malam yang hening.. termenung si gadis pada indah terangnya langit malam. menikmati. perlahan di hembus nafas, seakan sendu menghimpit. si gadis tersenyum. mungkin fikirannya tenang diketika itu. "alhamdulillah. segala puji bagimu Allah yang memanjangkan lagi usiaku. genap umurku 22 tahun. andai dihitung, sikitnya amal hasanahku. menimbunnya catatan kiriku. tak terungkap betapa aku manusia pendosa. hipokrit pada kehidupan..."
sang gadis terus merintih. sekejap dilihat tersenyum, sepintas jua terlihat ada manik jernih gugur. posisi diri berganjak. mata menghala tasik yang samar2 di pandangan dek kelam malam. hari ini, genap 3 tahun, 3 kali peringatan ulang tahun kelahirannya di fb, di offkan. makanya tiadalah coretan2 selamat ulang tahun yang diterima sepertimana kebiasaan yang muncul pada tarikh2 penting sahabat fb yang lain. sungguh itu memang matlamatnya. menilai ingatan, mengukur setia sahabat pada hari bersejarah.. dan seperti juga tahun sebelum, sepi sahaja dinding fb nya hari itu. sememangnya dia tidak kisah, ambil peduli jauh sekali. dan seperti yang dijangka, hanya beberapa mesej ucapan di handphone, di terima.. juga panggilan dari sahabat tercinta... di balas satu persatu, dijawab dengan ceria... dan malam indah berlalu begitu...
penat melayan perasaan, diri direbahkan di atas katil...malamnya tido si gadis ditemani mimpi indah...berkahwin dengan anak raja dan akhirnya menjadi permaisuri di istana kayangan...........dannnn.....
kehkehkeh..........habis layan ye korang baca? hahaa... cerita di atas, terpulang mahu percaya atau tidakk...kui3..
motif post aku? ingin kunyatakan disini, AKU BUKAN SEORANG YANG SANGAT RAJIN MENGEWISH HARI LAHIR KORANG SEMUA, SHBT2 FB YANG AKU KENAL ATAU TIDAK. hatta yg aku boleh dikatakan kamceng@baik sikit pun, aku malas nak taip kt wall tu even just dua pkataan, "HB".... walaupun noti dah keluar dpn mata... arghhh malas2!!! sebab tu aku tak kisah bila birthday aku tidak diingati oleh ramai manusia....dan hanya mereka yang aku rasa diorang ada berjasa dengan aku atau mereka ni spesel kes je yg beruntung dapat wish aku... sape? andai ada antara kalian yang terbaca di sini, ketahuilah aku amat menyayangimu..sebab itu dapat wish dari aku.... agagagaaa jgn terperasan la semua... sorang dua tu, mungkin sebab mereka pernah berjasa dalam hidup aku...bawa aku faham makna dan perasaan hidup, dan aku harus berterima kasih pada kenangan lalu...mahal harganya, walau sekarang entah apa nilainya.....euwww aku xtau apa dah merepek tgh malam ni....ha, birthday kakak2 aku pun, aku peram wish tu sampai diorg mesej aku utk wish kt aku, baru ak wish balik...(sebb 2 org kkk aku sama bulan ngan aku..) haa teruk...teruk..
its all about journey. 16.10.90
sebuah universiti kehidupan.. jadi terima kasih pada insan2 yang pernah singgah dalam kotak fikiran aku.. sahabat2 baikku yang kalau aku sebut sorang, memang xtido malam aku.. ha, meh aku mention budak uia ni, wan asma n shafiqah. susah payah call aku tgh malam semata2 nak wish kt aku.. tacing weh, sebab nak harap diorg tepon hari2 biasa, hampehh!!.. hehehe...
aku dah umur 22 tahun. kalau cakap soal ilmu, dah 16tahun aku jadi penggali ilmu, sejak tadika... cakap soal jodoh, orang tua2 cakap, diorang dulu dah beranak 2,3 orang..hamekk kau! kih3... dan kalau cakap pasal tanggungjawab, akulah manusia paling hina. sedar diri pada kenyataan hidup.. aku bukan manusia sempurna, masih bertatih menggali ilmu, merangkak menyebar pengetahuan.. ada masa aku rebah, jatuh. perit. makin banyak yang ku dapat, makin berat bebanan yang harus kupikul. amanah yang harus ku laksana, siapa yang akan menjawab kelak? jadinya, aku bersimpuh padaMu ya Rabbi, mohon Kau tetapkan aku diatas jalanMu... jauhkan aku dari segala sifat2 buruk si pendosa.. dekatkan syurga padaku, jauhkan azab nerakaMu.. aku mohon kebaikan bukan hanya untuk diriku, bahkan untuk keluargaku, sahabat2 dan seluruh
umat Islam...
malam bukan makin panjang...lalu pena harus dilabuhkan. kalam akhirku, izinkanku menitip kata :
buatmu yang mengerti;
saat debu putih berterbangan,
dikelilingi si pari keriangan,
kala itu hati kebasahan,
senyum pada satu kenangan,
yg xkan padam selamanya...
pertama kali, mungkin terakhir...
malam itu aku menjadi ratu...
terima kasih!
161020102330
wahaidiri : sedarlah, satu hari kau kan ditanya, apa yang kau buat dengan nikmat usiamu?.........
No comments:
Post a Comment