29 Jun
7.30 pagi sudah terpacak bawah blok, menunggu
ketibaan prebet untuk di bawa ke stesen KTM. Bersama 9 sahabat yang lain, kami
bersedia untuk memulakan satu misi. Yeah pelajar USIM boleh! Program bawah KPT
, seliaan universiti, namun disuruh ke destinasi dengan sendiri.. ibarat
terbuang, owh bahagialah kami memulakan pengembaraan, …dan perjalanan bermula..
Dari USIM ke KTM nilai, terus ke KL sentral,
kemudian naik monorel terus ke chow kit..menapak dengan beg baju yang berat
berganding dengan beg laptop yang “ringan”, berjalan kaki ke hotel
brisdale…sekitar jam 11 am, 3 jam baru sampai destinasi.. xapalah, pengalaman itu penting kan.. bila
lagi aku boleh belajar naik monorel.. hahaha sila jangan ketawa kan rusa masuk kampung..
sampai saja terus diberi godies, beg+baju+tag+buku+pen.. makan? Yes, kami
lambat..xsempat nak makan, “bas sedang menunggu..cepat sikit yer, kita dah
lambat ke PWTC..” alahai lapor perut den..dari pagi minum air masak je.
Mujur ada bas UIA untuk kami menumpang ke
sana..kalau x, arghh kesian kesian...anak sapo ni..hai..
PWTC. Baru aku tahu, rupanya ada Karnival
Kerjaya & Keusahawan Graduan 2012, yang ke 3, anjuran kementerian pengajian
tinggi dengan majlis keusahawanan siswa universiti malaysia (MAKMUM). Dulu aku hanya tahu MASUM, MAKUM.. MAKMUM pun ada
rupanya..IMAM xde plak yer?
Karnival ni
bagus untuk mereka2 yang tengah cari kerja n graduan, macam aku..erkk? (ya
hajat hati aku nak berhenti belajar n kerja).. tapi hajat hati xkan dapat
dicapai jika sekadar berhajat. Ok. Banyak sangat2 agensi awam n swasta yang
terlibat, tapi sayang xsempat nak jelajah semua... Les Kopak je yang kami
terserempak dan apalagi, nama multimedia, sibuk la budak2 ni duk jelajah ruang
pameran diorang.. eh lupa nak ckp, 7 dari 10 kami, dari pelajar QM. Untuk
program ni, semua u hantar wakil diorang..
Sampai sana kami di bawa ke tempat ceramah
Helmi Gimmick. Kenal? Aku pun xkenal sangat, tapi macam pernah dengar nama tu..
pelakon pelawak rupanya. Sekarang dah jadi usahawan berjaya. tu sebab dia dijemput bagi ceramah, ceramah
usahawan. Kitorang yang lambat, lantai je la tempat duduk.. lalu bersimpuh la
kami sambil mendengar ceramah beliau yang terlebih semangat.. last skali, siap
dapat kad bisnes beliau. Owh rupanya pejabatnya kat nilai je..so sape2 yang
berminat nak guna khidmat beliau, bole minta kad dia ngan saya..heh3
Sebenarnya aku bukan seorang yang rajin sangat
nak tulis cerita panjang lebar.. so, pendekkan lah.
Lepas zohor,
majlis perasmian pembukaan K3G.. ingatkan PM Najib yang datang sebab
dalam tentatif, beliau lah..YB khaled Nordin rupanya... baru ingat nak jumpa
pemimpin negara yang ku sayangi, yang dengar khabar sangat wasatiyyah
orangnya.. hai xde rezeki namanya.. dan sekali lagi, aku dan sebahagian,
bersimpuh di belakang.. kerusi xcukup.. “maaf dik, ni tempat media...” huhh!!
Lepas tu, jeng jeng jeng......
Sesi talk dengan Khairi jamaludin, dan 2 orang
dari ar-rajhi bank dan tune talk.. orang besar diorang... tapi aku xmau sentuh
sal diorang..aku nak cerita sal khairy..kenal ke sape dia? Uih kalo xkenal
konfem korang buta politik. Buta isu semasa. Buta xcelik2. Menantu pak lah. Apa yang aku nak cakap,
KAGUM! AWESOME! HENSEM, ehh??..hahaa.. xdinafikan cara dia bercakap, melontar
bicara, memang buat orang tertarik..aku je kot.. padan la dia jadi YB.. padan
la dia reti berhujah, debat bagai.. orang bijak katakan. Tapi.... what i want
to say actually, dia memang berbakat dalam............ sila sambung sendiri
berdasarkan hujah2 diatas.
Malam.
Sesi pencairan. Apa tu? Haha ice breaking laa.. satu part yang menarik,
bilamana disuruh bergabung duduk dalam kumpulan berdasarkan anak negeri mana.
Aku dalam delima. Kelantan atau terengganu. Ikutkan aku mahasiswa terengganu,
dah register dah pun.. tapi disebabkan member aku yang duduk tepi aku tu,
kelantan, so aku decide jadi anak kelantan... so emmang xpasal2 la aku curang
pada negeriku.. wait, eh aku memang anak kelantan.. tapi... haihh pedulikan.
30 jun
Hari ini dalam sejarah. Ini sebenarnya motif
aku nak update blog, nak cerita tentang hari ini. Tapi dah terberi mukadimah
panjang lebar kat atas, so maafkan aku la..
Aktiviti hari ini. Kembara usahawan. Setiap
universiti diberi produk untuk dijual. Beg, minyak wangi, tudung 3 tone.
Pelbagai strategi dirancang nutk mencepatkan penghabisan stok. Waktu berlepas,
9 am dan dikehendaki pulang sebelum 6pm. Silalah jual barang2 tersebut sekitar
KL atau mana2 yang kamu suka. Perkara yang aku xpernah terjangkau dalam hidup
akan buat benda camni.. dulu kat unisza, ada la kena jual jugak, tapi hanya
satu beg dan dan satu baju, tu pun dalam kawasan u sahaja. Tapiii...kata
sepakat dicapai, setelah separuh barang terjual online/network saudara
terdekat, kami sepuluh orang orang berpecah kepada 3 kumpulan.. aku bersama
aisyah dan nadia, memulakan misi.. sekitar
jalan besar yang sibuk, chow kit, misi bermula.. kami beli air mineral
dekat mydin (sebab nak tambah jualan), jual kat orang tepi2 tu..
Muka memang xleh nak sorok, malu teramat..
dengan kereta yang xputus2 di jalan besar, terasa setiap saat diperhati, owhh
tebalnya inci muka.. pedulikan. Seorang demi seorang, dengan muka seposen,
bicara dimula. “Encik, kami peserta program usahawan..sekarang ni dalam
pertrandingan dan kami kena jual produk.. so sekarang ni kami jual air mineral,
singgit je encik..belilaaa...minya wangi pun ada......” huk3... melihat wajah
kesian kami, kebanyakan xtolak, terus di ambil air kami.. malah ada yang ambil
3 botol je, tapi bayar rm10, keep the ceng..ada pakcik yang kami tawarkan air,
rupa2nya tokey kedai minuman... selang 2,3 kedai je dari tempat kami
berkeliaran tu... hampeh xbeli..haha
yelah, mana naknya air mineral, sedangkan kat kedai beliau, bergelen2 air.. ada kedai runcit yang kami pergi, konon nak
jual minyak wangi, tapi dia jual murah lagi dari kami bahagi 4 harganya... dan
kesian tengok muka kami, “ambilla air
dalam peti tu, free je..:)” sekotak
sorang kami ambil, dah la time tu, makanan belum masuk dalam perut lagi,
tengahri pulak tu.. rezeki jangan di tolak.
Tebal lagi muka.
Masuk pulak satu kedai karpet, kakak india
tokey ada disitu.. sebetulnya, kami hanya pandang2 sahaja kedai tu, teragak2
nak masuk, then pekerja beliau yang panggil.. tapi lepas tu dia terus lari
masuk stor kot.. pendekkan cerita, kakak tu beli minyak wangi dan air mineral 4
botol...walaupun di tepi meja dia dah ada peti sejuk, siap sorang pekerja dia
tegok air mineral sejuk depan mata kami lagi, agak kureng di situ...katanya,
dia suka student yang ada usaha cari duit sendiri, sebab masa dia susah dulu,
xde orang nak support dia.. betullah, bila seseorang yang berjaya selepas
melalui masa sukar, dia xkan sia2 orang susah.. xpandang sebelah mata mereka
yang memerlukan macam kami,.. erk??
Setelah agak sedikit barang yang tinggal, kami
decide nak kerja restoran dulu sementara
baki masa masih banyak.. satu demi satu restoran kami masuk.. semua respon negatif. Pekerja dah cukup. Xperlu
pekerja lain. Bos tiada. Bos tada. Bos tada. Keciwa. Apa yang kami buat lepas
tu? Keputusan diambil.. meh kita naik monorel, pergi tempat yang paling dekat
sebab nak jimat kos. Titiwangsa jadi pilihan. Jumpa surau, solat dulu. Dan misi
mencari kerja diteruskan. Satu persatu kedai kami lewati. Hampa lagi.. last
skali, Alhamdulillah.. Allah dengar doa kami yang nak kerja ni,..
kedai mamak. Alamak lupa nama apa kedai tu..
kebetulan bos dia ada kat situ.. lepas je kami cakap tujuan kami, terus YES untuk kami. Siap buat
pengumuman satu kedai, “ ini student dia datang mahu kutip pengalaman kerja.
Biar dia buat apa2 je.. ha sila2..” lebih kurang macam tu la ayat dia.. apa
lagi, simpan beg, terus ke dapur. Aku tolong kerat sayur, nadia cuci pinggan,
aishah cuci gelas.. so sweet. Hehe.
Sebenarnya bukan ada kerja sangat pun.. semua dah clear, sikit2 je lagi
yang tinggal..Kat dapur sempat lagi sembang ngan mak cik indon yang jadi tukang
masak situ. Dapat kesedaran, bertuah lah jadi
rakyat malaysia yang cukup segalanya.. jarang merasa susah. Namun xbermakna kita terus leka dengan nikmat
tu kan, mana2 yang xbetul lagi dalam negara ni, perlu di perbetulkan. Contoh,
pengamalan agama dan pemerintah yang berpegang pada syariat, itu lebih utama
sebenarnya.. mana tahu kesenangan dan nikmat yang kita kecapi hari ini adalah
ujian untuk Dia melihat sejauh mana kita leka dengan nikmat yang di beri.
Pahang dok tu? Ayuh, tukar kerajaan! See, aku berpolitik sebentar.
Sambung cerita.
Restoran mamak. Mesti ada yang anti kan? Tapi
aku nak beritahu je ni, restoran yang aku kerja tu, bersih sungguh dapur dia.
Oke tu je. Punya la baik bos tu.. tengah2 kerja di suruh hidang air
kat kami, padahal kerja apalah sangat yang kami buat. Milo ais segelas sorang.
Cukup sejam, di suruh makan. Perut memang lapar la sebab memang tak makan lagi
tengahari. Sambil makan, kami bercerita.
Rupanya bos tu india yang masuk islam. Eh2, dah nama mamak kan? Xkisah la..
tapi sesuatu yang aku tak terjangka.. dalam sembang kami, beliau meluahkan
kisah hidup beliau. Perkahwinan yang tidak bertahan lama. Aku tidak berniat
hendak cerita disini sebab aku pun tak sangka dia rela kongsi dengan kami
sesuatu yang aku sifatkan peribadi sebenarnya. Mungkin tidak tahan menanggung
bebanan ujian. Dan aku dapat lihat ada manik jernih yang bertakung di matanya.
Kami hanya mendengar dan sesekali mencelah. Masa tidak mengizinkan. Jam menghampiri
5pm dan kami kena bergegas pulang dahulu. Tidak sempat kami menghadiahi beliau
kata2 semangat untuknya kerana perbualan kami di interrupt oleh seseorang dan
selepas itu beliau terus ke kaunter.. lastly, kami dapat upah atas kerja kami
untuk sejam. Berapa? Memadai untuk kerja yang xseberapa, tapi lebih dari
sepatutnya seorang pekerja disitu dapat untuk sejam bekerja. Pulang ke hotel dengan selamat dan misi
berjaya.
1 jun
Hari terakhir. Sesi perbentangan setiap
kumpulan (universiti). Aku sudah cuak, manakan tidak kami satu-satunya
universiti yang di wakili oleh semua perempuan. Yang lain campur,
lelaki+perempuan. Jadi kami menyangkakan
dengan kehadiran lelaki dalam kumpulan, satu kelebihan untuk menarik pembeli,
seterusnya jualan dan keuntungan kemungkinan tinggi. Dan aku lagi la nervous,
takut usim paling sedikit dapat untung hasil kembara jualan semalam. Kumpulan
kami yang ke tujuh untuk bentang. Bila dengar satu persatu universiti
membentangkan hasil jualan mereka, aku sudah menarik nafas lega.
Unexpected! Ada universiti yang hanya
mendapat untung rm11. Lain2, ada yang tidak sampai seratus, seratus lebih, dua
ratus, 3oo, dan sekitarnya.. ada jugak yang dapat 600, 700, 900 plus2..paling
tinggi, USM seribu. Kami? Separuh dari seribu. Hehe.. bbaloi la kan.. duit
dapat balik kat kami..alhamdulillah..
3 pm. Kami pulang dengan teksi, sebab dah
dapat tahu duit boleh di kelim balik.. yelah, nak terkejar pergi daftar asrama
untuk LSP lagi, memang xsempat kalau nak menempuh perjalanan panjang seperti
waktu kedatangan kami ke sini. Cukup2 lah sekali je kami berjimat untuk
kewangan usim.
***********************
Sungguh panjang catatan aku kali ini. Tahniah
untuk anda yang membaca hingga ke noktah
akhir. Aku tidak mengharap apa2 dari kalian, cukup andai catatan ini memberi
sedikit faedah untukmu. Kembara usahawanku, menghadiahi sejuta pengalaman. Aku
tidak pernah bekerja sebelum ini,
kembara ini aku merasa kesusahan mencari rezeki. Payahnya. Baru kerja
yang remeh sudah merungut. Banyak
ilmu baru ku dapat. Cita-cita ingin
bergelar usahawan muslim satu hari nanti semakin membara. Doakanku teman, moga
ada harapan dan peluang untukku bermula. Moga langkahku dipermudahkan. Sungguh
tinggi rupanya cita2ku..haha... xpe, rumah yang besar bermula dari tapak yang
kecil.. ehh ada kena mengena k? K bai.
2 comments:
bl dh keje n pegang duit sendiri,bru akn rase betapa berharganya nilai wang..heheheheh...~ur sist ptrjaya
huhu ye doh tu...lambt ehh nk keje...hahaa
Post a Comment