Tuesday, November 27, 2012

poster gaza .. merindui syahid


 pejuang palestin...mereka bertarung dengan senjata.. syahid menanti mereka. indahnya!
kita? aku? bergelumang dengan tugasan dan tanggungjawab yang sentiasa menanti. senget amanah, hilang ikhlas, sia2 jawabnya. 
( design sendiri poster. macam nak gila duk buat dalam lab komp..laptop sendiri jem pulak.. typo yang ada, huhhuhuu arial, times new roman, calibri blablabla..outdate! )

: penat dalam bahgia. betullah, kalau dah minat, apa saje halangan mampu diredah. doakanku, misi lawatan "TRAVELOG SENI KALIGRAFI 2012"
-kembara menghayati seni Islam dunia-
Terengganu, im coming....huhuhu.. first time buat program sendiri kat usim, senyum sorang2 aku pada tiap ujian yang datang. lepas satu, satu. tapi pengalaman yang mahal kan? sungguh aku hargai.

Wednesday, November 7, 2012

secanggih semoden sekuat mana kamu, bala Allah xkan dapat di hindari























Taufan baru ancam New York, New Jersey


New Jersey: Taufan baru diberi nama Nor’easter yang dijangka melanda timur Amerika Syarikat diramal menjejaskan usaha pemulihan daripada kesan dibadai Sandy lebih seminggu lalu.

Petanda awal ialah hujan akan mula turun hari ini sebelum menjadi semakin lebat, kata pakar meteorologi.
Keadaan dilaporkan menjadi semakin teruk kerana suhu terus panas, perkembangan tidak baik kepada 1.2 juta penduduk yang belum mendapat semula bekalan elektrik.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan melaporkan Nor’easter sebagai sistem angin tekanan rendah disusuli ribut yang menyasarkan kawasan pantai Jersey Shore.

Mereka berkata, ada kemungkinan hakisan berlaku dan kawasan berhampiran pantai boleh dinaiki air.

Dalam keadaan lain, keadaan itu tidak mungkin memberi masalah tetapi ia bukan berita baik selepas ribut Sandy baru berlalu, kata Gabenor New York, Andrew Cuomo.

“Ribut baru memberi kesan kepada kawasan yang teruk terjejas kerana Sandy,” kata ketua peramal cuaca Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Bruce Terry.
Timbang berpindah

Ada juga kumpulan penduduk tertentu menimbang untuk berpindah selepas kediaman mereka dibadai Sandy meskipun sudah dibenar pulang.

Lebih 100 orang maut angkara Sandy selain menyebabkan kerugian dianggarkan AS$50 bilion (RM150 bilion).

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg membatalkan rancangan memindahkan penduduk sekali lagi.

“Ribut ini berbeza. Angin ribut ini datang dari arah berbeza,” katanya sambil mengakui tidak tahu sama ada penduduk bersedia menghadapi ancaman baru itu.

Pakar meteorologi Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Joe Pollina menasihatkan penduduk supaya tidak keluar rumah dan memastikan bekalan makanan mencukupi.

Setiausaha Keselamatan Jabatan Dalam Negeri, Janet Napolitano menggesa penduduk memandang serius ancaman baru.

“Semua yang mereka lakukan ketika Sandy perlu dibuat kerana Nor'easter. ada penduduk tidak mahu tinggalkan rumah,” katanya. - Agensi

tanyalah, xkena marah:)

meh menabung