Wednesday, October 31, 2012

senyum tawa pada cinta

malam yang hening.. termenung si gadis pada indah terangnya langit malam. menikmati. perlahan di hembus nafas, seakan sendu menghimpit. si gadis tersenyum. mungkin fikirannya tenang diketika itu. "alhamdulillah. segala puji bagimu Allah yang memanjangkan lagi usiaku. genap umurku 22 tahun. andai dihitung, sikitnya amal hasanahku. menimbunnya catatan kiriku. tak terungkap betapa aku manusia pendosa. hipokrit pada kehidupan..."

sang gadis terus merintih. sekejap dilihat tersenyum, sepintas jua terlihat ada manik jernih gugur. posisi diri berganjak. mata menghala tasik  yang samar2 di pandangan dek kelam malam. hari ini, genap 3 tahun, 3 kali peringatan ulang tahun kelahirannya di fb, di offkan. makanya tiadalah coretan2 selamat ulang tahun yang diterima sepertimana kebiasaan  yang muncul pada tarikh2 penting sahabat fb yang lain. sungguh itu memang matlamatnya. menilai ingatan, mengukur setia sahabat pada hari bersejarah.. dan seperti juga tahun sebelum, sepi sahaja dinding fb nya hari itu.  sememangnya dia tidak kisah, ambil peduli jauh sekali. dan seperti yang dijangka, hanya beberapa mesej ucapan di handphone, di terima.. juga panggilan dari sahabat tercinta... di balas satu persatu, dijawab dengan ceria... dan malam indah berlalu begitu...

penat melayan perasaan, diri direbahkan di atas katil...malamnya tido si gadis ditemani mimpi indah...berkahwin dengan anak raja dan akhirnya menjadi permaisuri di istana kayangan...........dannnn.....

Tuesday, October 30, 2012

menjadi kopi, telur, lobak.. kuatkah dikau?

Ada masalah? Resah, gelisah, sedih dan mahu berputus asa dengan masalah? Korang wajib baca cerita ni

Alkisah lobak merah, telur dan biji kopi

Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan
 d
an berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.

Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.

Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.

Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.

Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”

Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

“Jamil, apa yang enta nampak?”

“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.

Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.

“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.

“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.

Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.

Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.

Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.

“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.

Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu anda, bagaimana anda harus menghadapinya?

Adakah anda seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan kasaandan dan kesusahan, anda bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan anda?

Ataupun anda seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran anda nampak tidak berubah, akan tetapi hati anda menjadi keras dan tidak gembira dan tidak beransur.

Ataupun anda ialah biji kopi, makin didih, anda mengubah keadaan situasi anda sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.

Jadi siapakah anda?

Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji anda, dan anda seharusnya bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling anda kepada perkara positif.

Masa paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.








-kopipes-

Sunday, October 21, 2012

terjebak dengan herbalife.. ayuh kita jadi sihat!


alkisah..
ahad minggu lepas, di ajak sahabat pergi event Herbalife, STS di wangsa maju. mulanya aku sekadar mahu melihat2 apa sebenarnya yang ada dekat herbalife ni.. ye la, macam dah fenomena lak herbalife ni sejak akhir2 ni.. dari sem lepas lagi, aku g mana2 ada je yang offer.. tapi bila tanya harga, gurlpp telan liur jela..huhu

di LRT wangsa maju, dijemput oleh bkl abg ipar sahabat aku menuju dewan apebendanamatah... wah, beliau memang lain dari yang aku tengok dalam gambar dulu. segak! oke, aku testimoni pertama dah berjaya. sampai luar dewan, diberi tag herbalife untuk pakai kat lengan.. pintu di buka... alamakkkk.. nape laki2 yang jadi penyambut tamu, semua hensem2 segak bergaya. ppuan pulak comel2 sume.. hahaha... dewan penuh giler.. masa aku masuk, majlis yang berlangsung masa tu adalah testimoni2 pelanggan yang dah berjaya kawal masalah berat badan mereka. ayat yang xlekang dari mereka, THANKS ALLAH, THANKS HERBALIFEEE... yang aku heran, awat hadirin hadirat sume semangat giler tiap kali sorang2 abis bcakap.. tepuk semangat la bagai.. dengan aku sekali jadi teruja tahap kanser..ahaha..

di pendekkan cerita, aku sudah terjebak masuk dunia herbalife.. selepas didedahkan cerita demi cerita 
kejayaan individu yang berjaya mengatasi masalah berat badan dan kesihatan mereka dengan izin Allah dan herbalife adalah wasilah yang mereka gunakan, dan mereka kebanyakan selepas itu terus jadi agen herbalife bermodalkan diri mereka sebagai bukti, dan akhirnya menjana pendapatan ribuan ringgit sebualan. 5k, 10k, 15k tu main2 je... uhhh.. haa gelap mata dengar sal duit kan. mesti ingat aku mata duitan. nanti dulu, dengar dulu ceritaku. 

herbalife sama dengan MLM? of kos tidak. kenapa? meh aku cerita. sebenarnya aku ni seorang yang suka menggeledeh internet mencari cara buat duit dengan mudah.. satu demi satu aku baca, dan kebanyakan memerlukan aku melabur sejumlah wang, kemudian cari kaki2 kat bawah, then lepa tu dah boleh duk senang..see? aku mls la bgi contoh..ada jugak yang suruh beli berang diorang dalam kuantiti dan harga yang tinggi, then cari la customer, jual.. tapi barangnya? sendiri mau ingat. MLM kebanyakan adalah bisnes gharar.. xjelas. yang nampak hanya duit. bila dah ada kaki, boleh goyan then duit masuk. cerita lagi, aku pernah baca kisah ustaz femes kat malaysia, tapi siyes aku xingat sape.. di promote bantal yg kononnya ada mcm2 kelebihan, di ajak join jadi kaki bawah penjual dgn untg blablabla, beliau hanya melayan dan kerana kesian@nak meraikan si penjual, dibelinya bntal rm300 tu.. padahal hanyalah bantal yang biasa2.. tapi sebab dah jadi brg MLM, terus harga naik. tu nama gharar, xjelas kelebihan, yang nampak hanya wang yang akan beranak2 bila banyak kaki2 bawah kita.  huhu

lagi cerita. sekitar 2008@2009,  kami semua budak sekolah yang dah abis sekolah, di hebohkan dengan satu MLM, aku lupa nama dia. senior kami yang duk promote. caranya begini. bayar 2400, dapat 1 set barang, then akan di beri 240 sebagai bonus. barang tu produk kecantikan@kesihatan. dapat tu, juallah balik kat sape dengan harga pasaran. lepas tu cari member yang nak duk bawah kita.. bila cukup kuota, ada la elaun dia + cari lagi kaki.. makin banyak kaki, makin banyak duit masyukk..  then ada kawan aku yang terjebak.. bayar la 2400 tu.. barang memang dapat, tapi sape mau beli maa??? bukan barang jenama yang orang duk pakai hari2.. nak wak makan pun xbole.. nak jual pukal kat kedai, xnak terima.. barang diorang pun xlaku..huhu.. kawan aku, lagi kesian. barang xdapat( sebab masing2 duk jauh, susah nak bagi  pastu terus senyap,) bonus aku xpasti dapt ke x..duit burn camtu.  


tapi Herbalife? 
anda adalah agen kepada gaya pemakanan sihat. kami ingin membantu anda mendapat tubuh badan sihat melalui diet pemakan yang hebat. perhh ayat skema aku bagi.. meh baca tagline herbalife ni:

Diasaskan pada 1980, Herbalife International adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan terunggul yang mengkhusus dalam mempermudahkan ke arah kehidupan yang sihat.
Misi Herbalife adalah untuk mengubah kehidupan manusia dengan menyediakan peluang perniagaan terbaik dalam jualan langsung dan pemakanan terbaik serta produk pengurusan berat badan terbaik di dunia.
Tawaran produk Herbalife berkualiti tinggi.
  • Kejayaan pengurangan berat badan

  • Nutrisi yang dipertingkatkan

  • Peningkatan penjagaan diri

  • Peluang untuk ganjaran kewangan


and HERBALIFE sudah
- 32 tahun ditubuhkan
- dipasarkan di 84 negara 
-70 juta pelanggan dengan testimoni yang hebat!
- jualan USD 5.4 billion utk 2011
-disenaraikan di papan utama bursa saham New York

see?

ni bukan produk cincai. herbalife ada medical advisory board yang terbesar di dunia bagi memastikan produk adalh terbaik. ada makmal molekul nutrisi sendiri atas nama pengasas herbalife sendiri, Mark Hunghes Cellular & Molecular Nutritio Lab di Universiti Of California, Los Angeles (UCLA) .. dan yang penting, produk ni HALAL dan ada sijil IFANCA. Tuan Guru Nik Aziz pun minum tau.. xcaye? 

masa majlis pelancaran di kelantan

BEZA HERBALIFE DENGAN MLM 
malas nak cerita panjang, yang pasti herbalife jelas matlamatnya. ingin membantu manusia kearah pengamalan pemakanan yang sihat, meyelesaikan masalah naik n turun berat badan, masalah2 lain.. hasilnya memang menakjubkan dan berjuta2 testimoni seluruh dunia dah ada.. xpercaya google je.. aku sendiri pun ada member yang memang dah berjaya sihat alhamdulillah biiznillah dengan herbalife ni.. kita tolong orang sihat badan, kita juga sihat poket.. hehe.. 

sembang kencang, ada kau makan? mungkin ini yang anda tertanya kan? aku? sure. tapi bukan untuk kurus..bukan untuk gemuk. untuk sihat. hehe.. xleh cite lebih2..aku baru makan.. t la, next entri k.

last aku nak cakap, akal yang sihat datang dari tubuh badan yang cergas. kalau sakit, susah nak beribadat kan. ibadat tu, jgn sempitkan dengan solat je.. ibadah kerja, menuntut ilmu, sebarkan ilmu, memimpin dan blablabla..sume benda jadi ibadat kalau niat kerana Allah..

so sape2 yang ada niat nak turun atau naikkan berat badan  dengan cara sihat atau baiki kesihatan anda, boleh hubungi aku dekat fb, PM me ==> http://www.facebook.com/maryam.rusli?ref=tn_tnmn. nanti boleh kita cerita lebih lagi kan.. :)

manusia berusaha, Insyaallah dia akan tunjukkan jalannya :)

Thursday, October 4, 2012

mencari diri di kala bertimpa tanggungjawab dan ujian hidup, bagaikan manusia kelemasan dek himpitan hambatan waktu.. tika itu muncul tangan2 sakti, membawa emosi terbang mencari kedamaian.. alangkah beruntungnya mereka yang ketemu bahagia, ketawa berdendang gembira.. syukurlah, sekurang-kurang Dia ada untukmu... 


"Kalau engkau masih muda remaja..senangkanlah hatimu..kerana pohon pengharapan masih subur..dahan-dahannya masih rendang dan rimbun.Tujuan kenang-kenangan masih jauh sebab umurmu masih muda..Mudahlah bagimu menjadikan mimpi suatu kenyataan yang sebenar.. Kalau engkau tua..senangkanlah pula hatimu..kerana engkau telah terlepas dari medan pertempuran dan perjuangan yang sengit dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yang berguna di dalam sekolah hidup..Engkau telah tahu firasat,mengerti gerak geri manusia dan tahu ke mana tujuan jalan yang ditempuhnya.. Sedetik umurmu di masa tua lebih mahal harganya daripada bertahun-tahun di zaman muda sebab semuanya engkau telah lalui dengan pandangan yang terang dan pengalaman yang pahit"-HAMKA ; Tasawuf Moden-

tanyalah, xkena marah:)

Powered By Blogger

meh menabung