Sunday, June 23, 2013

#PRU13 thePRECIOUSmoment

post ini sudah basi tarikhnya. tapi biarlah, aku nak cerita balik..bukan selalu aku boleh post sal benda ni . 5 tahun sekali. so 5 thun lagi, kita buat perbandingan pos.. hehe.. selamat membaca.

******************
bismillah

050513 adalah tarikh keramat buat seluruh rakyat malaysia. pilihanraya umum ke 13. alhamdulillah, aku menjadi sebahagian pengundi yang layak. maka baliklah aku ke kampung 2 hari sebelum  mengundi. pilihanraya kali ini, bahangnya cukup terasa. hangat.panas.kontroversi.mendebarkan.

aku pulang ke kampung as ahli keluarga yang paling lewat. semua dah ada masa aku sampai rumah tu. makanya sedari aku di USIM lagi sudah di perli oleh kakak2 aku yang kureng asem wuwuwu... maka baliklah aku dengan perasaan bangga sebagai VIP terhormat. riuh rendah rumah bila semua berkumpul, semua ada kecuali abg ipar aku yg sulung. dia mengundi di putrajaya.


Sunday, June 2, 2013

salaam..

bismillah
musim exam datang lagi.. sekarang ni baru je abis download lagu2 sami yusuf.. baru n lama.. mentang2 nk amik muet, dengar lagu, lagu bi.. tengok cite, cite bi.. xpun  yang ada translate bi.. haha.. ni semua sebab ternervous kena amik muet kat skolah cina. doakanku.



target GPA sem ni, 4.0. WOW! tiada yang mustahil...dengan syarat, usaha! insyaAllah. doakanku

Wednesday, March 27, 2013

indah hidup bersama Ilahi


Alangkah indah hidup ini
Hidup bersama Ilahi
Kehendak Allah difahami
Pandai menerima darinya

Bijak mengunakan nikmatNya
Ia dianggap ibadah
Semua diberi pahala
Tarbiah Allah berhikmah

Sabar dengan ujian
Tanpa hisab akan diganjari
Nikmat yang diberi
Memudahkan untuk berbakti
Merasai pemberianNya
Itulah tanda bersyukur
Akan ditambah lagi
Nikmat yang diberi

Tersiksa bermujahadah
Kerana ingin menempuh jalan
Untuk menuju Allah
Tarbiahnya Allah tunjukkan

C/o
Tawakal kepada Ilahi
Terutama mengenai rezeki
Tanpa ragu-ragu walaupun sedikit
Ada jaminan pembelaan dari-Nya
Bila taqwa pakaian kita
Urusan kita dimudahkan
Kerana kita sudah menjadi ahlillah
Begitu indah hidup bersama Tuhan

Korban harta kerana Allah
Agar berdaulat kalimatullah
Setiap satu kebajikan
Semuanya digandakan
Lagu & Lirik : Asri Ibrahim
Hijjaz Records Sdn.Bhd

2009, aku bercinta dengan lagu ni. terbit rasa itu. tenang. bersama jemaah syifa, kami bermuhasabah bersama anak kecil. sesekala tersenyum pada cerita lama.. sekarang, ku cari damai itu kembali. sukarnya!








when the time pass by

like a journey, picture speak more than word















Saturday, March 16, 2013

Monday, February 25, 2013

katak dan kehidupan

bismillah..
katak merupakan binatang ciptaan Allah yang unik dan istimewa.



apa isitimewanya katak? mari aku huraikan satu persatu.


1. vocal testing
dari dulu aku sememangnya allergik dengan binatang alah ni. alu tidak membenci, jauh sekali berdendam dengan kamu wahai CIK TAK. namun kenapa setiap perilakumu, sungguh aku sangat menyampah? engkau ciptaan Tuhan, istimewa dalam setiap sudut lakaran rupa bentukmu.. namun........... ya, engkau menguji vokal aku. kenapa? setiap kali aku masuk tandas atau bilik air ataua mana2 tempat yang aku dapati wujud adik beradik kau, refleksi aku sangat cepat.  ARGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH KATAKKKKKKKK!!!! damn it! astagfirullah. lalu bergema suara nyaringku seluruh kampung segenap ceruk dunia.

2. pengerat kasih sayang
kakak keduaku, aku namakan SITI. beliau tahu kelemahanku pada katak. lalu sedari kecil alu asyik dibuli oleh dengan menatang itu. " YAM, NI HA....!!"  ...... aku (berpaling), dan.... arghhhhhhhhh lalu berlari la aku keliling dapur atau rumah selamatkan diri dari dibaling atau di olok dengan cik tak itu. bahkan bukan beliau sahaja, ayahku, umiku, turut pernah ambil port dengan klmhan aku ni. dann biasanya bukan katak sahaja, cicak juga aku benci. bukan benci sebenarnya, GELI!  tapi sekarang bila dah kahwin, siti sudah tidak duduk rumah lagi.. berhijrah ke selamgor mengikut suami. sedih? well..aku selamat dari situasi ngeri itu. **miss u sis. oh no, but miss ur child....hahaha"

3. penghibur jalanan
adik aku yang ke 8 and 9 (bongsu) juga tahu kelemahan aku. maka dengan senang hatinya, tatkala aku ingin melangkah masuk bilik air....... "yam, katak..!!!" (sambil tunjuk satu arah....).. aku tanpa memandang,... "arghhhhhhhhhh...!!!!"""  ..dan bila dengar ketawa hantu diorang, baru sedar aku ditipu.. makanya $#$%^*^&^^%(*... lagi cerita..., kadang dilemparnya aku sesuatu dan seiringan itu, "weh katak!.."  siapppp ko dik!!!

4. teman tidur
aku masih ingat, sewaktu kecil dahulu, masa itu aku masih di kelantan. belakang rumah aku ada paya kecil. lebih kurang macam takungan air. dan bila musim tengkujuh, maka meriahlah kolam@paya@takungan tu.. meriah dengan apa? BERUDU. then ce teka bila berudu tu dah makin besar, jadi apa?  mestila jadi ayam kan. ok FAIL! jadi KATAK weyh. then ada satu malam tu, masa tengah tidur (katil aku kat bawah, dekat ngan dapur)..aku terjaga tengah malam tu. danaku melihat si anak2 katak itu berlompatan sesuka hati atas katil. xde la sampai berpuluh2 ekor, tapi seekor pun dah cukup menggelikan aku...............yerkkkkkkkk.. dan aku juga pernah mimpi katak.. BANYAK KALI. aku tak tipu. mimpi camna? malaih den nk crito.

5. pengawal peselamatan
kalau aku jalan dekat tempat gelap, mesti kaki aku akan terinjit injit. ..jalan laju2 je.. weyh seram kalo pijak katak. hantu tu lain cite.

......................

sambil aku menaip, tengkuk rasa kembang..organ badan geli semacam. aishhh aku allergik katak.

-pegang katak mainan pun aku tak sanggup..

katak itu ciptaan tuhan. walaupun aku benci (geli sebenarnya, xbenci pun..tapi xsayang), tapi tiada kemusnahan yang aku lakukan terhadap spesis itu. tak pernah bedah katak! haa korang yang blaja sains yang kena wat eksperimen bedah katak dulu, jawablah nanti. hahaha


Sunday, February 3, 2013

BLOG BARUUUU!!

SALAM..

pening..pening..pening...
seharian aku mengadap laptop, aku buat apa ye??

yihha.. diumumkan..

http://herbalifestories.blogspot.com/

silalah jenguk.. aku mungkin akan kerap update blog tu berbanding sini.. hehe..

herbalife = negatif negatif negatif

komen? peduli apa aku. aku dah tengok ngan mata kepala aku sendiri testimoni2 terbaik punya.. bukan sorang dua.. so ini kali aku mahu betul2 serius. semeseter baru hanya bbaki kurang 2 minggu.. matlamat dah dilakar. perancangan satu semester dah terukir. tanggungjawab2 yang bakal menanti, kini aku sudah bersedia memikul.. tunggu masa mendatang. alhamdulillah. inspirasi dari mereka yang bermotivasi tinggi.

doakan aku,
6 bulan pertama = supervisor
akhir tahun = world team

hehe insyaallah.. tiada yang mustahil. tapi kena kerja keras sikit.
yang penting, jangan lupa gandakan aktiviti. gandakan ibadah. supaya jadi hamba yang lebih bersyukur! baru berkat hidup. hehee

aku malu sebenarnya. promote herbalife kat orang lain sedang hasil aku sendiri xnampak mana lagi dimata orang. aku sendiri memang alami, tapi susah nak diterjemah. mata manusia hanya nak tengok luaran. uih. SABAR KUNCI.

wassalm

tanyalah, xkena marah:)

Powered By Blogger

meh menabung