiap lagi ohhh
dan aku terpaksa berundur..
jumpa di next entri..hoho..

entah kenapa, gambar ni xde kena mengena pun.... ayam masak lomak air tanganku...sape nak, angkt tgn.. jap g i hantar..

Tuesday, May 1, 2012

mari belajar seni khat : cerita Mei



assalamualaikum, cinta..
(korang jawab la, waalaikummussalam rindu.. hehe)


hari ini hari raya... lalala ehh silap~~ hari ni hari pekerja. labour day. a'mal yaum. buat apakah anda semua cuti2 begini? haa sibuk tanya orang, diri sendiri sila jawab dulu.. okeh2, harini saya tak tidor lepas subuh......haa sebelum2 ni pun xtido jugak.. ehhe.. tengah mentransformasikan diri jadi lebih baik.. korang pun, yang suka tido lepas subuh tu, sudah2 la yer... meh kite ubah sikit2 tabiat tu.. kalo xtahan gak mata tuh, ha mesej saya.. kite borak2 di pagi hari.. buat sesi tazkirah pun oke gak kan.. eh xde no phone sy? haa emel saya, t saya bagi... kih3

sebenarnya, sekarang ni tengah menyiapkan makalah (karangan) bahasa arab.. baru separuh siap, dari pagi tadi duk buat, penat lorr.. ni karangan ba, bukan bm.. dan original dari hati, bukan kopi pes.. so jawabnya memang mengantuk la duk buat benda ni.. satu perenggan sejam.. haa duedate nak hantar dekat GOALS, ada dalam 3 jam lagi.. mampuih nih nak siapkan...xpe2 sabar, rilek lu.. update jap..hiii







anda nampak apa yang kat atas tu? hah tu namanya....... ermm hehe.. lupe la.. tapi kegunaannya untuk ajor khat.. senang cakap, macam projektor la.. khattat akan tulis di bawah sinaran cahaya dan akan terpancar didinding.. ye la, kalo ramai2 datang nak blaja tulis, tapi xsemua dapt tengok camne cara tulis betul, rugi la kan.. xkan semua nak kerumun sifu, pengsan la xdapat udara.. so benda ni bole membantu menyenangkan kerja..

oke pe motif benda ni i letak sini? dengan gembiranya nak umum yang dah lebih sebulan i blaja balik tulis khat secara formal dengan khattat malaysia yg femes amous, ustaz asrak..khattat pior mesti kenal dia..hurm nipun sebab aku join kelab khat kat sini dan akhirnya peluang yang aku tunggu datang.... sejarah hidupaku, dulu2 aku pernah belajar dengan ustaz syed ubaidillah, dua kali je masa sekolah.. then dengan ustaz halias, sekali je mase diploma, tu pun time nak masuk pertandingan...macam seminar la... haha memang la x pakar kalo dalam hidup hanya 3 kali pernah berguru.. sekali dalam dua jam.. 3 kali 6 jam.. jangan mimpi nak tulisan cantik la yang oiii...

oke sekarang kite tengok gambar kat bawah
.
.
.
.
.
.


ehhh anak sape sesat sini??? uhhuu
motif?? aku rindu budak kecik ni laa.........
tengah sabar sikit je, 2 minggu lagi nak balik dah...

k k k nak sambung buat ba.
waalaikum mussalam rindu :)

welcome Mei.. hope you will bring me more happiness, no more sadness...

tanyalah, xkena marah:)

meh menabung