day 1. 20/10/2014
12pm kami begerak ke KLIA2 dari kolej kediaman 1. bas menunggu se awal 11.30am. bagus betul pak cik tu..
dalam bas. muka excited dah sume :) |
dalam bas. muka excited dah sume :) |
Allahurabbi...sesak nafas aku.. Berdenyut kepala fikirkan hal itu. Terawih aku tidak tenang. Payah utk fokus walau sesaat. Tidurku, pejamnya tidak mahu. Hanya selepas ku alun kalimah tasbih, baru tertutup tanpa sedar... Bangunnya terigau2 mimpi semalam. Aduhh semuanya kerana itu.
Aku nak menjerit...sekuat hati...lepaskan segalanya...tapi........ Oh pantai..kenapa jauh sangat...besnya kalau keluar je rumah, mengadap laut. Ibarat scene dalam novel @ movie...
Aku harap aku dapat ketenangan itu walau seminit. Tenang menempuh ramadhan tanpa perlu memikir kemungkinan itu ini.. Tapi...mungkin hanya angan..
Selagi mana tidak langsai hutang amanahku....hiduplah aku begini. Allahurabbi. Engkau Maha Mengetahui. Maha mendengar. Ampunkan aku.
manusia..kadang perlu di cabar.. Perlu di tekan.. Supaya nanti hasilnya membuah senyuman. Tapi jangan melampau garisan. Melebihi sempadan. Kelak ada hati terguris lantas terbakar. Padahnya pada si penggerak. Bahaya.
Saat aku menulis coretan akhir itu, aku sedar akan ada hati yang akan terasa. Siapa, aku pun tak tau. Kerana saat aku sedang menaip, aku seakan menyindir diri sendiri. Sedang mengingatkan pada payahnya sesuatu tugasan dan amanah yg dipikul. Lantas kuimbang coretan itu dengan sebuah senyuman. Harapan pada diri. Pada mereka. Kalau betul, mohon terasa. Kalau salah, kamu hebat! Kerana antara kita semua, tiada yang lepas tangan. Hebatnya kita kerana satu hati. Bergerak atas satu semangat.
Ya, sedari dulu aku sendiri kagum! Kagum pada kalian. Pada diri sendiri. Entah mana datangnya semangat satu hati .. Kukira sudah 4 semester kan kita istiqamah dengan solat hajat bersama, studi bersama, buat program itu ini. Asal saja ada tangan yg mengangkat, setuju mengepalai, terus jadi. Asal saja ada mulut yg bersuara, terus jalan.
Sesekali ada juga badai yang menghempas. Ombak yang memukul. Tapi ajaibnya kita tetap teguh. Sampan yang kita kayuh, walau ada serpihan yg tercabut, selamat juga sampai ke tepian. Indahnya ukhwah.
Untuk kali yang mungkin terakhir ini, tiada apa yang ku harap selain sebuah kejayaan. Masanya untuk kita ke puncak. Setelah lama berpenat bersama. Aku hanya mampu mendoakan kejayaan bersama ini.
Semoga kita kuat.
With love, MR.
Assalam...
Kurang 4 jam dari sekarang, u akan tutup alau wechat. Kenapa? >beratkan hp aku >aku bnyak mngadu kt situ.. Sedangkan seharusnya adulah masalah ka dia.. >jiwa kacau baca status2 orqng lain >mungkin aku boleh kurangkan komen benda tak bfaedah.. Boleh jga ikhtilat. Aku rase teruk dah lak skarang ni.. Isgg aku x camni dulu.. Hehee.. Em bawah ni antara status aku saat2 akhir.. Aku paste balik kat bawah ni.. Ni peringatan buat aku.. Sedar amanah n tanggungjawab dberi.. Nampak gaya bulan puasa n raya ni, work hard la nampak..mudah2an...
Mungkin, ni story muqaddimah aku utk catatan roadtotaiwan akhir oktober nanti. Doakan kami!. Guys, lets work together ! :-)
----------------------
4 hours to go. like i said b4, this account will be delete. uninstall. so my farewell words to the people out there..to my fellow friends.. especially to my darling2 at TQB1, plisss...! lets work hard together... together we move toward the glory.. together we reach the dream. can everyone hold hand together? its damn tired when i think about our october goals,..but im sure, pretty sure we can make it together..ohh i dont want to cry, but everytime i thought bout that, my tears....... i know its hard to me. to us. but believe. we can make it. lets join hand together k? i wanna scold..wanna angry to the people who just dont care enough. take it esay.. dont have feel to this matter.. but i just can't. even i should..its not suit well me. you have grown enough. but just remember one think, take responsible together.. im begging you all..
pintu telah terbuka.. kita redah bersama.. kita semai kasih ukhwah padu. marilah berpenat lelah bersama. tanpa benci tanpa dendam. kita satu keluarga. uhibbukum fillah until jannah.
# of coz i will not post this at facebook. there will be a lot of questions will coming. becoz people nowadays too bz body..hahaa... yeah..this is a reminder to me.. ketukan buat diri sendiri. supaya sedar pada amanah. biar susah dahulu. senang kemudian. semoga Allah berkati dan permudahkan urusan kita. Alhamdulillah semua jalan dh terbentang. tunggu di realisasikan. semoga kita semua kuat & bertahan!
AsSalamualaikum
Duhai Allah...Engkau Maha Mengetahui...
2011.. 3 tahun lalu...
Aku pernah masuk ke sana. Lantas .. Berderau darah. Menggeletar tubuh. Jatuh berderai mutiara jernih. Hanya dengan menatap wajah itu...luluh ego sabar ku...
Di depanku, sudah terjelepok sahabatku. Tangis sudah tidak tertahan.. Allah ...Allah.. Berat ujianMu...
Buat terakhir kali itu,..ya...itu akhirnya...penantian kami berakhir kurang 24jam nya...tenang dia mengadap Ilahi...perginya bersama kenangan..pergi seorang sahabat yang di senangi ramai...Alfatihah buatmu, almarhum abdul muin..
Aku mengimbau kenangan ini... Saat di sapa ajakan teman semalam..ke zon merah itu.. Yg 3 tahun lalu pernah meruntuhkan ego aku. Ya aku mngaku, senang menangis itu bukan aku..jika tiada sesuatu yg betul2 menyentap hati aku..maka menangis bukan pilihan aku...ketika itu, aku ingat sangat2, waktu menerima perkhabaran duka itu, setitis pun airmata aku tidak keluar.. Puas aku cuba.. (bimbang dilihat aku tak snsitif. Yelah, semua shbt aku termasuk lelaki , merah matanya..)..tapi aku takkan lupa, bilamana aku menatap wajah kaku bernyawa itu..zuppp ahhh kalah juga aku.....
Hari ini... Seakan cerita lama berulang..bezanya alhamdulillah tidak seteruk dulu...lantas aku merasa, biarlah keadaan tenang dahulu.. Sahabat2 yang lain sudah ramai ke sana..hadir memberi semangat...aku tidak mahu ke zon merah itu... Ahh masakk aku lupa cerita lama.. Bgaimana kami berkampung di hsnz...dan akhirnya terpaksa mndengar khabar duka itu jua...... Allah...jelas terbayg saat2 itu....
Maka..maka..jgn hukum aku..mengatakan aku tidak cakna..tidak sensitif..ketahuilah..mangsa (ika & farha), dua2 nya aku berbicara riang dengannya pagi itu..sewaktu kuliah....walau tidak rapat seperti bff, ukhwah tetap bertaut. Aku doakan mereka dari jauh... Aku doakan Allah jaga mereka... Aku doakan....
InsyaAllah.. Aku akan pergi jua ke sana..esok..lusa..biar reda seketika..kerana aku percaya, nilai keikhlasan dan kesetiaan bukan terletak pada kerapnya mengunjungi pesakit...tapi pada ikhlas dan luhurnya mendoakan mereka d kejauhan...snjata terhebat!
Allah...kuatkan mereka! Fi hifzillah