Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Saturday, June 2, 2012

konfiden itu perlu, kan?

selasa lalu, dalam dewan kuliah sederhana, malam waktu kelas bisnes.

toink. bunyi mesej masuk. (oke tipu, bukan camtu bunyi mesej aku).
inbox di buka. owh mesej dari timbalan exco xxx aku..

" salam. untuk makluman sahabat xxx, kita dijemput untuk menyertai program Bakti Siswa perdana USIM bersama masyarakat orang asli di kg api larat, pekan pahang pada 30mei-7jun ni. sapa yang berminat sila respond dengan segera. sebelum pukul 12tghmalam ini. terhad kepada 2 penyertaan bg shbt setiap exco. tq. ASAP."

 hurm... pikir dulu.. oke..kubalas,

" wslm. sori xleh join. ada program bahasa lepas exam. em nak tanya yang pasal report bla bla bla ....(seterusnya xde kena mengena ngan entri ini....)"

setel disitu. hati teringin nak pergi tapi ada tanggungjawab lain kan, utamakan yang wajib dulu.

********************

ada kepelikan x dengan frasa jawapan aku diatas? mari teruskan bacaan anda...

********************

esoknya, rabu, di dalam bilik.. tengahari itu, bosan xtau nak buat apa, belek2 la mesej dalam hp.. rase nak baca balik mesej semalam.............. OMG!!!

30mei-7jun. means, 30mei mksdnya hari ni lah, rabu. patut la nak suh reply as soon as posible.... yang aku terbayang dalam kepala, tarikh tu sama dengan 30 bulan 6 sampai 7 julai... waktu tu dengar cerita ada program bahasa ELSP@ALSP. waktu tu jugak ak ada daftar nama untuk program bawah pusat kbudayaan, juga dekat pahang. sebab tu aku ckp xleh nak join, ada prog bahasa.

KONFIDEN. sedar saja kesilapan aku, ketawa sorang dahhhh.....mesti dia pelik, dah la aku jawab pas exam... adoiiii maluuu. nampak gaya aku kena masuk kelas mengenal bulan nampak gaye..... hik3.

kesimpulan: jangan konfident sangat k. tapi confident@berkeyakinan itu sangat perlu untuk waktu2 tertentu. seperti? masa cari penunjuk jalan, sedang akhirnya jalan mati kau bawa... heh..


Saturday, April 21, 2012

dalam kesulitan ada kemanisan

kepenatan..banyak kerja tertangguh..ohh sangat serabut!

keluhan demi keluhan. rungutan. ungkitan. ibarat wabak yang tidak dapat dikawal. lemah.

dan tiba-tiba, datang bisikan halus. lembut menyapa gegendang telinga, meresap perlahan ke sudut hati.


kesibukanmu, kepenatanmu, ketidakadilan, ketenangan yang dirampas..... oh cuba kau hitung, masa lalumu yang xkan datang kembali, berapa banyak pembaziran berlaku? ibarat paip bocor yang tidak dapat ditutup, menderu keluar.. arghh sangat membazir! kini kau hadapi satu saat sulit. segala-galanya perlukan pengorbanan- masa tidurmu, masa rehatmu, masa-masa kau bersenang-lenang- payahkan untuk korbankan itu semua? namun harus kau lakukan.. sabarlah, masa2 sulit itu pantas kan berlalu, sederas air hujan yang mencurah... hadapi sahaja dengan tenang, ikhlaskan dalam perbuatan, senyumlah pada ujian, - mungkin ibrah masa lalumu.. memang memenatkan, namun andai kau hitung, berapa sangatlah masa sukar ini yang kau hadapi..bandingkan ganjaran yang kau akan dapat dariNya, atas kesabaran dan keredhaanMu menghadapi kerenah2 mereka2 yang sememangnya tidak sempurna, kerana mereka juga manusia.. 

okey, sudahlah. banyak lagi tuntutan kerja menantimu. jangan masa kau terbazir lagi :)


qalamqalbi: owh xsangka harini aku buat balik benda yang aku dah tinggalkan hampir setahun.. dan akhirnya janji itu kumungkiri, namun azamku, moga panduan syariat mengawalku...utamakan yg utama.

tanyalah, xkena marah:)

Powered By Blogger

meh menabung