Wednesday, April 8, 2015

Ehh aku ni studen graphic pure ke?

Alkisahnya, aku dapat partner intern, dua orang. Budak graphic. Makanya sv kami bagi task kat dorg (dorang je. Aku tak. Aku pun pelik kenapa. 8 minggu kat sini xpernah lagi dia bgi task design kat aku. Tapi dorg ni bru je masuk 3 hari). Task nyer, buat poster (sumtin like that), about quote of MB tganu. Ceritanya, aku just nak gtau, tetiba aku jadi konfius. Kenapa??? Sebabnya budak2 ni duk tnya aku cmne nak crop gambar + smoothly.  Pastu tnya nak guna font apa. Nak letak ape utk cantikkan. Okelah yg tu sume aku fhm, dorang nak mintak pendpt. Tapi aku betul2 konfius bila dorang tanya aku camne nak crop tu. Kamon la. Benda basic editing kot. Well aku tak marah pun. Malah aku ajar satu satu dengan senyuman sebab aku tringat masa duk ajar benda2 cmtu kt member2 masa tgh blaja dlu. Aku dulu pun, blaja mlalui pglaman. Latihan. Xde masalah pun nak ajar sape2.

But the point is, macamana  studen graphic boleh fail hanya untuk crop satu gambar individu berkot? Like they do it for the first time?

Sangka baik. Dorang xbuat dah simple design camtu.

At the end, bjaya jugak dorang buat poster tu. Simple n nice. My sv choice.

Friday, January 2, 2015

assalamualaikum 2015

gurlsz...thanks for being a part of my memory

taiwan. october 2014. aku banyak belajar erti hidup selama merancang yang akhirnya kaki berjaya jejak sini. hampir 2 tahun lebih merancang, air mata aku banyak tumpah. banyak pahitnya. namun di akhirnya, kemanisan teramat kurasai. aku maafkan kalian yang berjaya menyungaikan kelopak mataku tanpa henti seketika dahulu. kerana itu semua buat aku kuat dan terus kuat. terima kasih sayang2ku semua.


 dari semester satu awal perkenalan kita. satu group untuk apa2 tugasan..dari semester ke semester, kita makin jauh. tapi akhirnya semester ini menyatukan kita kembali. terima kasih atas segala kerjasama dan coretan kasih kalian buatku. maaf jika aku tidak mampu menegur klian jika ada antara kita terlena dengan indah dunia yang menipu. maaf.. maaf.. maaf... tiada daya aku menghalang segala gerak laku klian. kita semua sudah dewasa kan. sudah tahu mana baik buruk. letaklah Allah dan Rasul dalam setiap tindakanmu. aku juga harus begitu... amal..wani..bibi..akak sayang korang. tau! tapi xreti nak tunjuk camnaa :(........##tersebakpulakk


semester 1 x silap..hahaa innocent giler muka

i miss u. and im truly miss her. forgiveness is too hard...i love u nana...


meet my buddy. siti syafiqah aka ieqa. jom follow blog beliau kat SINI .. hai aweks! thanks always support n buat aku ketawa x henti kalau kita sama2 jadi gila. hahaa.. i pray for your best, dear! tunggu aku balik ganung ,k! 


hai awak. we do share same pain in our studies. our story. hope you be strong in every hard you face. you're my guru! i pray for your best in your life. ya Allah lembutkan hati dia untuk nya..hihihii
ya...this year..what im waiting for. be the first person in  family, its hard! but i will prove i can do it. almost done. thanks umi ayah. no words to say........





2015

aku berumur 25

aku bakal menjalani latihan industri
bakal tamat belajar degree
bakal bergraduasi
bakal bekerja..means...bakal pegang duit sendiri..means boleh plan trip to travel.....hahaa


2015. banyak impian yang aku rangka dulu, bakal membuahkan hasil. bakal membawa aku ke era hidup yang jauh berubah dari zaman belajar sekarang. yeah aku dah tak sabar... still, aku tau aku pasti merindui zaman aku belajar sekarang ni... 7 tahun jadi pelajar uni, hanya yang mengalami akan memahami....

2015. aku tiada perancangan untuk berkahwin.

kerana aku ada perancangan lebih besar. doakan aku

tetapi aku sedar, Allah jua sebaik2 perancang.

ya Allah..pinjam aku sedikit lagi masa..agar aku berkesempatan membalas semua jasa2 mereka yang banyak berkorban untuk aku. kasihi daku ya Allah.....:'(



Saturday, November 1, 2014

LA taiwan #part1

assalamualaikum w.b.t

jaranggg sangat aku update blog sekarang. almaklum konon sibuk.. final year student kan. ehhe. okeylah entri kali ini, seperti mana yang anda baca tajuk entri, aku ingin berkongsi pengalaman dan cerita berkaitan lawatan antarabangsa (LA) ke taiwan yang berlangsung baru2 ini. untuk makluman, lawatan ini adalah sebahagian daripada tuntutan tugasan sebagai pelajar USIM, untuk memenuhi syarat bergraduasi. 

behind the scene, macamana aku boleh terjebak dengan LA taiwan ni, apa peranan aku, macamana kami boleh pilih taiwan instead of negara lain, persiapan2, pencarian wang DLL, aku akan ceritakan dalam entri lain. sebabnya aku dah siap karang dulu lagi, sebahagian. aku masih mencari kekuatan diri untuk bercerita. lol.

untuk entri ini, marilah sama2 kita ikut perjalanan aku dari mula naik bas ke KLIA, hingga sampai taiwan. aku kurangkan menulis. aku kongsikan gambar ye. picture speak thousand than words.

***********************************

day 1. 20/10/2014

12pm kami begerak ke KLIA2 dari kolej kediaman 1. bas menunggu se awal 11.30am. bagus betul pak cik tu..

dalam bas. muka excited dah sume :)

Friday, September 5, 2014

Tangisan seorang isteri buat suaminya



Seorang lelaki menyapa saya dalam satu perjalanan. Ustaz saya terharu jumpa ustaz. Boleh kita bergambar. Ustaz selalu buat saya menangis. Jika isteri saya tengok gambar saya dengan ustaz mesti dia menangis terus.

Dia mula bercerita. Saya berkahwin dengan seorang wanita berpurdah dan belajar agama. Dibesarkan dengan keluarga sangat baik. Dari kecil keluarganya orang baik dan kuat buat dakwah..

Tapi saya ni sangat teruk. Saya tak pernah solat. Dia terima saya sebab saya masa berkenalan saya banyak cakap agama tapi tak solat pun..Solat jumaat pun tidak. Isteri saya selalu nasihatkan saya. Tapi saya marah dan dia jadi sangat takut...saya pernah pecahkan hpnya..saya pernah pecahkan pintu rumah kerana dia nak ajak saya buat baik. Tapi saya tak pukul dia.

Saya dikurniakan seorang anak. Saya sangat garang dan sangat jahat. Walaupun baik pada isteri saya. Macam-macam kejahatan saya buat..

Tapi isteri saya tak berhenti berdoa dan menangis buat saya. Kadang-kadang saya terjaga pukul 4 pagi terdengar isteri saya solat dan bunyi sayu-sayu sedang tersedu dan menangis. Kadang-kadang saya suruh dia perlahan sikit...abang nak tidur ni...hampir setiap sebelum Subuh dia dah bangun solat dan mengaji.

Sehinggalah satu hari ada orang datang rumah ziarah. Orang dakwah. Macam biasa saya memang tak pernah layan. Saya akan buat tak tahu dan kata sibuk..

Hari tu saya tak dapat lari..saya dengar mereka nasihat di depan pintu rumah dalam keadaan terpaksa. Saya tak dengar kata mereka. Cuma saya tengok gelagat mereka. Lucu gayanya. Kenapalah kain atas buku lali..saya ketawa jer sepanjang hari kerana fikir apalah diaorang dapat buat macam ni. Nabi saw buat ke macam ni.

Saya cerita dengan isteri saya. Dia diam jer. Malam tu saya dengar isteri saya menangis lagi. Saya tiba-tiba rasa hiba. Baiknya isteri saya..saya rasa tenang sangat. Saya tengok dia dengan telekung nampak bercahaya dan teramat cantik rasanya..antara doanya dengan berbisik. Ya Allah saya sayang suami saya. Ampunkanlah dosanya. Janganlah azab dia..kasihankanlah dia..dia tak solat. Ya Allah....menangis sambil teresak-esak..

Saya peluk dia dan kata terima kasih tak putus asa 3 tahun doakan abang walaupun abang degil. Dia kenalkan saya pada ceramah agama termasuk ceramah ustaz. Saya dengar ikim.fm sikit-sikit masa ustaz ceramah.

Saya baru pulang dari berada di jalan Allah 40 hari. Kehidupan saya dan isteri telah berubah. Benarlah ustaz, menangis dan berjuang di jalan Allah teramat berharga..dulu cerita Islam dan sahabah seperti mimpi. Hari ini terasa ianya benar-benar indah dan realiti bila kita sudah cinta.

Wajahnya dengan berkopiah dan berjanggut. Wajahny ada nur. Dia seorang usahawan yang berjaya

-ebit lew www.keluargasunnah.com

CP fb rasmi ustaz ebit lew



*********
aku baca coretan ini. pertengahannya, sebak menerjah. di akhir2 cerita, x sedar aku menitiskan air mata. lagi dan lagi. sambil membaca komen2. sebak lagi. seakan cerita novel. namun inilah realiti. semua benda boleh jadi....

Friday, August 29, 2014

senyum


sememangnya......
kalah lagi aku pada janji semalam..
janji pada diri.......
.......


kalaulah..dengan senyum boleh selesai semua masalah...
maka senyumlah aku begini setiap saat waktu
tetapi...mustahil sungguh


kenapa di selak cerita semalam, yang pasti sepastinya hanya menambah luka
ya Allah...ujianMu yang satu ini, ternyata masih tak mampu ku tanggung
padamkan cerita mereka. ku mohon


ya zal jala li wal ikram


allahumma solli ala saidina muhammad
 kekasih Allah yang  di rindui





Thursday, August 21, 2014

seandainya....

seandainya tuhan mengizinkan....
bukan hanya sebuah cinta mampu kau miliki..
satu dunia mampu kau gennggam..
hanya saja andai Dia mengizinkan....



nothings impossible..if Allah wills..

Sunday, July 13, 2014

....

Allahurabbi...sesak nafas aku.. Berdenyut kepala fikirkan hal itu. Terawih aku tidak tenang. Payah utk fokus walau sesaat. Tidurku, pejamnya tidak mahu. Hanya selepas ku alun kalimah tasbih, baru tertutup tanpa sedar... Bangunnya terigau2 mimpi semalam. Aduhh semuanya kerana itu.

Aku nak menjerit...sekuat hati...lepaskan segalanya...tapi........ Oh pantai..kenapa jauh sangat...besnya kalau keluar je rumah, mengadap laut. Ibarat scene dalam novel  @ movie...

Aku harap aku dapat ketenangan itu walau seminit. Tenang menempuh ramadhan tanpa perlu memikir kemungkinan itu ini.. Tapi...mungkin hanya angan..

Selagi mana tidak langsai hutang amanahku....hiduplah aku begini. Allahurabbi. Engkau Maha Mengetahui. Maha mendengar. Ampunkan aku.

tanyalah, xkena marah:)

Powered By Blogger

meh menabung