Wednesday, June 20, 2012

moment to remember

zaman kanak-kanak. siapa yang mahu menafikan keriangan waktu itu? ruginya mereka yang waktu kecil diragut keindahan dan kemeriahan. orang kata, kecik2 xbahagia. sebab tu bila besar jadi haru..

padang rumput.
hutan belukar.
rumah tinggalan.
mood hijau...
surau ilmu.
pokok jambu.
hujan.langsat.

aku.dia. dan adik2nya.
aku.dia. rakan2 sepermainan.

bila diingat2, berputar2 gambaran kenangan silam. mencurah2 masuk silih berganti. bagai wayang memainkan cerita. tidak henti.

waktu berganti. rumah bertukar. sahabat bertambah.
sekolah. negeriku.
semuanya berubah.
ada satu yang aku tidak lupa.
pada wajah naif itu.

lebih sedekad berlalu.
dan khabar bertamu.
senyum. pada satu cerita.
terimakasih. biar waktu tentukan.

***********
maaf, entri ini tidak bermanfaat untuk kalian.
ku cuma ingin mengingatkan diri,
yang aku pernah punya kenangan.
xkan larut. senyumhati


Thursday, June 14, 2012

jangan anggap kau paling baik, dia paling buruk





susah.
bila kita pandang orang lain, mata menganalisis, lalu mulut dan hati bicara.....
"buruknya perangai dia....."
"aku banyak buat ibadah dan amal dari dia...."
"huh nampak alim kat luar tapi....."
"dia xlayak kawan dengan aku yang......."

waspadalah!
pada penyakit hati..

mana kau tahu amalan kebajikan yang dilakukan luar pandangan manusia?
mana kau nampak ibadah yang di sorokkan dari pandangan umum?
mana kau nampak saat tangan dan kaki berbakti pada kalian, saat kalian tiada di depan mata?
mana kau tahu dalam doa, dipanjatkan seribu kebaikan untuk kalian, tanpa perlu kau diberitahu?
mana kau tahu?

tiada yang tahu rahsia hati seorang hamba...ikhlas atau tidak. benar atau palsu. tersembunyi.
bersangka baiklah pada sesuatu yang tidak kau ketahui.
jangan kau pandang manusia dengan pandangan hina, jelek, benci.
takut2 kau yang akan dipandang sebegitu rupa dihadapan DIA.
nauzubillah.

Monday, June 11, 2012

fazakkir: kembali pada asal tujuanmu...

bismillah...




sekarang mood exam.. seminggu studi week, hampir berlalu..entah apa yang kubuat aku pun xtau..buka buku tutup buku, buka mukabuku tak tutup-tutup...penyakit betul fb.. dah jadi trojan yang boleh hancurkan masa emas penuntut ilmu macam aku... dekat fb, bukan tiada ilmu yang bole dikutip, bahkan banyak sangat andai kalian mengelike page2 ilmiah dan isu semasa... tapi xkan nak layan tu je kan? abaikan buku yang seharusnya perlu diutamakan? oh pastilah tidak.....akal yang waras mengarah pada yang sewajarnya...ikut sedap memang hancur la jawabnya... 


sering terjadi, studi week yang sepatutnya dimanfaatkan untuk ulangkaji, tambah dan perbaiki serta kemaskini nota, menghafal mana2 yang perlu- tetapi sebaliknya terjadi... diawal2 sememangnya semangat berkobar2, kata pada diri, aku hendak studi betul2 sem ni, pulun habis2an waktu studi week yang ada, blablabla..... tapi akhirnya, tewas pada godaan hiburan yang lebih menarik dari mengadap buku. berinternet, membaca novel, keluar jalan2, lepak bersama rakan, tengok movie puas2, tidurrrya..... kan? tidak mengata orang, namun aku berkata pada pengalaman lampau...ada yang kata studi last2 baru masuk semua..baca awal2 nanti lupa balik, dan macam2 alasan...

manusia... harus sedar diri, harus ada keazaman mahu perbaiki diri.. kalau tidak mahu direalisasikan, sekurang2nya azam yang sudah ditanam, membuatkan kalian akan malu pada diri sendiri.. justeru setidak2nya terbantut juga sedikit sebanyak mahu bazirkan banyak masa pada perkara yang tidak sepatutnya....manusia semakin hari semaki meningkat tua, semakin hari semakin mendekat pada hakikat dunia kata pergi kubur kata mari..tidakkah terasa mahu diperbaiki kekurangan diri sedikit demi sedikit? masih mahu berada ditakuk lama lagi?

jadi, pesan pada diri, ayuh bersama menuju kejayaan.. bukankah itu yang selalu dilaungkan oleh agama suci kita setiap kali seruan azan?  jika tidak anda, siapa lagi? jika tidak sekarang, bila lagi? kata keramat oleh pengetua sekolahku dahulu.. sehingga sekarang masih menjadi trademark kami yang kadangkala mengundang tawa beramai-ramai saat diulang tayang cerita lama, zaman persekolahan, zaman kegemilangan dulu...

kesimpulan, bukan ini yang aku nak tulis sebenarnya... hahaa...mahu diceritakan benda lain, tapi dah bila start mukadimahnya, panjang pula aku membebel.. terima kasih sudi membaca sampai habis. moga dapat iktibarnya.. setidak2, meter aras semangat anda meningkat sedikit. betul? jadi untuk semua sahabatku yang akan menghadapi final exam, semoga dipermudahkan pembacaan kalian.. semoga mendapat ketenangan kala kertas putih sampai ditangan.. semoga mendapat pertolongan Allah atas segala usaha yang telah dilakukan... jangan lupa doakan juga kejayaan untuk teman2mu dikala dua tangan bertemu lalu diangkat ke langit...memohon padaNya...bittaufiq wannajah!

Saturday, June 2, 2012

konfiden itu perlu, kan?

selasa lalu, dalam dewan kuliah sederhana, malam waktu kelas bisnes.

toink. bunyi mesej masuk. (oke tipu, bukan camtu bunyi mesej aku).
inbox di buka. owh mesej dari timbalan exco xxx aku..

" salam. untuk makluman sahabat xxx, kita dijemput untuk menyertai program Bakti Siswa perdana USIM bersama masyarakat orang asli di kg api larat, pekan pahang pada 30mei-7jun ni. sapa yang berminat sila respond dengan segera. sebelum pukul 12tghmalam ini. terhad kepada 2 penyertaan bg shbt setiap exco. tq. ASAP."

 hurm... pikir dulu.. oke..kubalas,

" wslm. sori xleh join. ada program bahasa lepas exam. em nak tanya yang pasal report bla bla bla ....(seterusnya xde kena mengena ngan entri ini....)"

setel disitu. hati teringin nak pergi tapi ada tanggungjawab lain kan, utamakan yang wajib dulu.

********************

ada kepelikan x dengan frasa jawapan aku diatas? mari teruskan bacaan anda...

********************

esoknya, rabu, di dalam bilik.. tengahari itu, bosan xtau nak buat apa, belek2 la mesej dalam hp.. rase nak baca balik mesej semalam.............. OMG!!!

30mei-7jun. means, 30mei mksdnya hari ni lah, rabu. patut la nak suh reply as soon as posible.... yang aku terbayang dalam kepala, tarikh tu sama dengan 30 bulan 6 sampai 7 julai... waktu tu dengar cerita ada program bahasa ELSP@ALSP. waktu tu jugak ak ada daftar nama untuk program bawah pusat kbudayaan, juga dekat pahang. sebab tu aku ckp xleh nak join, ada prog bahasa.

KONFIDEN. sedar saja kesilapan aku, ketawa sorang dahhhh.....mesti dia pelik, dah la aku jawab pas exam... adoiiii maluuu. nampak gaya aku kena masuk kelas mengenal bulan nampak gaye..... hik3.

kesimpulan: jangan konfident sangat k. tapi confident@berkeyakinan itu sangat perlu untuk waktu2 tertentu. seperti? masa cari penunjuk jalan, sedang akhirnya jalan mati kau bawa... heh..


Wednesday, May 30, 2012

terlupa password? dapatkan kembali....





Bagi melindungi sebarang kandungan data atau maklumat dan fail yang agak sulit / rahsia dengan menggunakan password menjadi salah satu cara yang mudah dan selamat. Namun boleh juga menjadi satu masalah yang besar jika anda terlupa katalaluan yang digunakan atau katalaluan telah diubah oleh orang lain? Seringkali kita tidak merekod katalaluan bagi pelbagai aplikasi yang digunakan. Mendapatkan semula katalaluan asal disebut sebagai “cracking password” – proses memecah semula kataluan anda…



Kebiasaanya program yang direka khusus untuk memecah password dikenakan bayaran tertentu (dengan jaminan 100% password asal dapat dikembalikan). Dalam posting kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda beberapa program utiliti kecil yang percuma dan mampu berfungsi dengan baik untuk mendapatkan kembali password (namun tiada jaminan 100% password asal dapat dikembalikan). Apa salahnya untuk anda mencuba bukan? ;-)
Jadual yang berikut adalah program utiliti pemulihan kata laluan (password) yang paling popular untuk Windows: (sumber dari laman web Nirsoft)

MessenPassMendapatkan password dari program Instant Messenger yang paling popular di Windows: MSN Messenger, Windows Messenger, Windows Live Messenger, Yahoo Messenger, ICQ Lite 4.x/2003, AOL Instant Messenger yang disediakan dengan Netscape 7, Trillian, Miranda, dan Gaim.
Mail PassViewMelihat password dari program e-mel berikut: Windows Live Mail, Windows Mail, Outlook Express, Microsoft Outlook 2000 (POP3 dan SMTP Account sahaja), Microsoft Outlook 2002/2003 (POP3, IMAP, HTTP dan SMTP Account), IncrediMail, Eudora, Netscape Mail, Mozilla Firefox,
Mail PassView juga boleh memulihkan password dari akaun e-mel berasaskan web (Hotmail, Yahoo, Gmail), jika anda menggunakan program yang berkaitan akaun tersebut.
IE PassViewIE PassView adalah utiliti kecil yang mendedahkan password yang disimpan oleh pelayar Internet Explorer.Menyokong Internet Explorer 7.0 yang baru dan 8,0, serta versi Internet explorer, v4.0 – v6.0
Protected PassView SimpananMengembalikan semua password yang tersimpan di dalam Windows Protected Storage, termasuk password AutoComplete Internet Explorer, password dari laman web yang dilindungi password, MSN Explorer Sandi, dan banyak lagi …
DialupassMemaparkan semua password yang disimpan di dalam entri dial-up Windows.(Internet dan sambungan VPN) Alat ini bekerja di semua versi Windows, termasuk Windows 2000, Windows XP, Windows Vista, Windows 7, dan Windows Server 2003/2008.
Asterisk LoggerMelihat password yang disimpan di sebalik tanda bintang (****) ,. Anda boleh menggunakan alat ini untuk memulihkan password Windows banyak aplikasi, seperti CuteFTP, CoffeeCup Percuma FTP, VNC dan lagi …
AsterWin IEMegembalikan password yang disimpan di belakang tanda bintang di laman web Internet Explorer 5.0 dan seterusnya.Anda boleh menggunakannya untuk memulihkan password laman web, jika disimpan pada komputer anda. Kod sumber disertakan.
Network Password RecoveryMendapatkan kembali password rangkaian yang disimpan oleh Windows XP, Windows Vista, Windows 7, dan Windows Server 2003/2008.
SniffPass Password SnifferWindows utiliti yang merekod password melalui penyesuai rangkaian anda, dan memaparkan di skrin. Anda boleh menggunakan utiliti ini untuk memulihkan password yg hilang bagi Web / FTP / Email.
RouterPassViewWindows utiliti yang dapat memulihkan password dari file konfigurasi yang disimpan oleh router. Utiliti berfungsi jika router anda menyimpan fail konfigurasi dalam format yang RouterPassView boleh mengesan dan decript.
PstPasswordMendapatkan kembali password file PST MS Outlook.
PasswordFoxPasswordFox adalah program pemulihan password untuk Windows yang membolehkan anda untuk melihat nama pengguna dan password yang disimpan oleh pelayar Mozilla Firefox. PasswordFox memaparkan password yang disimpan di dalam profil anda. Untuk setiap kemasukan kata laluan, maklumat ini dipaparkan: Rekod Indeks, Web Site, User Name, Password, Nama Ahli Field, Password Field, dan Sig-on. Mampu mengembalikan password laman2 web dan memaparkannya.
ChromePassChromePass adalah program pemulihan password kecil untuk Windows yang membolehkan anda untuk melihat nama pengguna dan password yang disimpan oleh Google Chrome Web browser. Untuk setiap kemasukan kata laluan, maklumat ini dipaparkan: Asal URL, Action URL, User Name Field, Field Password, User Name, Password, dan Waktu menggunakan XML. Anda boleh memilih satu atau lebih item dan kemudian menyimpannya ke dalam text / html / fail atau menyalinnya ke clipboard. Mampu mengembalikan password laman2 web dan memaparkannya.
OperaPassViewOperaPassView adalah program pemulihan password kecil untuk Windows yang mendekripsi file pelayar Web Opera password (wand.dat) dan memaparkan senarai semua password laman web yang disimpan. Anda boleh dengan mudah memilih satu atau lebih password dalam tetingkap OperaPassView, dan salin ke clipboard senarai password dan simpan ke dalam teks / html / csv / file xml. Mampu mengembalikan password laman2 web dan memaparkannya.
WirelessKeyViewWirelessKeyView boleh memaparkan semua kunci (KEY-Password) rangkaian wireless (WEP / WPA) yang disimpan dalam komputer anda melalui servis ‘Wireless Zero Configuration’ Windows XP dan oleh servis ‘AutoConfig WLAN’ Windows 7 dan Windows Vista. Membolehkan anda menyimpan semua kunci (KEY) WEP/WPA wireless ke dalam bentuk teks / fail html / xml. Sesuai bagi mendapatkan kembali key WEP / WPA access point wireless.
Remote Desktop PassViewRemote Desktop PassView adalah utiliti kecil yang memaparkan kata laluan disimpan oleh utiliti Microsoft Remote Desktop Connection dalam fail RDP ..
VNCPassViewVNCPassView adalah program utiliti Windows yang mengembalikan password yang disimpan oleh program VNC. Dapat memaparkan 2 password: password yang disimpan oleh pengguna semasa (HKEY_CURRENT_USER di Registry), dan kata laluan yang disimpan oleh pengguna lain.
PocketAsterisk
RemotePocketAsterisk
Mendapatkan semula password yang disimpan di belakang tanda bintang dalam gajet Pocket PC.
Access PassView v1.12Program utiliti ini memaparkan semula password fail mdb yang di simpan melalui program Microsoft Access 95/97/2000/XP dan Jet Database Engine 3.0/4.0. Sangat berguna sekiranya anda lupa / hilang katalaluan bagi jenis program ini

Nota: proses memecah password memerlukan masa – yang bergantung pada kelajuan pemprosesan data dan kekuatan password yg digunakan. Password yang panjang dan kompleks (mempunyai gabungan abjad huruf, nombor dan simbol) boleh mengambil masa lebih dari sehari bahkan bertahun!
SUMBER

Saturday, May 26, 2012

wedding (gambar sahaja)

assalam. hello hai

pos ke 3 untuk malam ni.. xmau tulis panjang2, just nak pos gambar..
wedding moment.picture.notme.190512

aku gubah sejadah n tuala..hii


this is my sisters


father n son in law

tetiba ramai orang...tetamu datang bawa berkat :)


dua puteri comel...ololoooo


moment..
(aku yg buat ni..silalah percaya)



bila agaknya masaku kan tiba..merenyammm...hoho


Friday, May 25, 2012

akidahmu berharga RM10?

entri ini di kopi tea dari blog http://www.sangpelangi.com . silalah berkunjung ke sana, kau kan temui banyak mutiara berguna.. -"kukagumi beliau, seorang pemuda yang punya visi misi hidup yang sangat tinggi.."
********************
Bas masih terus hidup, bergetar setempat seiring deruman enjin. Sudah hampir satu jam, ia masih belum bergerak dari terminal. Beginilah senario bas di tanah airku. Kononnya dari kaunter terjerit-jerit, “KL sekarang! KL sekarang!” Sedangkan bas baru tiba dan kau perlu tunggu hingga kesemua tempat duduk dipenuhkan.
Aku dapat tempat duduk berkembar pada barisan kedua dari belakang. Tiada berteman. Mujur ada sahabat setiaku, encik buku bernama ‘Cinta di Rumah Hassan al-Banna’, biarpun entah berapa kali aku mengkhatamnya. Saiz kompak, isi yang padat, beri kelebihan buat sang pengembara sepertiku.
Sekonyong-konyong, muncul seorang lelaki berjambang masuk ke dalam. Dari jauh di pintu depan, boleh kuagak dia ini dari Pakistan jika dinilai dari pakaian jubah tradisionalnya. Keningnya berkerut, mulutnya memunjung. Jelas, di wajahnya penuh kecamuk. Lelaki itu terus berjalan ke barisan belakang sekali dan duduk di kerusi tunggal.
Selang beberapa saat, masuk seorang jejaka dengan beg kantung di sisinya sentiasa. Pastinya dia ini pengutip wang tiket dari caranya berjalan laju dan tangannya yang menggendong buku tiket. Dia berjalan ke arah lelaki Pakistan tadi dan meminta ongkos tiket yang diperlukan. Tidak semena-mena Lelaki Tiket itu bersuara,
Aik? Mana lagi 10 ringgit? Tak cukup…
Suara Lelaki Tiket makin meninggi, amat tidak menyenangkan. Lelaki Pakistan lembut menjawab,
Tadi saya tanya awak di kaunter, 22 ringgit – KL, boleh? Awak kata boleh?
Lagak Lelaki Tiket makin membakar. Matanya mula kemerah-merahan. Dengan jari telunjuk yang menggigil-gigil, ditudingnya pada bahu lelaki Pakistan itu.
Mana ada pergi KL tiket 22 ringgit? Tanya mana-mana kaunter pun, semua letak 30 ringgit. Harga tiket bas ini 32 ringgit. Ah, bagi sini 10 ringgit.
- Saya tak cukup duit ringgit. Kena tukar di money changer. Saya bayar di KL boleh?

tanyalah, xkena marah:)

Powered By Blogger

meh menabung