assalamualaikum w.b.t
lama rasanya tidak mengarang. hampir dua minggu kan? entah aku pun xtahu apa yang di busykan sangat. tapi yang pasti hampir stiap hari masaku banyak di habiskan di fakulti. petang jam 6 baru balik hostel. letih jangan cerita. adat jadi pelajar kan.
sebenarnya, 3minggu di sini, baru minggu ni aku berpeluang merasai suasana hujung minggu dalam bilik. tu pun hari ni je, semalam dah seharian di pavilion. ada sukan fakulti. aku main apa ye? heh malas aku nak cerita. yang penting fakulti aku, FPQS naib johan untuk game ni. huhuu.
PROGRAM KOMPETENSI MUTAWIF.
dua minggu lepas, semua finalis YMLF kena pergi kursus mutawif haji. MUTAWIF? apa tu? ringkasnya, mutawif adalah pembimbing, pembantu, pengajar, tour guide kepada jemaah2 haji@umrah di tanah suci. dan kami diwajibkan hadir ke kursus ni. apa benefitnya? jika lulus ujian, dapat sijil. dengan sijil tu melayakkan anda minta kerja sebagai mutawif. tapi kena pergi umrah@haji dulu la. tapi menurut seorang penceramah, xsemestinya kena buat haji@umrah dulu baru bole jadi mutawif. semuanya bergantung pada rezki dan strategi anda.
cop cop cop. sebelum tu, untuk reader bukan USIM, mesti tertanya2 apekebenda la yang aku duk sebut2 YMLF. ya, satu kalimah yang buat aku stress dan aku terus down jatuh ke tahap rendah diri yang teramat. Young Muslim Leader of the Future. meh aku terjemah. PEMIMPIN MUDA ISLAM DI MASA HADAPAN. stress tak anda yang sedang baca ni? tak? memang la tak sebab bukan kalian yang mengalaminya. maksud aku, bukan di beri gelaran itu. dan sebenarnya aku bukan bakal ymlf pun. cumanya aku antara yang terpilih ke peringkat saringan, 60 orang semua sekali, budak tahun dua. ini merupakan program besar cetusan naib canselor USIM, lantaran melihat kekalutan dan kedasyatan yang terjadi terhadap pemimpin2 islam dunia yang sedang dan telah mengalami pelbagai krisis. jadinya harapan beliau adalah untuk melahirkan bakal pemimpin yang mempunya ciri2 kepimpinan muslim seperti Rasulullah. nah, sekarang fahamkan kalian kenapa aku tidak gembira? weyh, berat tanggungjawab tuh. kalau fikir kesedapan dan keseronokan boleh pergi luar negara, jumpa orang2 besar, ditaja lak tu, memang semua orang akan cakap, wah untunglah kau... hakikatnya......sendiri faham lah. aku bukan siapa2...(arghh meter confident di tahap low....) bole tekan sini untuk lebih penjelasan.
haa aku nak sambung balik pasal mutawif tu. SERONOK. tu yang aku rasa sepanjang program. bila hati dah diikhlaskan niat untuk menggali ilmu, mengutip pengalaman, maka natijahnya sangat manis. bersama sahabat2 ymlf lain, masa berlalu xterasa. dua kali hujung minggu yang terpaksa dikorbankan. awalnya merungut juga, tapi yelah, xkenal maka xcinta. sepanjang kursus, seronok mendengar cerita2 dan pengalaman mereka di tanah suci. ilmu2 perubatan, kaunseling, komunikasi, integriti turut diselitkan. bila slot terakhir dengan mutawif sendiri merangkap sekarang dah jadi orang kuat tabung haji, wahh aku terasa semangat pulak. nak tukar profesion jadi mutawif larh! mummy, daddy, can i?? huhuhu
ya Allah, sampaikan hajatku dan hajat ayah ibuku, kami sekeluarga untuk sampai ke tanah suciMU.. ameenn
owh lupa bagitahu, saringan YMLF resultnya belum keluar. kalau nak tahu la, dari 60 orang, hanya 40 yang layak. aishh belum layak lagi. temuduga dulu la boh. lepas temuduga, hanya 30 sahaja yang betul2 akan di train. aku memang dah xkonfident la dapat. tapi aku dah memang sangat2 bersyukur layak jadi finalis dari 660 yang memohon awal2 dulu. sepanjang kem saringan yang di buat dekat kem BTN maran phang, banyak sungguh ilmu kepimpinan aku dapat. lebih kepada self confident dan integriti.cukuplah aku rasa. sememangnya aku tidak pernah bercita2 untuk jadi leader of the future sebab aku lebih kepada entrepreneurship. hahaa ye ke? masa hadapan, bukan kita tentukan. manusia boleh merancang tapi Allah sebaik2 perancang. cukuplah kalian doakan aku jadi insan berguna untuk ummah.so, tunggu dan lihat je la k.
bawah ni aku sertakan gambar2 berkaitan. credit untuk tuan punya gambar. minta halal ye :)
"setiap dari kamu adalah pemimpin..."
semasa penutup kem saringan YMLF di maran, pahang.
bakal2 mutawif berintegriti tinggi..insyaAllah..
No comments:
Post a Comment