Saturday, May 12, 2012

perubatan Islam, ashraf muslim, diana amir



ASSALAMUALAIKUM

HELLO
ANIYOO
HAI BONJOUR

hiikhikhik... nak tanya khabar anda2 sekalian je, dah merapu.. sihat2 semua? alhamdulillah.. syukurlah, walau diuji, terima saja dengan berlapang dada.. setakat mana sangatlah kesulitan yang kita dapat bandingkan dengan nikmat hidup dan kesenangan yang kita hirup tiap2 masa, kan? fikir dan ingat kata2 ni andai anda rasa terbeban dengan ujian hidup...

oke sekarang meh tengok gambar kat bawah ni..


:
:
:
:
:


yes, esok! saya dah daftar.....haip! jangan fikir saya pergi sebab ada diaaa..... oh no, dia suami orang...hahaa

tiada sebab lain, fokus aku hanya mahu menuntut menambah ilmu tentang perubatan Islam sahaja. memang sedari dulu aku memang minat ngan dunia makhluk halus ni.. owh jangan fikir lain, minat aku ingin belajar cara menentang mereka saja.. mungkin sebab banyak sangat dah pengalaman hidup aku berdepan dengan mereka2 yang dikacau oleh golongan laknat ni, dan aku hanya mampu memandang, tolong sikit2 (tolong tengok n pegang) saat kekacauan. jadi apa salahnya aku belajar sikit2 ilmu ni.. kalau xpas nak tolong orang lain, tolong untuk diri sendiri n yang terdekat pun, jadi la.... haii tinggi impian..




teringat aku, masa tingkatan satu, (masa tu aku duduk asrama dah), ada student histeria kt surau, time tu dah lewat sangat dalam kul 11 mlm, lepas ustaz datang, semua kena bersurai..tinggal beberapa orang je yang pegang budak tu n ustaz. disebabkan aku ni baru budak kecik, so kena blah juga la dari surau tu.. n disebabkan aku minat n berani n teruja nak tengok camna ustaz tu berubat, aku pun mengintai la dari luar surau tu.. seingat aku, aku sorang je kat luar tu.. dah la lampu surau tu malap2 je... dan aku nampak la camne ustaz tu raawat budak tu...ishhh seram lak nak cerita huhu... moralnya, aku pun xsangka aku seberani tu p skodeng.. buatnya kena jerkah, hah xnaya... dan banyak lagi kes (normal la pelajar asram kan), aku antara orang yang xkan lari bila xdihalau keluar kalau ada yang terkena... entahla, bagi aku, xperlu takut dengan MEREKA.. mereka juga makhluk DIA.. dan tu salah satu cara kita tingkatkan keimanan kita ada DIA, percaya hanya pada Maha Esa...

ehh aku dah terlajak jauh.. undur balik, oke xdinafikan sedikit teruja untuk jumpa dengan ashraf muslim n diana amir.. masing2 ada aura kan? uweks, kata korang...hak3 ..AM, aku mengagumi perubahan hidup dia, dari seorang artis yang..aishh fhm2 la hidup artis ni..dan dia berubah, yang mengkagumkan aku, kemampuan dia jadi pengamal perubatan Islam.., bukan calang2 orang ada kebolehan tu.. kau ada? hak3.. dan aku pun ada terbaca, yang klinik dia pun penuh je orang... tapi yang aku xberapa nak berkenam, caj yang dia kenakan utk setiap orang yang nak berubat ngan dia tu.. dulu sorang, setiap kali appoint, RM**! sekarang aku xtahu.. rm** tu, suku disumbang utk pembinaan madrasah@surau@bgunan pa ntah, aku xingat.. n utk kos pejabat dll sebab tmpat dia berubat tu macam tmpat formal jugak la, siap ad pkerja bla3... wah3 suka hati aku je kate ye... oke2 maaf... aku cuma nak bersangka baik... tutup kes. tapi aku tabik dengan ustaz Haron Din, ayat dia yang aku ingat sampai sekarang, " kalau saya nak kaya, dah lama saya caj sape yang berubat ngan saya.." dan aku teringat ustaz syifa kt kawasan mukim aku.. bersih sungguh raut muka beliau, putih, jernih, tenang... wajah beliau dipalingkan ke arah lain tatkala wang ingin dihulur/diletak, ( ada bekas disediakan, mungkin kerana sudah arif dengan tabiat orang Islam yang sifatnya sangat pemurah!).. pengajaran, hulurlah berapa yang termampu.. jangan dibebankan pesakitmu kerana mereka sedang diuji, lantas jangan kau tambahkan lagi dengan beban kewangan....

kan dah kata, kalau aku menulis, berjela2 la jawabnya.. ingatkan nak pos gambar n tulis sikit2, tapi terpanjang juga.. baik, sebelum jadi artikel, baik aku stop sini.. ehh jap, nak gtau jugak, diana amir sangat cantik bila bertudung.. dulu.... mashaallah! tu la orang kata, hidayah Allah xterjangkau... jangan mendabik dada mengatakan kita lah yang paling beriman, sudah sempurna, tiada dosa, kerana manusia boleh dibolak balikkan iman mereka... ya Allah, semoga kau sentiasa tetapkan hati kami dalam iman!...

maaf andai karangan ni ada yang mengguris hati sesiapa. jumpa di lain entri :)

p/s: mnggu ni mungkin mggu las aku bz..lepas khamis ni, im free... hehe.. xsabar nak balik kampung.. 1 week to goes............

No comments:

tanyalah, xkena marah:)

Powered By Blogger

meh menabung