Thursday, March 16, 2017

KENANGAN SPM . APA KATA ANDA?

Edisi Bongkar!!
SPM sis ada DUA "C"
- Bahasa Arab
- Bahasa Inggeris
The rest is history. LOL
Benda yang kita tak suka, jangan sangka dia akan terus menjauhi kita. "boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu.."

Perjalanan belajar dua bahasa - arabic english tak berhenti disitu.
Sambung diploma - ingatkan boleh lari dari arab. Rupanya arab adalah bahasa utama kebanyakan subjek. Adushh! 

Agi idup agi ngelaban. Arab pun arab lah. Belajar terus belajar. Alhamdulillah grad jugak pointer 3 lebih sikit.
Sambung degree ingatkan dah boleh stop arab. Rupanya arabic n english main language. Subjek dalam malay 2@3 je. Struggle.

SOALAN: Susah ke arab? Takkk.. Senang je kalau kau kaki menghafal. Kalau ada usaha nak dalami betul2 . selalu praktis cakap. Tapi i is bukan otak menghafal. Agak struggle. Tak ngam ngan jiwa artis khat (aceewaahhh...) & jenis otak berputar sebab kaki catur (koh3). Complex mind .huhuu. tapi belajar tetap belajar.

Fasobrun jamil.
Sabar itu indah.
Walau tak suka, hadap saje. Ikhlaskan niat.

Sampai satu saat rasa bersyukur sangat diberi peluang kenal bahasa pertuturan Nabi kita. Baca Quran kadang2 ada faham makna sikit2, agak sentap juga sebab sedar macam ayat tu tuju kat kita huhuu..

ENGLISH? sis struggle sebab nak grade USIM kena BAND 3! Tanpa malu nak bagitau 4 kali amik. 2 masa diploma konon nak masuk UIA haha.. Dua kali kat usim. Yang last sikit lagi nak band 4 hoho.. still band 3 jela kan. boleh grad syukur alhamdulillah dah.

Dalam tak suka bahasa asing tu, benda tu lah yang kena hadap sampai masuk alam kerja. Hari2 duk mengadap student international yang macam2 style loghat english dorang.
Mostly faham. Tapi ada sgelintir yang cakap laju macam keretapi bulet tu, yang ni sketsa mainkan peranan. Samada kau kena suruh ulang balik soalan, angguk tanda faham yes ya yup, atau buat2 tak dengar ciaciaaciaaa..

Oh ya, im not a teacher.
Apa pengajaran nak cerita?

Adik2 yang dah dapat result harini, berapa pun result yang dah ada kat tangan, tak guna nak bersedih kalau ianya tidak memenuhi impian yang dilakar. barang lepas usah dikenang- sape usaha lebih dia dapat lebih. kan kan kan??

YANG PENTING SEKARANG NI, MACAMANA NAK MAKSIMAKAN apa saje kemahiran, bakat, minat, kekuatan yang kita ada untuk mencorak siapa kita satu hari nanti.

TAK TAHU NAK JADI APA BESAR NANTI?

- dik, akak pun tak tau akak nak jadi apa. sampai sekarang...! hahahaa

JUST FOLLOW THE FLOW
ASAL TAK MENYIMPANG KE JALAN SESAT
ASAL DEKAT PADA TUHAN
ASAL ASAL HIDUPMU KEMBALI PADA FITRAH.

Jadi apapun tiada masalah. OK?

TULUSLY
-maryamrusli-
bukan cikgu, bukan doktor, bukan engineer, bukan kerja kerajaan.

16/3/2017
7 BULAN LAGI GENAP 27 TAHUN

No comments:

tanyalah, xkena marah:)

meh menabung