Sunday, July 13, 2014

....

Allahurabbi...sesak nafas aku.. Berdenyut kepala fikirkan hal itu. Terawih aku tidak tenang. Payah utk fokus walau sesaat. Tidurku, pejamnya tidak mahu. Hanya selepas ku alun kalimah tasbih, baru tertutup tanpa sedar... Bangunnya terigau2 mimpi semalam. Aduhh semuanya kerana itu.

Aku nak menjerit...sekuat hati...lepaskan segalanya...tapi........ Oh pantai..kenapa jauh sangat...besnya kalau keluar je rumah, mengadap laut. Ibarat scene dalam novel  @ movie...

Aku harap aku dapat ketenangan itu walau seminit. Tenang menempuh ramadhan tanpa perlu memikir kemungkinan itu ini.. Tapi...mungkin hanya angan..

Selagi mana tidak langsai hutang amanahku....hiduplah aku begini. Allahurabbi. Engkau Maha Mengetahui. Maha mendengar. Ampunkan aku.

cabaran

manusia..kadang perlu di cabar.. Perlu di tekan.. Supaya nanti hasilnya membuah senyuman. Tapi jangan melampau garisan. Melebihi sempadan. Kelak ada hati terguris lantas terbakar. Padahnya pada si penggerak. Bahaya.

Saat aku menulis coretan akhir itu, aku sedar akan ada hati yang akan terasa. Siapa, aku pun tak tau. Kerana saat aku sedang menaip, aku seakan menyindir diri sendiri. Sedang mengingatkan pada payahnya sesuatu tugasan dan amanah yg dipikul. Lantas kuimbang coretan itu dengan sebuah senyuman. Harapan pada diri. Pada mereka. Kalau betul, mohon terasa. Kalau salah, kamu hebat! Kerana antara kita semua, tiada yang lepas tangan. Hebatnya kita kerana satu hati. Bergerak atas satu semangat.

Ya, sedari dulu aku sendiri kagum! Kagum pada kalian. Pada diri sendiri. Entah mana datangnya semangat satu hati .. Kukira sudah 4 semester kan kita istiqamah dengan solat hajat bersama, studi bersama, buat program itu ini. Asal saja ada tangan yg mengangkat, setuju mengepalai, terus jadi. Asal saja ada mulut yg bersuara, terus jalan.

Sesekali ada juga badai yang menghempas. Ombak yang memukul. Tapi ajaibnya kita tetap teguh. Sampan yang kita kayuh, walau ada serpihan yg tercabut, selamat juga sampai ke tepian. Indahnya ukhwah.

Untuk kali yang mungkin terakhir ini, tiada apa yang ku harap selain sebuah kejayaan. Masanya untuk kita ke puncak. Setelah lama berpenat bersama. Aku hanya mampu mendoakan kejayaan bersama ini.

Semoga kita kuat.

With love, MR.

tanyalah, xkena marah:)

Powered By Blogger

meh menabung