entri ini ditulis bukan untuk dibaca oleh kalian. sekadar meluah rasa hatiku pada maya. usah dipedulikan pada tiap coretan ini.
semalam, selepas isya' aku bergegas ke hospital besar terengganu. HSNZ. mendengar khabar sahabat baikku keseorangan di wad tanpa ditemani ahli keluarga, hatiku kacau. ini peluang aku untuk berbakti pada seorang sahabat. lagipun aku sudah lama tidak ketemu beliau, hendak pergi beraya pun tidak sempat....
(arghhhh aku benci menulis dengan ayat skema melayu tulen! caca marba jadi)
hujan renyai2 aku redah dengan adikku menaiki motosikal. terima kasih untuk beliau. memang seorang adik yang patuh pada suruhan kakaknya. appreciate (hehe aku pasti beliau membaca coretan ini. tQ my lil bro. ur my penyelamat setiap ketika aku memerlukan...cepat2 la buat lesen kete plak, lagi senang aku nak jalan..hak3)..
sampai hospital, melepasi kawalan guard dengan alasan aku sepupu beliau yang nak temankan beliau malam ni, n tatkala diminta pas, aku jawab ada di atas.. dia tengah blur2, aku redah masuk jer..haha.. dan malam itu kami berbual, bercerita, bergosip blablabla..ye la lama dah tak jumpa kan, banyak la modalnyer.. dan malam itu pertama kalinya aku tidur atas katil hospital sebab katil sebelah tiada olang.. dan tengah malam mimpi mengarut2, pejam mata rapat2..keh3 penakut rupanya..ambil ma'thurat tepi katil, lenalah kembali tidurku...
pagi esoknya, aku kena balik sebab adik aku nak amik barang dia yang ada dengan aku. dia nak pergi kelantan pagi tu.dan aku pun kena balik, mandi2 dulu kan..dan sahabatku itu, kutinggalkan dengan rasa berbelah hati. sayu. merasakan aku tidak mampu kembali secepat mungkin untuk temani beliau ke bilik bedah tengahari nanti.. keseorangan lagi beliau sementara menunggu ahli keluarga sampai... lalu langkah di atur, perlahan meninggalkan dia...
hurmmm..xtau motif apa aku menulis malam2 ni..yang pasti aku baru dapat mesej dari adik beliau..mengatakan segalanya ok dan dia sedang tidur. alhamdulillah.. cuma, aku terkilan sebab malam ini bukan aku yang temankan dia, her mom. betulla kan. tapi aku sedih la, bukan selalu aku bole jumpa dia..jaga dia..xpe2, harap2 esok aku ada la masa n ada orang bole hantar aku pergi kat dia..
buat sahabatku,
semoga bertabah, sayang.. senyumanmu kelegaan insan2 yang menyayangimu..hari ini, kamu diuji. esok2 mana tahu aku.dia.mereka pula..syukur engkau dikelilingi ramai insan yang menyayangimu.. kinah, teringin dia nak teman awak malam ni bila saya cakap yang semalam saya teman awak..tapi, ada halangan..dan syukur ummi ad disisi awak malam ni..
entah, xtau kenapa jadi emo. mungkin sebab dia sahabat aku yang paling menyenangkan hati aku. paling aku rapat. jadi biarlah aku cerita pada dunia. agar satu hari nanti aku tak lupa pada kenangan kami. susah senang biar bersama.
10 tahun kami kenal, aku hanya minta, Rabbi, lindungi dia. sayangi dia. kasihi dia. temukan kami di jannahMu. amin,..
syukur, aku juga dikelilingi ramai sahabat lain yang syg aku. buat semua sahabat boya ku. thanks u all! kalian semua my BFF.. till jannah.. amin.
No comments:
Post a Comment