Wednesday, June 20, 2012

moment to remember

zaman kanak-kanak. siapa yang mahu menafikan keriangan waktu itu? ruginya mereka yang waktu kecil diragut keindahan dan kemeriahan. orang kata, kecik2 xbahagia. sebab tu bila besar jadi haru..

padang rumput.
hutan belukar.
rumah tinggalan.
mood hijau...
surau ilmu.
pokok jambu.
hujan.langsat.

aku.dia. dan adik2nya.
aku.dia. rakan2 sepermainan.

bila diingat2, berputar2 gambaran kenangan silam. mencurah2 masuk silih berganti. bagai wayang memainkan cerita. tidak henti.

waktu berganti. rumah bertukar. sahabat bertambah.
sekolah. negeriku.
semuanya berubah.
ada satu yang aku tidak lupa.
pada wajah naif itu.

lebih sedekad berlalu.
dan khabar bertamu.
senyum. pada satu cerita.
terimakasih. biar waktu tentukan.

***********
maaf, entri ini tidak bermanfaat untuk kalian.
ku cuma ingin mengingatkan diri,
yang aku pernah punya kenangan.
xkan larut. senyumhati


Thursday, June 14, 2012

jangan anggap kau paling baik, dia paling buruk





susah.
bila kita pandang orang lain, mata menganalisis, lalu mulut dan hati bicara.....
"buruknya perangai dia....."
"aku banyak buat ibadah dan amal dari dia...."
"huh nampak alim kat luar tapi....."
"dia xlayak kawan dengan aku yang......."

waspadalah!
pada penyakit hati..

mana kau tahu amalan kebajikan yang dilakukan luar pandangan manusia?
mana kau nampak ibadah yang di sorokkan dari pandangan umum?
mana kau nampak saat tangan dan kaki berbakti pada kalian, saat kalian tiada di depan mata?
mana kau tahu dalam doa, dipanjatkan seribu kebaikan untuk kalian, tanpa perlu kau diberitahu?
mana kau tahu?

tiada yang tahu rahsia hati seorang hamba...ikhlas atau tidak. benar atau palsu. tersembunyi.
bersangka baiklah pada sesuatu yang tidak kau ketahui.
jangan kau pandang manusia dengan pandangan hina, jelek, benci.
takut2 kau yang akan dipandang sebegitu rupa dihadapan DIA.
nauzubillah.

Monday, June 11, 2012

fazakkir: kembali pada asal tujuanmu...

bismillah...




sekarang mood exam.. seminggu studi week, hampir berlalu..entah apa yang kubuat aku pun xtau..buka buku tutup buku, buka mukabuku tak tutup-tutup...penyakit betul fb.. dah jadi trojan yang boleh hancurkan masa emas penuntut ilmu macam aku... dekat fb, bukan tiada ilmu yang bole dikutip, bahkan banyak sangat andai kalian mengelike page2 ilmiah dan isu semasa... tapi xkan nak layan tu je kan? abaikan buku yang seharusnya perlu diutamakan? oh pastilah tidak.....akal yang waras mengarah pada yang sewajarnya...ikut sedap memang hancur la jawabnya... 


sering terjadi, studi week yang sepatutnya dimanfaatkan untuk ulangkaji, tambah dan perbaiki serta kemaskini nota, menghafal mana2 yang perlu- tetapi sebaliknya terjadi... diawal2 sememangnya semangat berkobar2, kata pada diri, aku hendak studi betul2 sem ni, pulun habis2an waktu studi week yang ada, blablabla..... tapi akhirnya, tewas pada godaan hiburan yang lebih menarik dari mengadap buku. berinternet, membaca novel, keluar jalan2, lepak bersama rakan, tengok movie puas2, tidurrrya..... kan? tidak mengata orang, namun aku berkata pada pengalaman lampau...ada yang kata studi last2 baru masuk semua..baca awal2 nanti lupa balik, dan macam2 alasan...

manusia... harus sedar diri, harus ada keazaman mahu perbaiki diri.. kalau tidak mahu direalisasikan, sekurang2nya azam yang sudah ditanam, membuatkan kalian akan malu pada diri sendiri.. justeru setidak2nya terbantut juga sedikit sebanyak mahu bazirkan banyak masa pada perkara yang tidak sepatutnya....manusia semakin hari semaki meningkat tua, semakin hari semakin mendekat pada hakikat dunia kata pergi kubur kata mari..tidakkah terasa mahu diperbaiki kekurangan diri sedikit demi sedikit? masih mahu berada ditakuk lama lagi?

jadi, pesan pada diri, ayuh bersama menuju kejayaan.. bukankah itu yang selalu dilaungkan oleh agama suci kita setiap kali seruan azan?  jika tidak anda, siapa lagi? jika tidak sekarang, bila lagi? kata keramat oleh pengetua sekolahku dahulu.. sehingga sekarang masih menjadi trademark kami yang kadangkala mengundang tawa beramai-ramai saat diulang tayang cerita lama, zaman persekolahan, zaman kegemilangan dulu...

kesimpulan, bukan ini yang aku nak tulis sebenarnya... hahaa...mahu diceritakan benda lain, tapi dah bila start mukadimahnya, panjang pula aku membebel.. terima kasih sudi membaca sampai habis. moga dapat iktibarnya.. setidak2, meter aras semangat anda meningkat sedikit. betul? jadi untuk semua sahabatku yang akan menghadapi final exam, semoga dipermudahkan pembacaan kalian.. semoga mendapat ketenangan kala kertas putih sampai ditangan.. semoga mendapat pertolongan Allah atas segala usaha yang telah dilakukan... jangan lupa doakan juga kejayaan untuk teman2mu dikala dua tangan bertemu lalu diangkat ke langit...memohon padaNya...bittaufiq wannajah!

Saturday, June 2, 2012

konfiden itu perlu, kan?

selasa lalu, dalam dewan kuliah sederhana, malam waktu kelas bisnes.

toink. bunyi mesej masuk. (oke tipu, bukan camtu bunyi mesej aku).
inbox di buka. owh mesej dari timbalan exco xxx aku..

" salam. untuk makluman sahabat xxx, kita dijemput untuk menyertai program Bakti Siswa perdana USIM bersama masyarakat orang asli di kg api larat, pekan pahang pada 30mei-7jun ni. sapa yang berminat sila respond dengan segera. sebelum pukul 12tghmalam ini. terhad kepada 2 penyertaan bg shbt setiap exco. tq. ASAP."

 hurm... pikir dulu.. oke..kubalas,

" wslm. sori xleh join. ada program bahasa lepas exam. em nak tanya yang pasal report bla bla bla ....(seterusnya xde kena mengena ngan entri ini....)"

setel disitu. hati teringin nak pergi tapi ada tanggungjawab lain kan, utamakan yang wajib dulu.

********************

ada kepelikan x dengan frasa jawapan aku diatas? mari teruskan bacaan anda...

********************

esoknya, rabu, di dalam bilik.. tengahari itu, bosan xtau nak buat apa, belek2 la mesej dalam hp.. rase nak baca balik mesej semalam.............. OMG!!!

30mei-7jun. means, 30mei mksdnya hari ni lah, rabu. patut la nak suh reply as soon as posible.... yang aku terbayang dalam kepala, tarikh tu sama dengan 30 bulan 6 sampai 7 julai... waktu tu dengar cerita ada program bahasa ELSP@ALSP. waktu tu jugak ak ada daftar nama untuk program bawah pusat kbudayaan, juga dekat pahang. sebab tu aku ckp xleh nak join, ada prog bahasa.

KONFIDEN. sedar saja kesilapan aku, ketawa sorang dahhhh.....mesti dia pelik, dah la aku jawab pas exam... adoiiii maluuu. nampak gaya aku kena masuk kelas mengenal bulan nampak gaye..... hik3.

kesimpulan: jangan konfident sangat k. tapi confident@berkeyakinan itu sangat perlu untuk waktu2 tertentu. seperti? masa cari penunjuk jalan, sedang akhirnya jalan mati kau bawa... heh..


tanyalah, xkena marah:)

Powered By Blogger

meh menabung