Wednesday, December 18, 2013

This is my blog

Salam..
Just download blogger aps kt phone kecik aku ni.. Haha lama dah baru terpikir.. So kukira blog ni lebih kerap diupdate lepas ni.. Jangan bosan datang sini n baca apa yang aku tulis. Heh bajet retis =p

Semalam my dad call. Pagi tu aku ada dapat mesej dia, tpi dek kesibukan menggila semalam.. 2 present, 2 asimen nak hntar, xde mood aku nak bls msj n call waktu tu jugak..so aku extend nak call malam2 sikit. Takdir, instinc ayah aku kuat..dia call aku dulu..hehe mekasih my ayah. Sekarang beliau di johor. Menghabiskan baki 40hari keluar tbligh dia..ahd ni dah nak balik petaling jaya...kukira hmpir 5tahun kot beliau stat istiqamah kluar 40hari stiap tahun..yelah anak2 dh besar..xde bnda nak risau...

Dan sebelum akhir bualan kami, macam biasa ayat keramat beliau, "jaga solat. Jaga amal. Jaga iman. Quran jangan tinggal..paling kurang stgh juzuk sari...." uhks uhkss... Allah..Allah.. Sentap aku.. InsyaAllah jela yg dbalas.. Susahnya hendak buat bnda baik dgn istiqamah......Ampunkan aku Rob.................

Ayah...umi..aku xmampu luahkan kasih cinta aku pada kalian dengan ucapan.. Sungguh malu jadinya..tapi ketahuilah kalian duduk di tempat teratas dalam hatiku selain Allah dan Rasul.. Izinkan aku berbakti dahulu sebelum dijemput kembaliNya...izinkan Aku ya Allah, tunaikan hasratku yang "Satu" itu..hanya engkau yang mengetahui apa yang tersimpan erat kemas di lubuk hatiku... Aminn...

Saturday, July 20, 2013

KERANA TRAUMA...


PERISTIWA atau pengalaman trauma adalah satu perkara yang berlaku tanpa diundang atau dijangka. Malah kebanyakan individu tidak sanggup untuk berdepan dengan pengalaman traumatik.
Ini kerana peristiwa traumatik amat menakutkan, mengejutkan dan mengerikan. Sesuatu peristiwa dianggap terlalu mengerikan atau menakutkan mampu mencetuskan pengalaman traumatik yang akan mendatangkan kesan mendalam terhadap kestabilan mental dan emosi seseorang individu.
Trauma sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian, iaitu trauma fizikal dan psikologikal. Trauma fizikal ialah peristiwa yang mendatangkan kecederaan atau kecacatan secara lahir seperti kemalangan atau kebakaran. Trauma psikologikal pula ialah satu kejutan mental dan emosi yang amat mendalam, berlaku akibat daripada peristiwa mencemaskan dan menakutkan seperti kemalangan, kematian atau kecurian.
Tetapi trauma psikologikal boleh juga berlaku disebabkan kesan daripada kecederaan fizikal. Selain daripada kecacatan anggota fizikal, menghidapi sesuatu penyakit berbahaya sering kali juga menjadi punca seseorang menghidapi trauma psikologi yang kronik.
Sememangnya tidak dinafikan bahawa trauma psikologi kronik akan mendatangkan risiko gejala gangguan mental dan penyakit fizikal lain. Selain itu, ia turut mengganggu fungsi sosial, akademik dan kerjaya mereka yang terbabit. Sebagaimana gejala gangguan mental boleh berlaku akibat kesan trauma yang kronik sama ada kerana faktor fizikal mahupun psikologikal, gangguan mental kronik juga turut mendatangkan kesan trauma psikologikal lain.
Sebagai contohnya, individu yang mengalami trauma kerana terbabit dengan kemalangan jalan raya yang mengerikan, sama ada mengakibatkan kecederaan parah ataupun kecacatan fizikal kepadanya sudah pasti mengalami kejutan dahsyat yang boleh menjejaskan kestabilan mental dan emosinya.
Kebiasaannya ketidakstabilan psikologikal seperti rasa terkejut, takut dan cemas selain rasa sedih dan mungkin juga rasa bersalah dalam dirinya akan berlaku dalam tempoh beberapa hari selepas insiden. Dalam tempoh itu, besar kemungkinan individu berkenaan yang dihantui oleh pengalaman menakutkan itu, merasakan satu kelainan dan perubahan besar dalam diri dan kehidupannya berpunca daripada peristiwa berkenaan.
Mangsa akan mendapati dirinya kini sudah serba kekurangan, ada kecacatan dan mungkin juga penyakit, tidak sesihat dan secergas seperti dulu lagi dan berasa satu kehilangan besar berlaku dalam hidupnya.
Akibatnya, mangsa mengalami lebih banyak gangguan mental dan emosi seperti kemurungan, gangguan tidur dan bermimpi ngeri, tahap motivasi dan tumpuan yang semakin menurun dan hilang selera makan. Akhirnya, ketidakstabilan mental dan emosi ini berterusan sehingga berbulan-bulan lamanya sehingga memerlukan rawatan psikologikal pula. Ini ialah contoh bagaimana trauma fizikal yang dialami mengakibatkan trauma psikologikal.
Sebenarnya ia satu bonus kepada mana-mana individu sekiranya mereka mampu mengawal diri ketika berhadapan dengan suasana traumatik sama ada berbentuk fizikal, lebih-lebih lagi psikologikal. Ini kerana trauma psikologikal lebih sukar dan kabur untuk dikenal pasti, menjadikan usaha rawatan dan pemulihan turut menjadi rumit. Memahaminya akan mendatangkan kebaikan dari segi penyembuhan dan pencegahan terhadap gangguan jiwa sebelum terlambat dan menjadi lebih parah.

(last year 2008. memorytoerase ) 
so minta maaf kamu.kamu.kamu kalau kadang konsentrasi memandu kamu hilang sebab aku. mohon belas kasihan. kena cepat2 cari driver peribadi.. hehe

Sunday, June 23, 2013

#PRU13 thePRECIOUSmoment

post ini sudah basi tarikhnya. tapi biarlah, aku nak cerita balik..bukan selalu aku boleh post sal benda ni . 5 tahun sekali. so 5 thun lagi, kita buat perbandingan pos.. hehe.. selamat membaca.

******************
bismillah

050513 adalah tarikh keramat buat seluruh rakyat malaysia. pilihanraya umum ke 13. alhamdulillah, aku menjadi sebahagian pengundi yang layak. maka baliklah aku ke kampung 2 hari sebelum  mengundi. pilihanraya kali ini, bahangnya cukup terasa. hangat.panas.kontroversi.mendebarkan.

aku pulang ke kampung as ahli keluarga yang paling lewat. semua dah ada masa aku sampai rumah tu. makanya sedari aku di USIM lagi sudah di perli oleh kakak2 aku yang kureng asem wuwuwu... maka baliklah aku dengan perasaan bangga sebagai VIP terhormat. riuh rendah rumah bila semua berkumpul, semua ada kecuali abg ipar aku yg sulung. dia mengundi di putrajaya.


Sunday, June 2, 2013

salaam..

bismillah
musim exam datang lagi.. sekarang ni baru je abis download lagu2 sami yusuf.. baru n lama.. mentang2 nk amik muet, dengar lagu, lagu bi.. tengok cite, cite bi.. xpun  yang ada translate bi.. haha.. ni semua sebab ternervous kena amik muet kat skolah cina. doakanku.



target GPA sem ni, 4.0. WOW! tiada yang mustahil...dengan syarat, usaha! insyaAllah. doakanku

Wednesday, March 27, 2013

indah hidup bersama Ilahi


Alangkah indah hidup ini
Hidup bersama Ilahi
Kehendak Allah difahami
Pandai menerima darinya

Bijak mengunakan nikmatNya
Ia dianggap ibadah
Semua diberi pahala
Tarbiah Allah berhikmah

Sabar dengan ujian
Tanpa hisab akan diganjari
Nikmat yang diberi
Memudahkan untuk berbakti
Merasai pemberianNya
Itulah tanda bersyukur
Akan ditambah lagi
Nikmat yang diberi

Tersiksa bermujahadah
Kerana ingin menempuh jalan
Untuk menuju Allah
Tarbiahnya Allah tunjukkan

C/o
Tawakal kepada Ilahi
Terutama mengenai rezeki
Tanpa ragu-ragu walaupun sedikit
Ada jaminan pembelaan dari-Nya
Bila taqwa pakaian kita
Urusan kita dimudahkan
Kerana kita sudah menjadi ahlillah
Begitu indah hidup bersama Tuhan

Korban harta kerana Allah
Agar berdaulat kalimatullah
Setiap satu kebajikan
Semuanya digandakan
Lagu & Lirik : Asri Ibrahim
Hijjaz Records Sdn.Bhd

2009, aku bercinta dengan lagu ni. terbit rasa itu. tenang. bersama jemaah syifa, kami bermuhasabah bersama anak kecil. sesekala tersenyum pada cerita lama.. sekarang, ku cari damai itu kembali. sukarnya!








when the time pass by

like a journey, picture speak more than word















Monday, February 25, 2013

katak dan kehidupan

bismillah..
katak merupakan binatang ciptaan Allah yang unik dan istimewa.



apa isitimewanya katak? mari aku huraikan satu persatu.


1. vocal testing
dari dulu aku sememangnya allergik dengan binatang alah ni. alu tidak membenci, jauh sekali berdendam dengan kamu wahai CIK TAK. namun kenapa setiap perilakumu, sungguh aku sangat menyampah? engkau ciptaan Tuhan, istimewa dalam setiap sudut lakaran rupa bentukmu.. namun........... ya, engkau menguji vokal aku. kenapa? setiap kali aku masuk tandas atau bilik air ataua mana2 tempat yang aku dapati wujud adik beradik kau, refleksi aku sangat cepat.  ARGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH KATAKKKKKKKK!!!! damn it! astagfirullah. lalu bergema suara nyaringku seluruh kampung segenap ceruk dunia.

2. pengerat kasih sayang
kakak keduaku, aku namakan SITI. beliau tahu kelemahanku pada katak. lalu sedari kecil alu asyik dibuli oleh dengan menatang itu. " YAM, NI HA....!!"  ...... aku (berpaling), dan.... arghhhhhhhhh lalu berlari la aku keliling dapur atau rumah selamatkan diri dari dibaling atau di olok dengan cik tak itu. bahkan bukan beliau sahaja, ayahku, umiku, turut pernah ambil port dengan klmhan aku ni. dann biasanya bukan katak sahaja, cicak juga aku benci. bukan benci sebenarnya, GELI!  tapi sekarang bila dah kahwin, siti sudah tidak duduk rumah lagi.. berhijrah ke selamgor mengikut suami. sedih? well..aku selamat dari situasi ngeri itu. **miss u sis. oh no, but miss ur child....hahaha"

3. penghibur jalanan
adik aku yang ke 8 and 9 (bongsu) juga tahu kelemahan aku. maka dengan senang hatinya, tatkala aku ingin melangkah masuk bilik air....... "yam, katak..!!!" (sambil tunjuk satu arah....).. aku tanpa memandang,... "arghhhhhhhhhh...!!!!"""  ..dan bila dengar ketawa hantu diorang, baru sedar aku ditipu.. makanya $#$%^*^&^^%(*... lagi cerita..., kadang dilemparnya aku sesuatu dan seiringan itu, "weh katak!.."  siapppp ko dik!!!

4. teman tidur
aku masih ingat, sewaktu kecil dahulu, masa itu aku masih di kelantan. belakang rumah aku ada paya kecil. lebih kurang macam takungan air. dan bila musim tengkujuh, maka meriahlah kolam@paya@takungan tu.. meriah dengan apa? BERUDU. then ce teka bila berudu tu dah makin besar, jadi apa?  mestila jadi ayam kan. ok FAIL! jadi KATAK weyh. then ada satu malam tu, masa tengah tidur (katil aku kat bawah, dekat ngan dapur)..aku terjaga tengah malam tu. danaku melihat si anak2 katak itu berlompatan sesuka hati atas katil. xde la sampai berpuluh2 ekor, tapi seekor pun dah cukup menggelikan aku...............yerkkkkkkkk.. dan aku juga pernah mimpi katak.. BANYAK KALI. aku tak tipu. mimpi camna? malaih den nk crito.

5. pengawal peselamatan
kalau aku jalan dekat tempat gelap, mesti kaki aku akan terinjit injit. ..jalan laju2 je.. weyh seram kalo pijak katak. hantu tu lain cite.

......................

sambil aku menaip, tengkuk rasa kembang..organ badan geli semacam. aishhh aku allergik katak.

-pegang katak mainan pun aku tak sanggup..

katak itu ciptaan tuhan. walaupun aku benci (geli sebenarnya, xbenci pun..tapi xsayang), tapi tiada kemusnahan yang aku lakukan terhadap spesis itu. tak pernah bedah katak! haa korang yang blaja sains yang kena wat eksperimen bedah katak dulu, jawablah nanti. hahaha


Sunday, February 3, 2013

BLOG BARUUUU!!

SALAM..

pening..pening..pening...
seharian aku mengadap laptop, aku buat apa ye??

yihha.. diumumkan..

http://herbalifestories.blogspot.com/

silalah jenguk.. aku mungkin akan kerap update blog tu berbanding sini.. hehe..

herbalife = negatif negatif negatif

komen? peduli apa aku. aku dah tengok ngan mata kepala aku sendiri testimoni2 terbaik punya.. bukan sorang dua.. so ini kali aku mahu betul2 serius. semeseter baru hanya bbaki kurang 2 minggu.. matlamat dah dilakar. perancangan satu semester dah terukir. tanggungjawab2 yang bakal menanti, kini aku sudah bersedia memikul.. tunggu masa mendatang. alhamdulillah. inspirasi dari mereka yang bermotivasi tinggi.

doakan aku,
6 bulan pertama = supervisor
akhir tahun = world team

hehe insyaallah.. tiada yang mustahil. tapi kena kerja keras sikit.
yang penting, jangan lupa gandakan aktiviti. gandakan ibadah. supaya jadi hamba yang lebih bersyukur! baru berkat hidup. hehee

aku malu sebenarnya. promote herbalife kat orang lain sedang hasil aku sendiri xnampak mana lagi dimata orang. aku sendiri memang alami, tapi susah nak diterjemah. mata manusia hanya nak tengok luaran. uih. SABAR KUNCI.

wassalm

Thursday, January 24, 2013

meniti hari-hari tua

masa lalu adalah sebahagian kenangan. sejarah. izinkan aku abadikan di sini.


dayah-ila-jie-nana-mayah-aina-aku
sayang kalian. xtipu! >_<

geng riuh. sumpah rindu!

aku.dia.kamu
jgn persahabatan ini goyang like this pic! 
mayah, bila nak g perlis sama2 agi?

like this pic. kedah in memori


"Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya" – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta


unisza :2008-2011

AKU MERINDUIMU...

harini 12 rabi'u awwal.. ulangtahun kelahiran Rasulullah s.a.w.. maulidur rasul..
Muhammad bin Abdullah.. insan teragung.... selawat dan salam buatmu dan ahli keluargamu..

aku bawakan video di bawah untuk tatapan kalian. setiap masa dan ketika, berharaplah untuk berjumpa baginda, hatta di dalam mimpimu...


aku pernah tengok satu video, oleh sheikh arab, lupa nama dia.. dekat laptop member aku... Allah.. dia cerita tentang rasulullah.. serius, aku nak kongsi kat sini tapi xjumpa link kat tenet. biar kalian rasa apa yang aku rasa masa tengok video tu. terkesan.


::: minggu ni, aku xde mood nak contek sesapa.. balas mesej jarang. komen fb jarang. on9 lagi la.. serabut. fikir tanggungjawab akan datang. setahun yang akan datang, sepanjang masa itu aku akan terbeban dengan tugasan itu. itu amanah. aku sedar. jangan fikir aku berdiam tanpa bertindak. kerja aku bukan fikir mende tu je. kelab aku. bisnes aku. asaimen bakal menanti. dan aku tahu aku perlu ikhlas dan gembira melakukannya. orang kata, enjoy je. dan itu yang aku akan buat. diam tak bererti kaku. just give me time. insyaallah segalanya berjalan lancar. trust me. ehehe gaya berlagak! haha

===========allahumma solli ala muhammad =====

Sunday, January 13, 2013

MASA UNTUK CUCI BLOG

bismillah..

fuhhh fuhh fuhhh... haikkkchumm!!!

see? haa berhabuk blog sebab x update. nasib xde yang ternanti2 post aku... so suke hati la kan..lalalala... jam di laptop menunjukkan 2.50am. masih tidak bole tidur.. ( awok aee, memang la xtido selagi laptop ni tak off!. haahaahantu online ;p)

esok pagi aku balik terengganu.. yehhuu... adik aku yang kat uia pulak balik lusa... yehhuu...  alhamdulillah... dalam kepala dah plan macam2 ni time cuti.. n of kos, herbalife project waiting for me.

aku xpasti bila last aku update blog.. tapi yang aku pasti ini semua kerana laptop aku jem.. bayangkan, tekan on, 4,5 jam lepas tu baru tiba2, bunyi bismillahirrahmanirrahim....... uuuu...semua kerja aku terbengkalai.. sudahnya nak taip or buat design, pakai komputer lib atau pinjam kawan2 aku nyer laptop. special thanks for fasiah. penyelamat dikala aku kesusahan. haha...

disebabkan laptop rosak, aku hanya bergantung pada pendrive yang dah berusia 4 tahun tu.. ke hulu hilir beliau teman setia aku.. semua projek design, paperwork, data kelab dalam tu.  sekali diuji, Allah.. hilang pulak pendrive tu.. aku syak jatuh kat lib... dah la design aku yang 16 semua dalam tu.. belum hantar lagi kat madam.. sampaikan aku yang tengah syok bercuti kat hulu selangor, terpaksa balik awal.. pulun buat balik design2 tu dlm masa kurang 12jam.. nasib basic design dh ada,.. aku kena tambah n duplicate n ejas ckit2 je.. sudahnya, mula 11pm, aku buat tanpa tidur malam tu sebab trikh submit esoknya, be4 11am... n  tepat 10 am, berjaya disiapkan..alhamdulillah.. then aku qada semua tidur2 ku malam tu....  huuhu xde pekdah aku cerita kat sini kan.. argghh peduli.

FINAL EXAM.
kecewa. salah aku jugak. studi week xguna dengan betul.. kesilapan yang disengajakan. tapi aku tetap nak salahkan jadual exam yang rapat tu. heh sian aku. tapi yang besnya, kertas first n last, yang tu yang aku sengih lepas jawab.. alhamdulillah.. tpi yang lain, nak cek balik pun gue ngak mahu.


SALAH FAHAM.
okey part ni aku nak cite ringkas je.
manusia. pemikiran takkan sama dengan kita.. tambah2 bila umur pun berbeza. tapi ada kala yang muda lebih matang dari yang tua. begitu sebaliknya.  salah faham.  ada kala apa yang kita nak sampaikan, disalah erti oleh orang tersebut.  kita maksudkan begini, dia faham begitu. sudahnya, berkecil hati. jadi ingin aku beritahu pada kamu, mungkin anda salah faham ayatku 'itu'. sebabnya keesokan hari kejadian, aku baca mesej yang bertarikh 2am lebih. pelik. lalu aku cek pada info. rupanya setting itu berlawanan dengan apa yang kufahami. lantas aku mengandai, kamu berfikir yang kamu menyerabuttkan aku. sedangkan hakikat, aku takut aku yang menyemakkan kamu. ahhhhhh apakah ayat yang aku sedang karang ini??? biarlah.. kalau kamu terbaca ini, mohon jangan disimpan di hati.. aku mahu bercuti dengan tenang.. (tapi hakikat, aku memang tenang pun sekarang.. xamik peduli..haha jahatnya aku. xsensitif. peduli?)


SEKIAN.

pesanan penaja : hilang respek bila tengok mereka yang bergelar MAN, masih kusyuk dengan laptop, asaimen, hp, bola, etc sedang waktu itu azan berkumandang. oittt, p la solat dulu..... xlari dunia kau kejar... juga buat muslimah... aku juga.. muhasabah.

tanyalah, xkena marah:)

meh menabung