ya Ramadhan...
terima kasih Allah..
atas keizinanMu,
menyempatkan aku untuk Ramadhan kali ini..
esok lusa, entah aku tidak tahu..
masih berpeluangkah aku?
salam di hulur, maaf di pinta..
aku hanya insan biasa,
punya jiwa dan perasaan..
lantas ada hati yang terasa..
maafkan segala khilafku..
aku jua sudah memaafkan kalian..
mari beribadat dengan tenang..
mari beramal dengan ikhlas..
mari teman mari rakan
pesta ibadah sudah bermula..
izinkan aku menjadi lebih baik dari
ramadhan yang lalu..
tidak banyak, sedikit pun tidak mengapa..
asal hari ini lebih baik dari semalam
amin.
-1 ramadhan 1433h
-3am
-kuala terengganu
Saturday, July 21, 2012
Saturday, July 7, 2012
Catatan ringkas K3G 2012
29 Jun
7.30 pagi sudah terpacak bawah blok, menunggu
ketibaan prebet untuk di bawa ke stesen KTM. Bersama 9 sahabat yang lain, kami
bersedia untuk memulakan satu misi. Yeah pelajar USIM boleh! Program bawah KPT
, seliaan universiti, namun disuruh ke destinasi dengan sendiri.. ibarat
terbuang, owh bahagialah kami memulakan pengembaraan, …dan perjalanan bermula..
Dari USIM ke KTM nilai, terus ke KL sentral,
kemudian naik monorel terus ke chow kit..menapak dengan beg baju yang berat
berganding dengan beg laptop yang “ringan”, berjalan kaki ke hotel
brisdale…sekitar jam 11 am, 3 jam baru sampai destinasi.. xapalah, pengalaman itu penting kan.. bila
lagi aku boleh belajar naik monorel.. hahaha sila jangan ketawa kan rusa masuk kampung..
sampai saja terus diberi godies, beg+baju+tag+buku+pen.. makan? Yes, kami
lambat..xsempat nak makan, “bas sedang menunggu..cepat sikit yer, kita dah
lambat ke PWTC..” alahai lapor perut den..dari pagi minum air masak je.
Mujur ada bas UIA untuk kami menumpang ke
sana..kalau x, arghh kesian kesian...anak sapo ni..hai..
PWTC. Baru aku tahu, rupanya ada Karnival
Kerjaya & Keusahawan Graduan 2012, yang ke 3, anjuran kementerian pengajian
tinggi dengan majlis keusahawanan siswa universiti malaysia (MAKMUM). Dulu aku hanya tahu MASUM, MAKUM.. MAKMUM pun ada
rupanya..IMAM xde plak yer?
Subscribe to:
Posts (Atom)