Friday, September 5, 2014

Tangisan seorang isteri buat suaminya



Seorang lelaki menyapa saya dalam satu perjalanan. Ustaz saya terharu jumpa ustaz. Boleh kita bergambar. Ustaz selalu buat saya menangis. Jika isteri saya tengok gambar saya dengan ustaz mesti dia menangis terus.

Dia mula bercerita. Saya berkahwin dengan seorang wanita berpurdah dan belajar agama. Dibesarkan dengan keluarga sangat baik. Dari kecil keluarganya orang baik dan kuat buat dakwah..

Tapi saya ni sangat teruk. Saya tak pernah solat. Dia terima saya sebab saya masa berkenalan saya banyak cakap agama tapi tak solat pun..Solat jumaat pun tidak. Isteri saya selalu nasihatkan saya. Tapi saya marah dan dia jadi sangat takut...saya pernah pecahkan hpnya..saya pernah pecahkan pintu rumah kerana dia nak ajak saya buat baik. Tapi saya tak pukul dia.

Saya dikurniakan seorang anak. Saya sangat garang dan sangat jahat. Walaupun baik pada isteri saya. Macam-macam kejahatan saya buat..

Tapi isteri saya tak berhenti berdoa dan menangis buat saya. Kadang-kadang saya terjaga pukul 4 pagi terdengar isteri saya solat dan bunyi sayu-sayu sedang tersedu dan menangis. Kadang-kadang saya suruh dia perlahan sikit...abang nak tidur ni...hampir setiap sebelum Subuh dia dah bangun solat dan mengaji.

Sehinggalah satu hari ada orang datang rumah ziarah. Orang dakwah. Macam biasa saya memang tak pernah layan. Saya akan buat tak tahu dan kata sibuk..

Hari tu saya tak dapat lari..saya dengar mereka nasihat di depan pintu rumah dalam keadaan terpaksa. Saya tak dengar kata mereka. Cuma saya tengok gelagat mereka. Lucu gayanya. Kenapalah kain atas buku lali..saya ketawa jer sepanjang hari kerana fikir apalah diaorang dapat buat macam ni. Nabi saw buat ke macam ni.

Saya cerita dengan isteri saya. Dia diam jer. Malam tu saya dengar isteri saya menangis lagi. Saya tiba-tiba rasa hiba. Baiknya isteri saya..saya rasa tenang sangat. Saya tengok dia dengan telekung nampak bercahaya dan teramat cantik rasanya..antara doanya dengan berbisik. Ya Allah saya sayang suami saya. Ampunkanlah dosanya. Janganlah azab dia..kasihankanlah dia..dia tak solat. Ya Allah....menangis sambil teresak-esak..

Saya peluk dia dan kata terima kasih tak putus asa 3 tahun doakan abang walaupun abang degil. Dia kenalkan saya pada ceramah agama termasuk ceramah ustaz. Saya dengar ikim.fm sikit-sikit masa ustaz ceramah.

Saya baru pulang dari berada di jalan Allah 40 hari. Kehidupan saya dan isteri telah berubah. Benarlah ustaz, menangis dan berjuang di jalan Allah teramat berharga..dulu cerita Islam dan sahabah seperti mimpi. Hari ini terasa ianya benar-benar indah dan realiti bila kita sudah cinta.

Wajahnya dengan berkopiah dan berjanggut. Wajahny ada nur. Dia seorang usahawan yang berjaya

-ebit lew www.keluargasunnah.com

CP fb rasmi ustaz ebit lew



*********
aku baca coretan ini. pertengahannya, sebak menerjah. di akhir2 cerita, x sedar aku menitiskan air mata. lagi dan lagi. sambil membaca komen2. sebak lagi. seakan cerita novel. namun inilah realiti. semua benda boleh jadi....

tanyalah, xkena marah:)

meh menabung