Tuesday, April 15, 2014

keluar dari sunyi

its 2 am and im still on9.. cant sleep



Assalamualaikum w.b.t

bila lama tidak mengepos, maka ayat biasa yang akan keluar dari blogger, blog berhabuk. bersawang. meh nak cuci.

maka aku tidak mahu mengulang skrip lama.

aku. semakin lama semakin tua. usia makin bertambah. mudah2an amal juga begitu. bila aku korek semula apa yang pernah aku pos di blog ini, makanya kudapati banyak yang meraban, yang sedikitpun duhai kalian, si pembaca tidak mendapat barang sedikit manfaat. maka malam ini ku mulakan operasi mencuci karat jahiliahku. tiada pos jiwang. sajak cinta yang tak berkesudahan. arghh aku semakin mengerti jiwa alam. makin berusia makin sedar diri. apa hidup kau hanya untuk cinta sia? sedang Allah, Rsul, ibubapamu itu yang lebih utama. titik.

zaman pantas bergerak maju. sedarkah kalian, blog sudah tidak sepopular dulu. aih aku masih ingat zaman aku diploma dulu..zaman sahabat2 seumurku mula bertebaran mencari ilmu..makanya sewaktu itu blog masing2 tumbuh bagai cendawan. dan bermula mesin mengira bilangan follower terbanyak. saling bertukar link. dsitu juga tempat menstalker kisah kehidupan budak baru nak up. baru kenal dunia luar.. dan aku juga tidak terkecuali. blog aku yang dulu. aduh sayangnya sudah hilang. dulu, ku fikir hanya mahu diactivated sebentar cuma, namun kulupa juga akan kesenyapannya lantaran sibuk dengan blog baru ini. sayangnya khazanah lama ku terkubur tak bernisan. bermacam kisah sewaktu zaman 20an ku bingkai disitu. ahh sudahlah. nak buat camana kan? banyak cekadak.

tahniah aku ucapkan pada segelintir yang menjadikan blog sebagai tempat tercurahnya ilmu. tiada kopi paste. namun berani menghurai sesuatu isu berdasarkan kefahaman dan pendidikan yang diterima di kampus. teruskan. cuma jagalah ketelitian ilmu dan sifatnya yang benar. jangan kau buat fatwa sendiri. jangan memandai meletakkan sesuatu hukum berdasarkan apa yang kau rasa. bahaya! aku sendiri, terasa cetek lagi ilmuku..apa yang aku mampu lakukan, hanya berkongsi dari pautan lain yang di percayai. oh ya, aku suka baca saifulislam.com n zaharuddin.net. cubalah kalian hadam artikel disana.. aku pun, dah lama rasenya tidak menjejak kaki kesana. ya, istiqamahla...

4 minggu pertama after cuti mid ni, jadual program aku sudah penuh. setiap minggu dan hujung minggu. doakan aku kuat. Allah..mahu menjerit bila aku fikirkan tentang LA taiwan . banyak perancangan sudah dalam kepala. sudah aku tanya merata tempat. merata manusia aku mesej.pm.emel. namun aku rase aku hanya buat kerja sia2 hanya kerana SATU . tiada kelulusan. setahun lebih beb. aku buat kerja sia. Allah....aku tahu ada hikmah besar...aku hanya perlu sabar sedikit sahaja lagi. doakan aku ya.

malam makin larut. mata sudah layu. mohon undur diri.

ya Allah..tiada yang ku pinta selain husnul khatimah...mahu minta banyak, aku malu..lemah imanku..kurang amalku..moga belas ihsanMu, redhaMu, rahmatMu, itu yang menjagaku...amin...

2.35 a
m
15.4.14

No comments:

tanyalah, xkena marah:)

Powered By Blogger

meh menabung