Thursday, April 26, 2012

tips berjaya

MAHU JADI SEORANG YANG BERJAYA? SILA BACA DAN AMALKAN!! oke this tips special 4 me n you

"Tip untuk tidak melengahkan masa & kerja"
Oleh: Irfan Khairi

Beri tekanan kepada diri sendiri!

Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana-mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin, ketua atau leader!

Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama-lamanya.


notime.jpgPemimpin, ketua atau leader melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha, golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi.
Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. Sekiranya anda bekerja, lakukan lebih daripada apa yang anda dibayar.

Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi.

Satu tip untuk melakukan kerja dan tidak melengah-lengahkan masa adalah, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera. Anggap hari esok anda perlu ke outstation dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. Bayangkan dan Tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus pergi outstation, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga.

Saturday, April 21, 2012

dalam kesulitan ada kemanisan

kepenatan..banyak kerja tertangguh..ohh sangat serabut!

keluhan demi keluhan. rungutan. ungkitan. ibarat wabak yang tidak dapat dikawal. lemah.

dan tiba-tiba, datang bisikan halus. lembut menyapa gegendang telinga, meresap perlahan ke sudut hati.


kesibukanmu, kepenatanmu, ketidakadilan, ketenangan yang dirampas..... oh cuba kau hitung, masa lalumu yang xkan datang kembali, berapa banyak pembaziran berlaku? ibarat paip bocor yang tidak dapat ditutup, menderu keluar.. arghh sangat membazir! kini kau hadapi satu saat sulit. segala-galanya perlukan pengorbanan- masa tidurmu, masa rehatmu, masa-masa kau bersenang-lenang- payahkan untuk korbankan itu semua? namun harus kau lakukan.. sabarlah, masa2 sulit itu pantas kan berlalu, sederas air hujan yang mencurah... hadapi sahaja dengan tenang, ikhlaskan dalam perbuatan, senyumlah pada ujian, - mungkin ibrah masa lalumu.. memang memenatkan, namun andai kau hitung, berapa sangatlah masa sukar ini yang kau hadapi..bandingkan ganjaran yang kau akan dapat dariNya, atas kesabaran dan keredhaanMu menghadapi kerenah2 mereka2 yang sememangnya tidak sempurna, kerana mereka juga manusia.. 

okey, sudahlah. banyak lagi tuntutan kerja menantimu. jangan masa kau terbazir lagi :)


qalamqalbi: owh xsangka harini aku buat balik benda yang aku dah tinggalkan hampir setahun.. dan akhirnya janji itu kumungkiri, namun azamku, moga panduan syariat mengawalku...utamakan yg utama.

Wednesday, April 4, 2012

banyak sangat ke kerja sampai xcukup masa? sikit sangat ke masa yang ada??


ADAKAH ANDA SERING MERUNGUT MENGATAKAN BAHAWA ANDA TIDAK CUKUP MASA??? BANYAK KERJA NAK BUAT SAMPAI XCUKUP KAKI TANGAN? PERSOALANNYA BETULKAH MASA YANG ADA TIDAK CUKUPP? MEH BACA KAT BAWAH NI.. AMIK IKTIBAR DAN SELAMAT BERAMAL.....sebab aku pun macam tu jugakk....


Kita sering merasa terburu-buru mengejar masa kerana perlukan masa yang banyak bagi melakukan aktiviti harian. Keadaan ini akan menyebabkan kerja yang kita lakukan menjadi kelam kabut. Post kali ini berkaitan dengan 10 tips pengurusan masa berkesan..

1) Set Matlamat dan strategi

Pastikan apa matlamat kita dalam jangka sama panjang dan pendek. Dengan merancang matlamat tersebut, kita akan tahu apa perlu dicapai dan mengapa perlu kita capai matlamat tersebut bagi memudahkan kita membuat keputusan perkara penting yang perlu diselesaikan.

2) Fokus matlamat .

Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan.

3) Buat Jadual masa.

Bukankah mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan? Set tempoh masa untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa.

4) Utamakan matlamat asal

Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti.

5) Mewujudkan sistem pemfailan

Apabila kita telah merancang sesuatu matlamat penting untuk kita mewujudkan sistem dalam pengurusan masa. Salah satu sistem yang boleh kita wujudkan adalah sistem pemfailan yang teratur, pengurusan maklumat dan komunikasi.

6) Realiti Pengurusan masa kita

Sentiasa renung kembali kepada pencapaian yang kita buat. Sama ada kita melakukan dengan berkualiti atau sebaliknya. Bahagi-bahagikan matlamat yang dicapai dengan matlamat yang belum dicapai boleh memudahkan kita menentukan matlamat mana yang lebih penting.

7) Kerjasama

Apabila melakukan sesuatu projek atau kerja adalah lebih cepat terhasil apabila bekerjasama dengan kumpulan kerja kerana akan lebih menjimatkan masa, boleh memberi motivasi diri, meningkatkan keyakinan dan boleh mengembangkan kemahiran masing-masing

8) Pencapaian Lalu

Lihat kembali pencapaian kejayaan kita yang lalu dalam sesuatu kerja. Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai. Bayangkan kita kerja hari ini kerana kita perlu bercuti pada esok hari.

9) Kehidupan harian

Rancang jadual aktiviti harian juga amat penting kerana kehidupan kita ini adalah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian kita.

10)Selesaikan tugas hari ini

Cuba selesaikan tugas pada hari ini. Jangan bertangguh. Dengan menyelesaikan tugas pada hari ini kita dapat merancang tugas esok pula. Sebelum meninggalkan tempat kerja, kita perlu rancang apa tugas yang perlu kita lakukan pada hari esok. Ini mengelakkan rasa risau tentang tugas yang perlu dilakukan dan bersedia untuk melakukan tugas pada hari esok sebelum balik dari pejabat.

Setiap orang mempunyai bilangan masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Jangan katakan kita tidak mempunyai masa yang cukup kerana dengan pengurusan masa yang bijak memastikan kita boleh bekerja, bersama-sama keluarga serta berehat dan tidur dengan cukup.

Tips Menggunakan Komputer Agar Mata Tidak Rosak


Menatap skrin komputer terlalu lama bukan saja meletihan mata, malah ia juga boleh merosakkan mata. Untuk mengelakkan perkara tersebut tidak terjadi, berikut beberapa cara menggunakan komputer yang tepat.

Menurut sebuah kajian, skrin komputer tidak memancarkan radiasi berbahaya seperti sinar X atau cahaya ultraviolet.

Jadi, keletihan yang biasa terjadi semasa menatap skrin komputer terlalu lama bukan kerana paparan sinar monitor, melainkan oleh faktor lain, seperti yang dikutip dari lifemojo.

Faktor lain tersebut adalah pencahayaan yang buruk, posisi komputer atau barang lain yang tidak betul. Ketegangan yang berlebihan pada mata atau yang biasa disebut Computer Vision Syndrome dapat mengakibatkan mata gatal atau terasa terbakar, penglihatan kabur serta sakit kepala.

Beberapa langkah yang boleh kita lakukan untuk melindungi mata dari keletihan dan ketegangan. Perkara yang paling utama dan harus dilakukan adalah pengaturan posisi komputer dan pencahayaan. (Ergonomik)

1. Jauhkan komputer kurang lebih 20-30 inci atau lebih kurang sepanjang lengan dari mata anda. Usahakan agar monitor sejajar dengan arah pandang mata anda.

2. Sengetkan skrin monitor ke belakang sebanyak 19 hingga 20 darjat. Ini berguna untuk mendapatkan jarak pandang yang optimal.

3. Atur cahaya monitor agar tidak terlalu silau atau terlalu redup. Jika cahaya terlalu terang, gunakan filter atau pelindung anti-silau. Jangan lupa untuk mengatur brightness untuk mendapatkan kontras yang tepat antara huruf dan latar belakang. Jika melihat adanya flicker pada skrin komputer, sebaiknya monitor diganti segera.

4. Jika terpaksa membaca dokumen yang panjang atau menggunakan komputer dalam waktu yang lama, cubalah untuk menggunakan skrin komputer serta ukuran huruf yang lebih besar. Ada baiknya menggunakan skrin komputer LCD kerana lebih boleh diterima dengan baik oleh mata.

5. Gunakan kerusi yang dapat di’adjust’ rendah-tinggi dan ada penyandar. Selain itu, gunakan juga meja yang stabil dan tidak mudah goyang. SUMBER SINI

>>>>>> lagi satu petua nak cerahkan mata, silalah banyakkan memakan lobak mentah yer.. sangat bagus untuk kesihatan mata n untuk mengurangkan power spek anda yang tebal tuh...insyaallah.. sebagai student multimedia yang banyak menghabiskan masa lapang didepan laptop (ye dop?), mata itu penting untuk dijaga.. rimas owh pakai spek... owhh ku tak mahu bermata empat........ oke petua ni sangat senang untuk diamalkan, dan harga sebatang carrot yang besar n keoren-orenan tu, dekat pasar malam hanya 70sen sebiji.. hihii

NOTA KAKITANGAN : terima kasih untuk yang menegur text yang aku tulis kat tepi tu, sepatutnya subjek pengantar grafik laman web, BUKAN sistem pengurusan pangkalan data multimedia... owhhh faiil sungguh aku,konfident je tlis... mujur madam xsempat baca... ke dia dah potong awal2 markah aku? huhuhuu ampun cikguuu..

tanyalah, xkena marah:)

Powered By Blogger

meh menabung